ARRAYAH.INFO, 20 September 2011 - Banyak orang terpukau oleh demokrasi yang bersifat munafik. Kemampuan kritis dan akal sihatnya surut, kerana mengikut selera orang ramai.
Padahal jikakalau kita mengikuti pandangan orang ramai, nescaya kita disesatkannya dari jalan Allah.
Mereka mengatakan demokrasi menggunakan kebebasan memilih.
Padahal yang berlaku sebenarnya proses merebut kuasa. Jadi demokrasi sesungguhnya bukan memberi peluang untuk memilih, tapi peluang untuk merebut. Inilah cacat demokrasi yang fatal dari sudut budaya.
Sedangkan cacatnya dari sudut pandang Islam, demokrasi boleh tergolong kepada sistem kufur.
Kalau demokrasi memang proses memilih, maka semua pihak yang dipilih semestinya mendapat gambaran yang objektif terhadap pihak pengundi. Jadi, harus ada data yang relatif lengkap tentang kebaikan dan kekurangan pihak yang dipilih, seperti calon legislatif mahupun pejabat.
Hanya dengan keadaan serupa itu dapat berlangsung proses pemilihan. Sebab dalam memilih sebenarnya orang menilai, mana yang baik dan mana yang buruk.
Pihak pengundi semestinya tidak dipengaruhi apalagi ditipu oleh pihak yang dipilih, agar terjadi suatu pemilihan yang wajar. Jadi dalam proses pemilihan, yang dipilih harus bersifat pasif, menyerah kepada pihak yang memilih.
Kerana itu hasil pemilihan akan mendapat sebutan yang terbaik, bukan yang menang.
Kenyataannya tidak demikian, malah pihak yang dipilih yang aktif mempengaruhi pihak pengundi. Semua calon yang katanya dipilih ternyata tidak ada data baik-buruknya yang boleh jadi dasar penilaian bagi pemilih.
Calon hanya digambarkan sisi baiknya. Itupun tidak pula dalam batas yang wajar, tapi berlebihan, bahkan dikarang. Pasukan sokongan seorang calon jika memang diperlukan semestinya memberikan gambaran yang benar tentang calon.
Tapi yang berlaku malah sebaliknya, sehingga pengundi sukar untuk menentukan pilihannya.
Ketiadaan gambaran yang benar tentang pihak yang dipilih telah menyebabkan pihak pengundi tidak lagi melakukan proses menilai, sebagaimana berlaku dalam memilih, tapi berubah pada sikap suka tidak suka.
Kerana itu dalam demokrasi, sesungguhnya orang tidak memilih (memakai saiz yang objektif) tapi hanya menentukan sikap, suka atau tidak terhadap calon yang sudah dipromosikan oleh parti berjaya.
Dengan demikian demokrasi sebenarnya tak memerlukan akal sihat, sebagaimana terpakai dalam proses memilih. Sikap pemilih dengan mudah dapat dipengaruhi, dipaksa, bahkan dibeli. Inilah yang jadi pangkal bala mengapa demokrasi selalu gagal memaparkan orang yang berkualiti.
Demokrasi sesungguhnya bukanlah memilih, tapi adalah merebut. Kekuasaan dalam demokrasi sebenarnya diperebutkan, bukan dipilih. Kalau memang dipilih, maka hasil pemilihan tentulah dikatakan yang terbaik.
Tapi hasil demokrasi memberi bukti bahawa yang terpilih dikatakan yang menang. Kalau disebut menang itu sebenarnya pertarungan, yakni pertarungan merebut kuasa antara sesama calon.
Tipuan demokrasi ini berlaku, kerana tindakan merampas kedudukan (kuasa) itu memperalatkan pihak pengundi. Jadi pemilih dijadikan topeng untuk merebut kuasa, sedangkan yang merebut kedudukan mendapat sokongan dari pemilik modal (kapitalis).
Sebab itu yang berjaya merebut kuasa, bukan merasa berhutang budi pada para pengundi (rakyat) tapi kepada pihak kapitalis yang telah membiayai pertarungannya.
Kerana watak demokrasi sesungguhnya proses merebut kuasa, maka mana mungkin berlaku tanpa ketegangan, kebohongan, paksaan dan tipu daya yang licik.
Para pemuja demokrasi memandang bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. Padahal sesungguhnya mereka yang paling rugi dengan perbuatannya yang sia-sia.
Itulah cacat demokrasi dari sudut budaya. Cacat demokrasi dari sudut agama jauh lebih parah.
Pertama, semboyan demokrasi "suara rakyat suara Tuhan" boleh membawa orang pada perbuatan syirik tanpa sedar. Bagaimana boleh disamakan suara rakyat (makhluk) dengan suara Tuhan, sebab rakyat adalah yang diciptakan sedangkan Tuhan adalah pencipta alam semesta.
Inilah yang memberi jalan kepada pihak perundangan menentukan undang-undang. Padahal hak menentukan undang-undang itu semata-mata hak Allah, bukan manusia. Melalui demokrasi manusia jadi angkuh, mencampakkan hukum Allah, lalu menggantikannya dengan undang-undang mengikut selera hawa nafsu.
Dengan undang-undang buatannya sendiri, manusia sudah terbukti semakin muflis dan sengsara. Padahal hukum Allah akan memberikan kesejahteraan, bukan hanya sebatas dunia, tapi malah sampai akhirat yang kekal.
Kedua, demokrasi yang memakai topeng suara rakyat, dengan sokongan wang dan tipu daya media, telah membuka jalan, yang menang bukanlah pihak yang benar (baik) tapi yang punya wang lagi cerdik.
Sistem ini juga membuka jalan pihak minoriti menindas majoriti. Juga sebaliknya majoriti menindas minoriti. Maka, mana mungkin sistem ini mampu menampilkan pemimpin yang amanah.
Demokrasi bukan berpihak kepada kebenaran tetapi kepada suara terbanyak. Sedangkan suara terbanyak nyatanya boleh dibeli. Sistem ini hanya memaparkan orang-orang yang serakah.
Ketiga, sistem demokrasi telah melahirkan parti-parti politik. Parti-parti itu ternyata bukan berlumba-lumba untuk berbuat kebajikan, seperti membasmi kemungkaran dan kemiskinan.
Parti ditubuhkan hanya untuk merebut kuasa. Sementara tujuan kuasa bukan pula untuk menegakkan yang hak (benar) serta membanteras yang batil, yang sejatinya amat diperlukan oleh rakyat.
Kekuasaan digunakan pertama-tama untuk mencari wang (kekayaan). Ini terjadi, kerana dalam arena merebut kuasa melalui demokrasi, masing-masing parti memerlukan dana yang besar agar partinya menang dalam pertarungan Pilihanraya.
Kerana itu parti melalui anggotanya yang berkuasa, juga tidak segan-segan melakukan kecurangan seperti menjual kekayaan alam melalui kontrak, membuat undang-undang menguntungkan pihak kapitalis, yang akibatnya rakyat tertindas. Inilah yang melahirkan politik busuk alias munafik.
Dengan demikian, dalam alam demokrasi sebenarnya tujuan seorang pegawai atau wakil rakyat meraih kedudukan, bukan pertama-tama untuk memperbaiki nasib rakyatnya sebagaimana pernah dijanjikannya dalam kempen.
Yang terpikir pertama-tama baginya ialah mendapatkan wang. Setelah itu dengan wang (kekayaan) itu dia harus segera menyusun siasat lagi, agar dapat menang dalam pertarungan seterusnya.
Dalam pertarungan seterusnya, jika dia dibatasi oleh undang-undang, maka peluangnya akan diberikan kepada pihak yang paling dekat kepadanya. Pokoknya kuasa tetap di tangannya.
Jadi, dengan demokrasi seperti itu hanya apa yang dapat dinanti oleh rakyat? Rakyat hanya sekadar mendapat janji-janji dari para pembicara. [riaupos.co.id/UU Hamidy,Budayawan/arrayah.info]
Sumber: www.riaupos.co.id (19 September 2011)
No comments:
Post a Comment