"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, January 22, 2011

Inspirasi Menuju Jalan Sempurna



PROLOG
Petunjuk Ilahi Sebagai Pembuka Tirai Susunan
Dalam Surah Toha ayat 123-126,Allah s.w.t berfirman:
سُوۡرَةُ طٰه

قَالَ ٱهۡبِطَا مِنۡهَا جَمِيعَۢا‌ۖ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬‌ۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّڪُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَاىَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشۡقَىٰ (١٢٣) وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِڪۡرِى فَإِنَّ لَهُ ۥ مَعِيشَةً۬ ضَنكً۬ا وَنَحۡشُرُهُ ۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ أَعۡمَىٰ (١٢٤) قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرۡتَنِىٓ أَعۡمَىٰ وَقَدۡ كُنتُ بَصِيرً۬ا (١٢٥) قَالَ كَذَٲلِكَ أَتَتۡكَ ءَايَـٰتُنَا فَنَسِيتَہَا‌ۖ وَكَذَٲلِكَ ٱلۡيَوۡمَ تُنسَىٰ (١٢٦)

Turunlah kamu semua dari Syurga itu,bersama-sama,dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain,kemudian jika dating kepada kamu petunjuk dari-Ku,maka sesiapa yang mengiut petunjuk-Ku itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara.(123)
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku,maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.(124)
Dia berkata: Wahai Tuhanku,mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta,padahal aku dahulu melihat? (125)
Demikianlah keadaannya! Telah dating ayat-ayat keterangan Kami kepada-Mu,lalu engkau melupakan serta meninggalkan dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.(126)

Mukadimah
Segala puji bagi Allah s.w.t yang selayaknya untuk mengadu pertolongan dan memohon keampunan.Kami berlindung dengan-Mu ya Allah dari segala perkara yang merosakkan jiwa dan amalan-amalan kami.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah s.w.t,pasti tidak akan sesat,dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah s.w.t,pasti tidak aka nada yang mampu memberinya petunjuk.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh-Nya.
Inilah hasil penyediaan sukatan tarbiah bagi tunas-tunas Islam yang disaring isi-isi kandungannya daripada inspirasi al-Quran yang menjamin kebaikan kepada diri kita dan masyarakat seluruhnya,kerana ia mewujudkan satu suasana hubungan yang intim terhadap diri,dengan Allah s.w.t serta diri kita dengan masyarakat,apatah lagi ia diperkasakan dengan ayat-ayat al-Quran.
Di samping itu terdapat beberapa contoh sifat-sifat mulia yang menjadi pemangkin kekuatan jatidiri muslim serta sifat-sifat yang keji yang perlu dihindar dari diri kita sendiri sebagai golongan yang mengharapkan kasih saying ALLAH S.W.T.Risalah ini juga diperkuatkan dengan nilai-nilai contoh dari sirah para Sahabat,tabiin dan tokoh-tokoh Islam terbilang yang mesti diteladani sebai cara hidup yang positif menuju umat cemerlang di persada alam maya ini.Kerana mereka adalah golongan yang amat dikasihi Allah s.w.t .Bagi mereka,Allah s.w.t adalah yang pertama dan utama dalam hidup.
Mereka juga adalah contoh ahli syurga yang menghiasi diri dengan amal-amal ibadat yang diperintahkan Allah s.w.t ke atas mereka dengan segala ketundukan yang melahirkan bibit-bibit hati yang murni serta akal yang waras.
Pendekatan risalah ini dengan kepelbagaian persembahan yang mudah dan ringkas,adalah bertujuan agar para ibu-bapa dapat menggarap/memahami maklumat di dalamnya dengan pantas,sekali gus dapat mempraktikkannya secara langsung kepada anak-anak,apatah lagi dengan terdapatnya beberapa ayat al-Quran yang mudah dihafaz dan difahami.
Matlamat utama pendekatan al-Quran dengan kepelbagaiaan dimensi pendidikan adalah untuk melahirkan generasi al-Quran yang berjalan di muka bumi ini dengan segala kekuatan yang dapat menangkis segala serangan musuh-musuh Allah s.w.t . Amin.


Bab 1
Siapa Kenal Dirinya Dia Akan Kenal Tuhannya
Renungan sejenak terhadap tingkatan jiwa manusia kearah kesempurnaan.
Prinsip serta dasar al-Quran bagi mengikat hubungan manusia terhadap dirinya sendiri.
::1:: Renungilah sedalam-dalamnya diri anda,kenapa dan bagaimana anda dicipta,kerana sesungguhnya siapa yang mengenali dirinya,pasti akan kenal Tuhannya.
Firman Allah s.w.t:
أَوَلَمۡ يَتَفَكَّرُواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۗ
Maksudnya: Dan mengapa mereka(manusia yang ingkar)tidak memerhatikan tentang kejadian diri mereka.(Ar-Rum:8)

Firman-Nya lagi:
فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَـٰنُ مِمَّ خُلِقَ (٥)
Maksudnya: Tidakkah manusia lihat,daripada apa dia dijadikan?(At-Tariq:5)

::2::Sempurnakanlah jiwa dengan segala kekuatannya,perbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat.
Firman Allah s.w.t:
أَتَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبِرِّ وَتَنسَوۡنَ أَنفُسَكُمۡ
Maksudnya: Apakah kamu menyuruh orang lain supaya berbuat baik,sedangkan kamu lupa akan diri kamu(untuk berbuat demikian).(Al-Baqarah:44)

::3::Ketika anda memperbaiki diri, elakkan dari terbabit dalam perkara-perkara yang mendatangkan mudarat.
Firman Allah s.w.t:
عَلَيۡكُمۡ أَنفُسَكُمۡۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَيۡتُمۡۚ
Maksudnya: Jagalah dirimu,tiadalah orang yang sesat itu akan member mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.(Al-Maidah:105)

::4::Orang yang Berjaya ialah yang mampu membersihkan jiwa,dengan segala ketaatan,akan tetapi mereka yang rugi atau gagal ialah yang mengotorkan jiwa dengan kemaksiatan.
Sehubungan itu ,Allah s.w.t berfirman:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا (١٠)
Maksudnya: Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa.Dan sesungguhnya rugilah yang mengotorinya.(As-Syams: 9-10)

::5::Bagi tujuan penyucian jiwa,maka janganlah anda sekali-kali terjebak dalam maksiat kepada Allah s.w.t ,kerana hati dan jiwa manusia sering mendorong ke arah maksiat.
Allah s.w.t berfirman:
۞ وَمَآ أُبَرِّئُ نَفۡسِىٓۚ إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ
Maksudnya: Dan aku(Nabi Yusuf) tidak mampu membebaskan diriku dari kesalahan,kerana nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.(Yusuf:53)

::6::Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang anda lakukan menerusi tindakan dan perbuatan anda,malah akan disoal pula mengenainya.
Sehubungan itu,Allah s.w.t berfirman:
كُلُّ ٱمۡرِىِٕۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ۬ (٢١)
Maksudnya: Tiap-tiap manusia bertanggungjawab apa yang telah dikerjakan. (At-Tur:21)

::7::Ketahuilah wahai saudara,sesungguhnya balasan dari Allah s.w.t setimpal dengan apa yang dilakukan oleh seseorang.
Allah s.w.t memberitahu seluruh hamba-Nya:
إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ
Maksudnya: Jika kamu berbuat baik,sebenarnya kamu berbuat baik untuk diri kamu sendiri dan jika kamu berbuat jahat,maka kamu menerima padah dengan kejahatan kamu sendiri. (Al-Israk: 7)

::8:: Jiwa atau diri anda itu adalah amanah Allah s.w.t ke atasmu,anda bertanggungjawab untuk memelihara dengan baik serta menyelamatkannya dari disentuh api neraka.
Firman Allah s.w.t:
قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ
Maksudnya: Peliharalah diri (jiwa) kamu dan ahli keluarga kamu dari masuk api neraka Allah s.w.t yang bahan pembakarnya terdiri daripada manusia dan batu-bata. (At-Tahrim:6)

::9::Latih tubilah jiwa atau diri anda dengan bersabar,kerana ia sebahagian daripada iman.
Firman Allah s.w.t:
وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٲلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ (١٧)
Maksudnya: Bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu,sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang diperintahkan(oleh Allah s.w.t). (Luqman:17)


::10::Celalah diri kamu sendiri (dengan keaiban yang ada),sebelum kamu dicela oleh syaitan(yang akan memusnahkan kehidupan dunia dan akhirat kamu).
Allah s.w.t berfirman:
فَلَا تَلُومُونِى وَلُومُوٓاْ أَنفُسَڪُمۖ
Maksudnya: Jangan kamu cela akan Aku(Allah s.w.t),akan tetapi celalah kamu sendiri. (Ibrahim:22)


::11::Peliharalah diri kamu dengan sentiasa berlindung kepada Allah s.w.t dari syaitan yang bersembunyi(dalam diri).ini kerana Allah s.w.t mengajar kita untuk berbuat demikian menerusi firman-Nya dalam surah an-nas:
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤)
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan(yang menguasai dan memelihara)manusia.Raja sehala manusia.Sembahan manusia.Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi (dalam diri manusia). (An-Nas : 1-4)

::12::Jauhkanlah diri anda daripada berkawan dengan teman-teman (yang kurang baik perilakunya),agar mereka tidak mudah untuk menyesatkan anda setelah anda mendapat hidayah daripada  Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman:
يَـٰوَيۡلَتَىٰ لَيۡتَنِى لَمۡ أَتَّخِذۡ فُلَانًا خَلِيلاً۬ (٢٨) لَّقَدۡ أَضَلَّنِى عَنِ ٱلذِّڪۡرِ بَعۡدَ إِذۡ جَآءَنِىۗ وَڪَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِلۡإِنسَـٰنِ خَذُولاً۬ (٢٩)
Maksudnya: Malang sungguh diriku ini (di akhirat) ,alangkah baiknya jika aku dahulu (di dunia) tidak menjadikan si fulan (syaitan berupa manusia) teman karibku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku daripada (berpegang) dengan al-Quran itu sampai kepadaku. (Furqan: 28-29)

::13::Jadikanlah perkataan yang baik-baik sebagai pendekatan dalam segenap cara hidup anda(menghadapi pelbagai karenah manusia).Perhatikan pendekatan Allah s.w.t dalam hal ini menerusi Firman-Nya:
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ كَلِمَةً۬ طَيِّبَةً۬ كَشَجَرَةٍ۬ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٌ۬ وَفَرۡعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ (٢٤)
Maksudnya: Tidakkah kamu perhatikan,bagaimana Allah s.w.t telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. (Ibrahim:24)

::14::Biasakanlah diri anda supaya tidak suka melakukan pembaziran,malah sentiasa bersikap sederhana dalam segenap tindakan,kerana hal ini telah ditegah oleh Allah s.w.t dalam al-Quran:
إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِۖ
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka melakukan pembaziran itu adalah kawan-kawan syaitan. (Al-Israk:27)

::15::Sentiasa lah anda berkeadaan benar dalam apa jua keadaan,kerana orang yang suka berdusta tidak akan beroleh kejayaan.Hal ini disebut oleh Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ (٦٩)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan pendustaan terhadap Allah s.w.t pasti tidak akan beroleh kejayaan. (Yunus:69)


::16::Perelokkan ungkapan serta tindak-tanduk anda sebagaimana Allah s.w.t berbuat baik kepada anda.Sehubungan itu Allah s.w.t menyebut:
وَأَحۡسِن ڪَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ
Maksudnya: Maka anda lakukan kebaikan sepertimana Allah s.w.t berlaku baik terhadapmu. (Al-Qasas:77)
::17::Pelihara pendengaran dan penglihatan anda dari perkara-perkara yang buruk,kerana Allah s.w.t Maha Berkuasa untuk menarik balik kedua-dua nikmat tersebut dari diri anda.Justeru,perhatikan Firman-Nya:
وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمۡعِهِمۡ وَأَبۡصَـٰرِهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٢٠)
Maksudnya: Jika Allah s.w.t mahu melenyapkan pendengaran serta penglihatan mereka(orang-orang munafik),pasti Dia mampu melakukannya.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.(Al-Baqarah:20)


::18::Gunakanlah akan dan segala pancaindera anda pada perkara-perkara yang baik,janganlah anda merosakkannya,kerana dengannya Allah s.w.t mengangkat kedudukan anda lebih baik dari segenap makhluk yang ada di muka bumi ini.Allah s.w.t menyatakan:
لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ (١٧٩)
Maksudnya: Mereka (jin dan manusia) sebenarnya mempunyai hati nurani,tetapi mereka sama sekali tidak mahu berfikir dengannya,mereka juga mempunyai mata (untuk melihat kebesaran Allah s.w.t),tetapi tidak menggunakannya untuk tujuan itu,mereka juga mempunyai pendengaran,tetapi mereka tidak menggunakan pendengaran itu untuk mendengar perkara-perkara yang baik.Mereka tidak ubah bagaikan haiwan ternakan,malah lebih sesat daripada itu,itulah golongan orang-orang yang lalai (semasa hidup di dunia yang sementara ini). (Al-A’raf:179)


::19::Hendaklah anda sentiasa bertindak secara berhikmah dalam menyeru manusia ke jalan Allah s.w.t serta berbincanglah dengan mereka(golongan sasaran dakwah)dengan sebaik-baik cara.Ini amat bertepatan dengan Firman Allah s.w.t:
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُۚ
Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan penuh kebijaksanaan dan nasihat yang baik serta berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik.(An-Nahl:125)

::20::Anda perlu memiliki keupayaan untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk serta mampu memisahkan antara keduanya dalam diri anda.Ini kerana Allah s.w.t telah menyatakan perkara itu:
قُل لَّا يَسۡتَوِى ٱلۡخَبِيثُ وَٱلطَّيِّبُ وَلَوۡ أَعۡجَبَكَ كَثۡرَةُ ٱلۡخَبِيثِۚ
Maksudnya: Katakanlah:Sesungguhnya tidak sama yang buruk dan yang baik,walaupun anda tertarik dengan keburukan yang banyak.(Al-Maidah:100)


::21::Elakkan diri anda dari sifat tangkai jering,ini kerana sifat bakhil itu adalah musuh Allah s.w.t dan musuh manusia.Allah s.w.t berfirman:
وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٩)
Maksudnya: Dan sesiapa yang memelihara dirinya dari sifat bakhil,maka mereka adalah orang-orang yang beroleh kejayaan.(Al-Hasyr:9)


::22::Gunakanlah mindamu agar tidak jadi orang yang terbelenggu serta tunduk kepada hawa nafsu dan nalurimu(yang cenderung kepada kemusnahan hidup).Ini bersesuaian dengan penjelasan Allah s.w.t:
وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡۗ
Maksudnya: Boleh jadi kamu benci sesuatu,ia sebenarnya baik bagimu dan boleh jadi juga kamu suka pada sesuatu itu,tetapi sebenarnya ia tidak baik bagi kamu. (Al-Baqarah:216)

::23::Jangan biarkan diri anda tertipu dengan sesuatu dari (habuan dunia).Pastikan setiap berita yang anda perolehi itu akan kesahihannya.Elakkan dari berkata,”Saya tahu sesuatu” tetapi sebenarnya anda tidak tahu,”Saya dengar sesuatu” Sedangkan anda tidak dengar atau”Saya melihat sesuatu” sedangkan anda tidak melihat.Ini kerana sesungguhnya anda akan dipertanggungjawabkan ke atasnya.Allah s.w.t berfirman:
وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬ (٣٦)
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghurai sesuatu apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati nurani,semuanya itu akan diminta untuk dipertanggungjawab (pada hari kiamat kelak).(Al-Israk:36)

::24::Elakkan diri dari suka meminta-minta sesuatu yang ada pada manusia,kerana dengan menghindari sikap itu anda akan menjadikan diri anda orang yang paling kaya (kerana tidak meminta),kerana sesungguhnya kekayaan yang sebenar adalah kaya jiwa dan hati.Sehubungan itu Allah s.w.t berfirman:
يَحۡسَبُهُمُ ٱلۡجَاهِلُ أَغۡنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعۡرِفُهُم بِسِيمَـٰهُمۡ لَا يَسۡـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلۡحَافً۬اۗ
Maksudnya: orang yang tidak tahu mereka(yang miskin)menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari suka meminta-minta.Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya,mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak dan mendadak. (Al-Baqarah:273)

::25::Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah untuk mereka yang kuat (jati diri serta pegangan terhadap agama) dan penuh sifat amanah dalam diri.Dalam hal ini Allah s.w.t menyatakan:
إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ (٢٦)
Maksudnya: Kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah orang kuat lagi dapat dipercayai. (Al-Qasas:26)

::26::Mintalah pertolongan hanya kepada Allah s.w.t(dalam apa sahaja urusan dunia ini),Dialah Tuhan kita Yang Maha Pengasih dan Dia juga tempat mohon pertolongan.Ini betepatan dengan apa yang difirmankan oelh Allah s.w.t:
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)
Maksudnya: Dan hanya kepada-MU sahajalah kami mohon pertolongan.(Al-Fatihah:5)

::27::Jadilah antara golongan yang suka mendengar perkataan-perkataan yang baik dan menyusulinya pula dengan amalan yang baik,agar anda diberi petunjuk oleh Allah s.w.t.Sehubungan itu Allah s.w.t menyebut:
ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُ ۥۤۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ هَدَٮٰهُمُ ٱللَّهُۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٨)
Maksudnya: Orang-orang yang mendengar perkataan yang baik lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya*1*.Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah s.w.t dan mereka itulah orang-orang yang berakal.(Az-Zumar:18)
*1*Maksudnya ialah mereka yang mendengarkan ajaran al-Quran dan ajaran-ajaran yang lain,tetapi yang diikutinya ialah ajaran-ajaran al-Quran kerana ia adalah yang terbaik.
::28::Sentiasa mengingati Allah s.w.t yang telah member anda petunjuk ke jalan Islam,berseronoklah dengan cahaya dan roh Islam dan siikan jiwamu dengn cinta kepada Allah s.w.t.Ingatlah apa yang disebut oleh Allah s.w.t:
أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦۚ فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡقَـٰسِيَةِ قُلُوبُہُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ (٢٢)
Maksudnya: Adakah orang yang dibukakan Allah s.w.t hatinya untuk menerima Islam,sama dengan orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah s.w.t.Maka nerakalah bagi mereka yang keras hatinya dan mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.(Az-Zumar:22)

::29::Beristiqamahlah dalam melaksanakan perintah Allah S.w.t,kerana sesungguhnya tidak ada yang lebih berharga selepas beriman kepada Allah s.w.t melainkan beristiqamah dalam agama-Nya.Ini menepati seruan Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُواْ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (١٣)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami adalah Allah s.w.t”,kemudian mereka tetap istiqamah*2*,maka tidak ada rasa takut atau gusar dalam diri mereka dan mereka tidak pula merasa kecewa. (Al-Ahqaf:13)
*2* Istiqamah ialah teguh pendirian dalam tauhid dan tetap beramal dengan amalan yang soleh.

::30::Hitunglah diri anda setiap malam,sebelum segala amalan anda dihitung di akhirat kelak,justeru kita sama-sama perlu memerhati firman Allah s.w.t ini:
يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُعۡرَضُونَ لَا تَخۡفَىٰ مِنكُمۡ خَافِيَةٌ۬ (١٨) فَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُ ۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَـٰبِيَهۡ (١٩) إِنِّى ظَنَنتُ أَنِّى مُلَـٰقٍ حِسَابِيَهۡ (٢٠)
Maksudnya: Pada hari itu(kiamat),kamu akan dihadapkan kepada Allah s.w.t,tiada sesuatu pun dari keadaan kamu itu yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya.Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya*3*dari sebelah kanannya,maka dia akan berkata:Ambillah,bacalah kitabku itu.Sesungguhnya aku amat yakin,bahawa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku.(Al-Haqqah:18:20)


::31::Elakkan diri anda dari terjebak dalam perkara-perkara yang membinasakan diri,hingga menyebabkan anda menerima akibat daripada tindakan yang anda lakukan.Larangan ini menepati firman Allah s.w.t:
وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّہۡلُكَةِۛ
Maksudnya: Janganlah kamu jatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan.(Al-Baqarah:195)



::32::Elakkan diri anda dari sering menguzurkan diri dalam perkara kebaikan dan kebajikan,kerana keuzuran seumpama itu adalah sesuatu yang tercemar yang menjurus kepada kehinaan,sedangkan seorang mukmin itu hebat lagi mulia.Sehubungan itu Allah s.w.t menyebut:
هَـٰذَا يَوۡمُ لَا يَنطِقُونَ (٣٥) وَلَا يُؤۡذَنُ لَهُمۡ فَيَعۡتَذِرُونَ (٣٦)
Maksudnya: Hari ini(kiamat)adalah hari yang mana mereka (golongan yang jahat)tidak dapat berkata-kata,dan tidak diizinkan kepada mereka menguzurkan diri (dalam perkara yang baik).( Al-Mursalat:35-36)

::33::Utamakan orang lain daripada diri ada sendiri*4*.Ini menepati firman Allah s.w.t:
وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٩)
Maksudnya: Mereka (orang-orang Ansar) lebih mengutamakan (orang-orang Muhajirin Makkah) atas diri mereka sendiri.(Al-Hasyr:9)
*4* Maksudnya: Keutamaan yang diberikan itu tidak menjejas akidah atau pegangan seseorang terhadap agamanya.

::34::Jika anda melakukan sesuatu kezaliman terhadap diri anda sendiri,maka mohonlah keampunan daripada Allah s.w.t yang Maha Pengampun lagi Maha Penerima taubat hamba-Nya.Hal ini dirakam oleh Allah s.w.t melalui doa Nabi Musa A.s di dalam al-Quran:
قَالَ رَبِّ إِنِّى ظَلَمۡتُ نَفۡسِى فَٱغۡفِرۡ لِى فَغَفَرَ لَهُ ۥۤۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (١٦)
Maksudnya: Ketika Musa berkata kepada Tuhannya,”Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri,oleh itu ampuni daku,maka Allah s.w.t mengampunkannya.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih(terhadap hamba-hamba-Nya .” (Al-Qasas:16)

::35::Janganlah anda melakukan sesuatu perkara yang diluar batas kemampuan diri,yang ada sendiri tidak sanggup lakukannya,kerana pintu pengharapan untuk mencapai sesuatu yang baik itu sentiasa terbuka luas.Allah s.w.t menyebut:
۞ قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (٥٣)
Maksudnya: Katakanlah:Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t.Sesungguhnya Allah Mengampun dosa-dosa semuanya.Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Az-Zumar:53)

::36::Hindarkan diri anda dari menyembunyikan sesuatu di dalam hati yang mendatangkan kemarahan Allah s.w.t . Ini bertepatan sekali dengan firman-Nya:
وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ فَٱحۡذَرُوهُۚ
Maksudnya: Dan ketahuilah,sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang ada dalam hati kamu,maka takutlah kepada-Nya.(Al-Baqarah:235)

::37::Ketahuilah bahawa bersederhana dalam segala perkara merupakan ibu segala penawar.Adapun berlebih-lebihan itu punca segala penyakit(khususnya dalam perkara makan dan minum).Sehubungan itu Allah s.w.t berfirman:
وَڪُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ
Maksudnya: Makan dan minumlah tetapi jangan berlebihan ketika mengambilnya: (Al-‘raf:31)


::38::Anda perlu ketahui,sesungguhnya syaitan itu adalah musuh tradisi,maka jangan sesekali menuruti langkah-langkahnya.Jadikanlah ia seteru(sampai hari kiamat) untuk keselamatan akhirat anda.Allah s.w.t berfirman:
وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ (١٦٨)
Maksudnya: Janganlah kamu sekali-kali menuruti jejak langkah syaitan,sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang terang.(Al-Baqarah:168)

::39::Elakkan dari menanggung beban sesuatu yang anda tidak mampu melakukannya.Sehubungan itu Allah s.w.t menjelaskan:
لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
Maksudnya: Seseorang itu tidak dibebankan untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya.(Al-Baqarah:233)


::40::Usaha(untuk hari esok dan sebagainya) dan kematian itu,hanya diketahui Oleh Allah s.w.t sahaja.Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t:
وَمَا تَدۡرِى نَفۡسٌ۬ مَّاذَا تَڪۡسِبُ غَدً۬اۖ وَمَا تَدۡرِى نَفۡسُۢ بِأَىِّ أَرۡضٍ۬ تَمُوتُۚ
Maksudnya: Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti*5* apa yang akan diusahakannya (untuk hari esok).Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.(Luqman:34)
*5*Maksudnya: Manusia itu tidak dapat mengetahui dengan pasti  apa yang akan diusahakannya untuk hari esok atau yang akan diperolehi,namun demikian mereka diwajibkan berusaha.

::41::Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah s.w.t menguji kita sama ada dengan sesuatu kebaikan atau keburukan (untuk mengetahui siapa di kalangan manusia yang terbaik amalannya.Allah s.w.t menjelaskan:
وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬ۖ
Maksudnya: Kami(Allah s.w.t) akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya.(Al-Anbiya:35)


::42::Ketahuilah bahawa kedudukan orang yang takut terhadap kebesaran Tuhannya serta menahan diri daripada menuruti hawa nafsunya,maka tempatnya kelak adalah di dalam Syurga al-M’wa.Hal ini telah disebut oleh Allah s.w.t:
وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ (٤٠) فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِىَ ٱلۡمَأۡوَىٰ (٤١)
Maksudnya: Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.(An-Nazi’at:40-41)


::43::Anda perlu ketahui sesungguhnya menentang segala hukum-hakam Allah s.w.t yang ada dalam al-Quran merupakan satu tindakan zalim terhadap diri sendiri di hadapan Allah s.w.t.Dalam hal ini,Allah s.w.t menjelaskan:
وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهُ ۥۚ
Maksudnya: Dan sesiapa yang melanggar hukum Allah s.w.t(dalam al-Quran)maka sesungguhnya dia melakukan kezaliman terhadap dirinya sendiri (At-Talaq:1)
*6*Perlakuan zalim terhadap diri sendiri boleh berlaku sama ada dengan perbuatan,ungkapan atau tindakan,di mana kesalahan yang dilakukan menerusi salah satu bahagian yang tersebut,boleh menjejas akidah dan hubungan dengan Allah s.w.t

No comments: