Share/Bookmark

Kaedah Mendidik Isteri & Anak [Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam]

No comment yet
Suami Jangan Memukul Muka Isteri

Antara hak yang harus dipernuhi seorang suami kepada isterinya ialah tidak memukul muka isterinya,walaupun terjadi perselisihan yang sangat dahsyat,misalnya si isteri telah derhaka kepada suaminya.Memukul muka isteri adalah Haram hukumnya. Sebagaimana firman Allah SWT:


ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتٌ۬ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُۚ وَٱلَّـٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِى ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَڪُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡہِنَّ سَبِيلاًۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيًّ۬ا ڪَبِيرً۬ا (٣٤)

Maksudnya: Laki-laki(suami)itu pelindung bagi perempuan(isteri). Kerana Allah swt telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain(perempuan),dan kerana mereka(laki-laki)telah memberikan nafkah dan hartanya.Maka perempuan-perempuan yang soleh adalah mereka  yang taat(kepada Allah swt) dan menjaga diri ketika (suaminya)tidak ada,kerana Allah swt telah menjaga (mereka).Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan akan nusyuz,hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka,tinggalkanlah mereka di tempat tidur(pisah ranjang),dan (kalau perlu) pukullah mereka.Tetapi jika mereka mentaatimu,maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya.Sungguh,Allah Maha Tinggi,Maha Besar.
(Surah al-Nisa':34)

Dalam ayat ini ,Allah swt membolehkan seorang suami memukul isterinya dengan syarat:

1.Hendaklah dinasihati terlebih dahulu.
2.Jika enggan hendaklah dipisahkan tempat tidurnya.
3.Namun jika tetap tidak mahu kembali kepada syariat Islam barulah dipukul.
4.Tidak boleh memukul bahagian mukanya.
5.Tidak boleh memukul dengan pukulan yang menimbulkan bekas atau membahayakannya.
6.Tujuan memukul itu untuk menginsafkan,bukan menyakitkan .Pukulan itu tidak melukai,sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:"Dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai."[Hadis sahih riwayat Muslim no.1218(147).Daripada Sahabat Jabir bin 'Abdillah r.a]

Menangani Masalah Dengan Islam.
Note kecil: Manusia masih gagal menangani suatu masalah iaitu masalah akhlak hingga ke saat ini.Lebih tepat lagi menangani masalah emosi mereka.(Hawa Nafsu)

Menangani Masalah Akhlak.
Nota kecil: Sejarah telah membuktikan suatu ketika dahulu,manusia pernah hidup dalam kerosakan akhlak yang paling kritikal dan hina sehingga para penjenayah di agongkan sebagai perwira.Yang jadi mangsa adalah mangsa yang lemah dan serba tertekan,yang kuat semakin hari semakin berani bermaharajalela.
Didalam kegelapan ini,Islam datang membawa gerakan (harapan).Sinar Islam telah menyalakan dan ia bermula dari benua Arab yang ketika itu merupakan tempat yang paling hancur akhlak manusianya,disitulah Islam diuji dan
 Rasulullah saw muncul dengan laungan,"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia."[Riwayat Ahamad]

Objek utama adalah untuk memperbaiki akhlak manusia


Kasih Sayang dan Ketegasan.

Ajaran Islam datang dengan membawa dua kaedah penting yang perlu diamalkan serentak.Tidak boleh ditinggalkan salah satu daripadanya.Kedua-dua kaedah tersebut adalah kasih sayang dan tegas.Renungkanlah firman Allah swt ini;
مُّحَمَّدٌ۬ رَّسُولُ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥۤ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَہُمۡ‌ۖ
Maksudnya: Muhammad adalah Pesuruh Allah dan orang beriman yang bersamanya sentiasa berkasih sayang sesama mereka dan bersikap tegas terhadap orang kafir.[Surah al-Fath:29]

Orang beriman yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah orang yang mahukan kebaikan yang hakiki dan orang yang kafir pula ialah orang yang tidak mahukan kebaikan sebenar-benarnya.Setelah kedatangan Islam,orang yang tidak mahu menerima kebaikan digelar sebagai orang kafir dan kebanyakan mereka ingin meneruskan amalan kejahatan seperti menindas,menipu,mencuri,membunuh,merogol,rasuah,riba dan berbagai-bagai kejahatan yang lain.Maka ajaran Islam menekankan dua faktor tersebut iaitu sentiasa menghidupkan amalan berkasih sayang terhadap orang-orang Muslim yang mahukan kebaikan dan bersikap tegas terhadap orang kafir yang ingin meneruskan amalan kejahatan.

Konsep Islam Kontekstual

Al-Quran banyak menyebut tentang langkah-langkah ketegasan yang mesti diambil untuk mengatasi beberapa masalah.Sesungguhnya tidak benar dan salah apabila dikatakan semua langkah ketegasan tang disebut dalam al-Quran hanya sesuai untuk diamalkan pada masa dahulu sahaja dan tidak sesuai lagi untuk diamalkan pada masa sekarang kerana zaman sudah berubah.

Kalau begitu,kita mendakwa bahawa al-Quran tidak bersifat universal iaitu sesuai pada masa dahulu sahaja,tetapi tidak sesuai pada mas sekarang dan akan datang hingga ke hari kiamat.Ketahuilah,setiap ayat yang menekankan tentang langkah-langkah ketegasan ialah ayat-ayat MUHKAMAT dan TIDAK MANSUKH.

Para muslimin dan muslimat telitilah dan berfikiran panjanglah..Silalah memahami hukum Islam seperti memahamai Hukum Dunia.

Wassalam..

Akan bersambung


Assalamualaikum,

Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Asya ha du an LAA ILA HAILLALLAH...Segala puji bagi Allah, Alhamdulillah dengan kehedaknya terjadinya sesuatu perkara buruk atau yang baiknya. Mahasuci Allah yang Maha Mengatahui apa yang tersirat dan tersurat. Allah yang Maha Agung, Raja Sekalian alam yang amat keras siksaannya tidak ada sekutu baginya tidak ada yang setaraf atau hampir setaraf dengannya dialah yang empunya ilmu dan keseluruhannya yang menganugerahkan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Dialah yang apabila berkehendakkan sesuatu hanya menyebut “Kun Fayakun” maka jadilah ia seperti yang dikehendakinya dan Dialah yang kekal abadi mentadbir selamanya.

Wa asya hadu anna MUHAMMADAR RASULULLAH.. Dialah kekasih allah. Nur yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Menerangi kegelapan dengan pancaran cahaya kehidupan. Yang namanya disebut-sebut oleh makhluk dilangit dan dibumi dan kepadanya diturunkan Al-Quran kalam suci sebagai pelengkap bagi yang terdahulunya. Menjadi contoh akhlak ummat sekalian alam.

Tanpa Ilmu boleh pulang kepada Allah swt

Hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah kepada Ku (Allah) dengan reda dan diredai, maka masuklah hamba Ku, masuklah ke dalam surga Ku. (QS Al Fajr 89:27-30).

Sebenarnya untuk kembali kepada Allah itu sangat mudah,.. semudah memejamkan mata atau menarik nafas. Setiap saat pun kita boleh kembali kepada Allah. Di mana sahaja kita boleh kembali kepada Allah, hanya yang diperlukan adalah keyakinan, keikhlasan dan kerelaan.

Kita tidak perlu mempunyai ilmu yang banyak, bahkan tanpa ilmu pun kita boleh kembali kepada Allah. Tetapi nampaknya kita tidak percaya untuk kembali kepada Allah itu sangat mudah, Kita tidak menerima bahawa kembali kepada Allah itu pekara mudah, oleh itu kita mencari pelbagai ilmu, yang sesungguhnya telah menghijap kita dari perjalanan kita menuju Allah. Ilmu itu adalah hijab, pada satu ketika ilmu itu harus ditinggalkan untuk sampai kepada Allah.

Sekali lagi, malangnya kebanyakan orang tidak percaya kembali ke Allah itu mudah. Mereka dihijab ilmu, untuk sampai kepada Allah mesti mempunyai ilmu yang banyak, contohnya mesti lulus ilmu Kalam, ilmu Wahyu dan pelbagai macam ilmu lagi. Mereka ini lah orang-orang yang telah terhijab oleh ilmu, jikalau mereka tidak sadar mereka tidak akan maju,… untuk sampai kepada Allah.

Di zaman Rasullulah dahulu, tidak adapun pelbagai ilmu yang ada seperti sekarang. Umat di zaman Rasullulah diberikan kefahaman tentang Tawakal, Yakin, Ihsan, dan Reda…… dan kebanyakan mereka telah berjaya kembali kepada Allah semasa mereka masih hidup lagi, ….semasa mereka masih berjasad lagi.

Kembali kepada Allah bukan dengan amal, bukan dengan ilmu, bukan dengan apa-apa pun, cukuplah hanya dengan Penyerahan Diri dan Kerelaan untuk kembali kepada Allah. Allah lah yang akan memperjalankan kita, … kita hanya berserah diri kepadan Nya, … selanjutnya mengikut apa yang dikehendaki Nya.

Allah tidak perlukan ilmu kita, amal kita, harta kita,…. tetapi ia mahukan Kerelaan kita, …. Penyerahan Diri kita kepadanya secara keseluruhannya.

Sememangnya, Allah tidak terjangkau oleh akal fikiran dan imaginasi,… tetapi Allah Maha Meliputi, dan ia lebih Hampir dari urat leher kita sendiri,

Oleh itu, kembalilah kepada Nya dengan Reda,…..dengan Penyerahan Diri secara total…hanya untuk NYA.

MasyaAllah…

Ilmu Allah itu luas dan ada Ilmu2 untuk mendekatkan diri dengan Allah itu … ada saluran yang tertentu

serta ia memerlukan Guru untuk menerangkan

bab2 yang tertentu…….semuga mendapat kefahaman di samping Rahmad dan Shufaat NYA

alam ini tiada batasnya..

engkau pergi kesana pasti ada yang sejati..

yaitu aku sejati…tapi bukan Aku..

lantas siapa lagi.. Aku bukan aku…

yaitu Aku sejati..

Yang tiada Akhir dan tiada Awal

tiada ruang tiada batas…

meliputi dan diliputi..

diliputi dan diselimuti…

diselimuti dan dipeluki..

dipeluki dan dikekapi

dikekapi dan diliputi..

bayangkan tiada habisnya kasih sayang Allah kepada Hambanya. Yang menyelimuti hamba-hambanya setiap waktu..

HOME | ABOUT

Copyright © 2011 Azrin | kun | Powered by BLOGGER | Template by 54BLOGGER