Abu Bakar Al-Wasiti pernah berkata :
1- Di Jalan Allah SWT tidak ada dunia, di jalan dunia ada Allah SWT. ( amalan dunia yang diniatkan Ikhlas kerana Allah SWT ).
2- Makin tinggi pengalaman kerohanian, makin tidak berfaedah akal fikiran.
3- Ibadat yang paling berfaedah itu adalah ibadat yang menggunakan masa sepenuhnya untuk di Jalan Allah SWT.
4- Orang yang beramal ibadat dengan tujuan mendapat nikmat Syurga adalah orang yang beribadat dengan tujuan memuaskan hawa nafsu bukan beribadat untuk Allah SWT.
5- Tidak ada orang yang dapat melawan Allah SWT.
6- Buatkan matlamat dunia kerana dunia tiada nilai di sisi Allah SWT.
7- Orang yang mengenal Allah SWT tidak ingin berdampingan dan bercakap dengan sesiapa kecuali dengan Allah SWT.
8- Tidak ada racun yang lebih berbisa daripada berbangga dengan ibadat sendiri.
9- Amal Ibadat yang dilakukan dengan hati yang Ikhlas lebih berharga daripada amal ibadat yang dilakukan dengan anggota badan.
10- Orang yang bercinta dengan Allah SWT badannya sentiasa sihat dan kurus.
11- Makan terbaik didalam dunia adalah sentiasa Mengingati Allah SWT dalam semua keadaan.
Rujukan:
Kitab Tazkirah Awliya'. m/s : 145-146.
No comments:
Post a Comment