Thursday, October 14, 2010
Makan harta RIBA/ INTERES . ( fenomena berbahaya ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita)
Betapa hebatnya perangkap syaitan dalam sistem riba sehingga semua bank di Malaysia terlibat dengan sistem riba, walaupun bank Islam. saya telah meminjam dari bank Islam sebanyak 50 Ribu RM dan terpaksa membayar balik 105 Ribu RM. Jadi ribanya adalah 55 Ribu RM. Sepatutnya bank Islam hanya mengenakan bayaran pengurusan yang berpatutan sahaja dan berharap kepada pahala yang Allah SWT janjikan lebih berharga dari 55 Ribu RM tersebut. Mereka menjadikan tempoh bayaran sebagai alasan untuk menghalalkan riba. Dalam Islam tempoh pinjaman tidak boleh dijadikan alasan untuk menggandakan jumlah wang yang dipinjam. Alangkah hebatnya Sitem Perbankkan Islam Malaysia. Jika dibandingkan dengan Bank Lariba, bank ini agak lebih Islamik (https://www.lariba.com/default.htm ). Cuma ada ulamak Malaysia yang mengharuskan pinjaman dari bank-bank riba ini dengan alasan kerana darurat untuk membina rumah pertama, membeli sebuah kereta untuk keperluan pengangkutan tetapi hukumnya menjadi haram jika untuk membina rumah kedua dan membeli kereta kedua. Begitulah hebatnya cengkaman sistem riba di Malaysia. Sama-samalah kita bertaubat dan berdoa kepada Allah SWT agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita yang sama-sama terlibat dalam memberi saham kepada kemajuan sistem riba di dunia Islam dan Malysia. Semoga amal-amal soleh yang kita persembahkan kepada Allah SWT bercampur dengan dosa riba diterima oleh Allah SWT kerana kita tidak lagi mampu mencari bank yang tidak mengamalkan sistem riba. Amin Ya Rabbal Alamin.
Labels:
Semua Tajuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kita mesti mempunyai jadual sendiri, jadual jamaah, tindakan sendiri dan tindakan secara berjamaah terutama dalam sistem pembelajaran Islam, sistem pemakanan Islam dan sistem politik Islam, Insya Allah, Allah SWT akan membantu kita.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Post a Comment