Yahya Bin Muaz Ar-Razi berkata :
1- Mati itu ibarat jambatan yang menyambung hamba dengan Allah SWT yang dicintainya.
2- Iman yang seketika itu membasuh dosa dua ratus tahun.
3- Oleh kerana orang yang cintakan Allah SWT sentiasa melakukan dosa, apabila dia berada dalam dirinya. Bagaimana pula dia bertanggungjawab terhadap dosanya ? ( Bagaimana kita boleh mengaku kita cintakan Allah SWT, sedangkan diri kita sentiasa dipenuhi dengan dosa ? ).
4- Jika mati ada dijual di pasar, orang yang cintakan Allah SWT akan membelinya.
5- Kurangkan bercampur dengan ahli dunia dan banyakkan menyembah Allah SWT.
6- Orang yang kaya dan berkat serta sentiasa menyebut nama Allah SWT adalah orang yang benar-benar kaya. Orang yang kaya melalui usahanya sendiri tanpa menyebut nama Allah SWT adalah orang yang miskin.
7- Dunia itu adalah tempat ibadat.
8- Merindui Allah SWT seketika adalah lebih berharga dari dunia ini.
9- Dunia ini pasar syaitan, takutlah kepadanya. Dunia (dosa dan syahwat ) ini adalah minuman syaitan, jangan kamu menikmatinya.
10- Sesiapa banyak makan dia akan menjadi hamba hawa nafsu. Pada perut yang berlapar kerana Allah SWT itu terdapat rahmat Allah SWT serta sinar keimanan.
11- Berhati-hatilah makan bersama orang kaya.
12- Seorang abid ( orang yang benar-benar beribadat kepada Allah SWT ) akan mencapai ketenangan pada empat tempat :
1- Ketika keseorangan. 2- Di dalam masjid. 3- Di kubur. 4- Di hutan.
13-Penghalang yang paling besar kepada mereka yang baru ingin menuju Allah SWT adalah apabila bercampur dengan ahli dunia.
14- Tiga perkara yang wajib dibuang untuk mencapai mutu kerohanian yang tinggi:
1-Membuang rasa keinginan untuk mendapat pangkat dan keuliaan.
2-Membuang keinginan hawa nafsu.
3-Membuang hal-hal keduniaan ( perkara dunia yang tidak memberi berkat ).
15- Rahsia Kejayaan untuk bertemu dengan Allah SWT adalah Tawakkal kepada Allah SWT dan palingkan wajah anda daripada mementingkan keduniaan.
16- Jika kamu redha dengan Allah SWT pasti Allah SWT akan redha dengan kamu.
Kitab Tazkiyah Awliya'. m/s : 93 - 94.
No comments:
Post a Comment