"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Sunday, October 17, 2010

Waspada 3 perkara ketika mendapat nikmat Allah SWT


  1. Apabila anda bertambah dalam ketaatan kepada Allah SWT, jagalah ketaatan tersebutdaripada perkara takabbur dan riak, jika tiada lagi nilai ketaatan maka binasalah kamu.
  2. Jika nikmat dunia bertambah, takutilah kebinasaan yang terkandung dalam nikmat dunia tersebut seperti tidak membayar zakat dan penyalah gunaan nikmat Allah SWT ke jalan maksiat. Maka binasalah kamu.
  3. Jika mendapat pujian manusia, maka jangan lupa sifat sebagai hamba kepada Allah SWT. Bersyukurlah diatas nikmat pemberian yang mendapat pujian manusia, takutilah kepada Allah SWT yang akan membuka rahsiamu di hadapan manusia jika kamu tidak bersyukur dan termakan pujian tersebut sehingga Allah SWT membinasakan kamu.
Syarah Hikam.m/s : 178.

No comments: