"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, January 1, 2011

50 Asas Ikatan Aqidah Umat Islam

http://www.humandot.net/a/logo.gif

50 Ikatan Aqidah Yang Wajib  Kita Percayai Ialah ;

1-20 Sifat Wajib Bagi Allah SWT.
2- 20 Sifat Mustahil Bagi Allah SWT.
3- 1 Sifat Harus Bagi Allah SWT.
4- 4 Sifat Wajib Bagi Rasulullah SAW.
5- 4 Sifat Mustahil Bagi Rasulullah SAW.
6- 1 Sifat Harus Bagi Rasulullah SAW.
Satu sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iatu untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.

Sifat-sifat Rasul dan Nabi

Ada 4 sifat yang Wajib bagi Rasul/Nabi. Ada 4 sifat yang Mustahil bagi Rasul/Nabi. Ada satu sifat yang Harus bagi Rasul/Nabi.
1. Siddiq maknanya Benar. Apa yang disabdakan oleh Rasul/Nabi adalah benar dan dibenarkan kata-katanya. Siddiq dan sadiqul masduq. Rasul/Nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KIZZIB (Dusta ). Mustahil Rasul/Nabi mengatakan sesuatu yang tidak dia ketahui dan tidak diwahyukan Allah kepadanya. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
2. Sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi adalah AMANAH. Amanah ialah Rasul/Nabi akan melakukan sesuatu serta melaksanakan hokum-hukum Allah dengan benar dan tepat sebagaimana yang diwahyukan Allah SWT. Dan juga Rasul/Nabi tidak memungkiri janji.
“Barangsiapa yang berdusta atas nama ku, siapkanlah tempatnya di dalam api neraka “ (Bukhari, Muslim )
Maka mustahil Rasul/Nabi bersifat KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji.
3. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat TABLIGH iaitu menyampaikan. Rasul/Nabi menyampaikan kepada umatnya apa yang Allah wahyukan kepadanya. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KITMAN iaitu menyembunyikan.
4- Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana. Rasul/Nabi mampu memahami perintah-perintah Allah dengan betul dan tepat. Mampu pula berhadapan dengan penentang-epnentangnya dengan bijaksana dengan bukti-bukti yang kukuh . Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat Jahlun iaitu bebal.
Dan satu sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyahiatu untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.
Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah.
Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumimatahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada hak Allah.

Sifat 20 Wajib Dan Mustahil Bagi Allah SWT

Sifat WajibTulisan ArabMaksudSifatSifat MustahilTulisan ArabMaksud
WujudﻭﺟﻮﺩAdaNafsiahAdamﻋﺪﻡTiada
QidamﻗﺪﻡSediaSalbiahHaduthﺣﺪﻭﺙBaharu
BaqaﺑﻘﺎﺀKekalSalbiahFanaﻓﻨﺎﺀAkan binasa
Mukhalafatuhu lilhawadithﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙBersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharuSalbiahMumathalatuhu lilhawadithﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙMenyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru
Qiamuhu binafsihﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪBerdiri-Nya dengan sendiriSalbiahQiamuhu bighairihﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩBerdiri-Nya dengan yang lain
WahdaniatﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔEsa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan pada perbuatanSalbiahTa'addudﺗﻌﺪﺩBerbilang-bilang
QudratﻗﺪﺭﺓBerkuasaMa'aniAjzunﻋﺟﺰLemah
IradatﺇﺭﺍﺩﺓBerkehendak menentukanMa'aniKarahahﻛﺮﺍﻫﻪBenci iaitu tidak menentukan
IlmuﻋﻠﻢMengetahuiMa'aniJahlunﺟﻬﻞBodoh
HayatﺣﻴﺎﺓHidupMa'aniAl-MautﺍﻟﻤﻮﺕMati
Sama'ﺳﻤﻊMendengarMa'aniAs-SummuﺍﻟﺻﻢPekak
BasarﺑﺼﺮMelihatMa'aniAl-UmyuﺍﻟﻌﻤﻲButa
Kalamﻛﻼ ﻡBerkata-kataMa'aniAl-BukmuﺍﻟﺑﻜﻢBisu
Kaunuhu qaadiranﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍKeadaan-Nya yang berkuasaMa'nawiyahKaunuhu ajizanﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﺟﺰﺍKeadaan-Nya yang lemah
Kaunuhu muriidanﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍKeadaan-Nya yang berkehendak menentukanMa'nawiyahKaunuhu kaarihanﻛﻮﻧﻪ ﻛﺎﺭﻫﺎKeadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan
Kaunuhu 'alimanﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎKeadaan-Nya yang mengetahuiMa'nawiyahKaunuhu jahilanﻛﻮﻧﻪ ﺟﺎﻫﻼKeadaan-Nya yang bodoh
Kaunuhu hayyanﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎKeadaan-Nya yang hidupMa'nawiyahKaunuhu mayitanﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎKeadaan-Nya yang mati
Kaunuhu sami'anﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎKeadaan-Nya yang mendengarMa'nawiyahKaunuhu asammaﻛﻮﻧﻪ ﺃﺻﻢKeadaan-Nya yang pekak
Kaunuhu basiiranﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ
Keadaan-Nya yang melihatMa'nawiyahKaunuhu a'maaﻛﻮﻧﻪ ﺃﻋﻤﻰKeadaan-Nya yang buta
Kaunuhu mutakallimanﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎKeadaan-Nya yang berkata-kataMa'nawiyahKaunuhu abkamﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢKeadaan-Nya yang kelu

No comments: