"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, February 22, 2011

Miskin Bukan Alasan


gambar contoh-

Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Muhammad kerana ingin meminta bantuan.Beliau berasal daripada kaum Ansar dan miskin.

"Wahai utusan Allah,saya memohon bantuan daripada tuan sedikit wang untuk saya dan tanggungan saya,"kata lelaki itu.
"Adakah di rumah saudara tidak mempunyai apa-apa?"tanya Nabi Muhammad.


"Saya hanya mempunyai sehelai tikar kain untuk kami duduk dan beberapa gelas minuman,wahai kekasih Allah,"jawab lelaki Ansar itu kehairanan.mengapa pula Nabi Muhammad bertanya berkenaan barang-barang yang ada di rumahnya sedangkan beliau hanya memerlukan sedikit wang daripada Nabi Muhammad,tidak lebih daripada itu.

"Bawakan barang-barang saudara itu kepada saya,"kata Nabi Muhammad meminta lelaki itu membawa barang-barang yang ada di rumahnya kepada beliau.
Lelaki itu mentaati perintah Nabi Muhammad lalu beliau berjalan pulang ke rumahnya.Beliau masih memikirkan tujuan Nabi Muhammad menyuruhnya berbuat demikian. Sambil berfikir,tanpa disedari beliau sudah sampai ke rumah. Diambilnya sehelai tikar yang dibuat daripada kain serta beberapa gelas minuman.Kemudian beliau berjalan kembali bagi menemui Nabi Muhammad.


Beliau menyerahkan barang-barang itu kepada Nabi Muhammad.Lelaki itu tetap dalam kebingungan.Beliau masih tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh Nabi Muhammad dengan barang-barang itu.

Nabi Muhammad mengambil barang-barang itu  dan bertanya kepada beberapa orang sahabat yang berada bersama-samanya,"Siapakah antara saudara yang ingin membeli barang-barang yang ada pada saya ini?" tanya Nabi Muhammad.

"Saya ingin membelinya dengan satu dirham,"jawab seorang sahabat.
"Siapa yang mahu membelinya lebih daripada satu dirham?"Tanya Nabi.
"Saya ingin membeli kesemuanya dengan dua dirham!'sambut seorang sahabat yang lain.


Nabi Muhammad pun memberikan barang-barang itu kepada sahabatnya yang mahu membeli dengan dua dirham.Selepas wang dua dirham diserahkan kepada Nabi Muhammad,beliau memanggil lelaki Ansar yang kehairanan itu.Lelaki Ansar itu berfikir,sudahlah beliau orang miskin,Nabi Muhammad pula menjual semua harta-harta yang tinggal sedikit itu.Tetapi beliau tidak menyuarakan kehairanannya kerana menghormati Nabi Muhammad.

mendengar namanya dipanggil oleh Nabi Muhammad,lelaki itu segera menghampiri beliau.

"Ambil satu dirham ini.Wang ini saudara belikan makanan untuk anak-anak dan isteri saudara.Kemudian satu dirham lagi ini,saudara pergi kepasar dan belikan kapak.Bawa kapak itu kepada saya,"kata Nabi Muhammad.
Lelaki yang kebingungan itu bertambah bingung.Bermacam-macam pertanyaan bermain dalam fikirannya.Namun beliau tetap tidak membantah arahan Nabi Muhammad.

"Baiklah,wahai kekasih Allah,"kata lelaki itu.

Diambilnya wang dua dirham yang diserahkan oleh Nabi Muhammad.Kemudian beliau pergi kepasar membeli makanan dan sebilah kapak yang tidak mempunyai pemegang.

Sebelum pulang menemui Nabi Muhammad,beliau singgah ke rumah memberikan makanan yang dibeli tadi kepada isteri yang sedang menunggu beliau.Isteri beliau terlalu gembira sehingga menangis kerana mendapat makanan itu.Lalau isteri beliau membahagi-bahagikan makanan itu kepada nak-anaknya.Lelaki itu memerhatikan gelagat anak-anaknya yang sedang menjamah makanan.Beliau berasa sedih dan sebak melihat anak-anak yang sudah beberapa hari tidak makan.

Kemudian lelaki itu pergi menemui Nabi Muhammad bersama kapak yang tidak mempunyai pemegang itu dan diserahkan kepada Nabi Muhammad.Nabi Muhammad mengambil kapak itu lalu mengikatnya dengan sebatang kaya sebagai pemegang.Apabila selesai,beliau memberikan kapak itu kepada lelaki Ansar tadi.

"Pergilah saudara ke dalam hutan.Carilah kayu-kayu kering dan bawa kayu-kayu itu ke pasar bagi dijual sebagai kayu api.Saudara jangan kembali ke sini berjumpa dengan saya selama 15hari,"kata Nabi Muhammad.
 
Tanpa banyak bersoal jawab,lelaki itu terus pergi ke hutan.Dicarinya kayu-kayu kering,kemudian dipotong kecil-kecil,lalu kayu-kayu diikat dan dibawa ke pasar bagi dijual.Begitulah kerja lelaki Ansar yang miskin dan taat pada arahan Nabi Muhammad.Beliau melakukan kerja itu selama 15hari.Pada hari yang ke-16,beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad bersama-sama dengan wang jualan hasil kerjanya sebanyak 10 dirham.

Sambil tersenyum gembira,lelaki itu menyerahkan wang 10 dirham kapada Nabi Muhammad dan berkata, " Wahai kekasih Allah,teirmalah 10 dirham ini. Wang ini saya peroleh hasil kerja-kerja yang saya lakukan atas perintah tuan dahulu."

"Ambillah wang itu dan belanjakan dengan sebaik-baiknya.Pekerjaan saudara ini lebih baik daripada saudara datang pada hari kiamat nanti dengan wajah yang mempunyai titik-titik hitam.Meminta-minta itu tidak baik kecuali orang yang sangat miskin,orang yang mempunyai hutang yang banyak dan orang yang mempunyai tanggungan diyat," kata Nabi Muhammad memberi nasihat kapada lelaki itu.


Fakta menarik:
Diyat adalah satu konsep dalam undang-undang Islam.Ia adalah pampasan yang perlu dibayar oelh pihak yang bersalah kepada mangsa berdasarkan kerugian  yang dialami oleh mangsa.

No comments: