BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA
Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan
Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20. dunia telah meyaksikan genocide paling dahsyat dan besar. Segalanya bermula pada 1992, dan sepanjang waktu itu beratus-ratus ribu manusia telah dihalau dari tanah sendiri, dibunuh, disumbat ke dalam kem-kem yang penuh sesak, dan didera dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Perkara yang paling jelas dan nyata te ntang genocide ini, yang bermula di Bosnia dan kemudian berpindah ke Kosovo, ialah ia berlaku di hadapan seluruh penduduk dunia dan hanya bersebelahan sahaja dengan negara-negara Eropah.
Penyembelihan di Bosnia yang bermula pada 1992 hanya berakhir pada musim bunga 1995. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku kekejaman dan keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah kehidupan manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang Serbia adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul keperawanannya. Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.
Memusnahkan Segala Tinggalan Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk memahami kezaliman yang dikenakan terhadap umat Islam Bosnia yang tidak bersalah, terlebih dahulu kita mesti memahami sejarah kawasan yang bergolak tersebut. Sudah diketahui ramai bahawa setelah pembubaran Persekutuan Yugoslavia, terdapat beberapa negara yang berasa kurang senang terhadap kawasan-kawasan yang memiliki ramai umat Islam yang cuba mendapatkan kemerdekaan. Penubuhan negara-negara Islam merdeka di tengah-tengah Eropah, dan kemungkinan untuk mereka menubuhkan sebuah kesatuan, membawa maksud kepada penubuhan tamadun Islam yang berhampiran dengan negara-negara Barat. Sebab itulah umat Islam di rantau Balkan dikenakan genocide oleh Serbia, dengan dibantu oleh sokongan-sokongan sulit oleh kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam yang sungguh efektif di beberapa negara-negara Barat dan berada pula di bawah payung keselamatan kumpulan-kumpulan pelobi ini.
Belum pun sempat manusia melupakan tragedi dahsyat yang berlaku di Bosnia-Herzegovinia, gelombang kedua kekejaman orang-orang Serb mula mengambil tempat. Kali ini latar tempatnya adalah di Kosovo, Yugoslavia. Apabila kita melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut perspektif sejarah, nampaknya Serb mahu menuntut bela di atas luka kekalahan yang dialami kira-kira 600 tahun sebelum ini. Orang-orang Serb di Kosovo melihat umat Islam Albania sebagai "penerus Empayar Turki Uthmaniyyah." Oleh itu orang-orang Serb mula menjalankan polisi asimilasi, atau lebih tepat lagi, cuba memadamkan segala kesan Uthmaniyyah.
Kebencian Serb terhadap Uthmaniyyah bermula kira-kira 600 tahun yang lampau. Semasa Perang Kosovo Pertama, pada tahun 1389, Sultan Murat I telah ditikam oleh seorang berbangsa Serbia yang menyamar sebagai seorang utusan. Beliau kemudiannya mengalami cedera parah di bahagian barat laut Pristina dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah melihat kejayaan Uthmaniyyah. Kejayaan kedua Turki Uthmaniyyah di Kosovo berlaku pada 1448, apabila Sultan Murat II berjaya mengalahkan pasukan tentera Salib yang dipimpin oleh orang-orang Serbia. Berikutan kejayaan Perang Kosovo Kedua ini, sejumlah besar umat Islam Turki menduduki rantau Balkan.
Ketakutan Terhadap "Albania yang Lebih Hebat" dan Kosovo
Peta baru rantau Balkan yang telah dipersetujui bersama menerusi Perjanjian Versailles pada akhir Perang Dunia I telah menimbulkan satu fakta yang sangat menarik: Orang-orang Albania yang merupakan majoriti rantau Balkan tidak disatukan di dalam sebuah negara yang sama, sebaliknya mereka dibiarkan duduk berselerak di beberapa buah negara. Mengapakah orang-orang Albania tidak dibiarkan duduk bersama apabila peta baru rantau tersebut dilukis?
Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat), hari yang tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan maafnya dan bagi mereka laknat dan bagi mereka tempat tinggal yang buruk. (Al-Mu’min, 40:51-52) |
Jawapan kepada soalan tersebut terletak pada faktor asas yang mencetuskan segala konflik yang masih berterusan sehingga ke hari ini. Prospek penubuhan negeri "Albania yang Lebih Hebat", yang terdiri dari umat Islam Albania, dianggap oleh beberapa buah kuasa antarabangsa sebagai sesuatu yang tidak menguntungkan pihak mereka. Sebab mengapa masalah yang sudah berdekad-dekad lamanya ini masih tidak dapat diselesaikan adalah berpunca daripada plot idea yang serupa. Jika kemerdekaan Kosovo diisytiharkan, "Albania yang Lebih Hebat" akan ditubuhkan sekali lagi di selatan Balkan.
Orang-orang Albania merangkumi kira-kira 95 peratus dari keseluruhan populasi Albania. Tambahan pula, terdapat juga kira-kira 35% populasi Albania di sempadan Macedonia, dan kira-kira 50,000 orang Albania pula tinggal di Montenegro. Di dalam Yugoslavia pula, kawasan Kosovo turut memiliki populasi orang-orang Albania yang agak besar.
Apa yang akan terjadi jika negara-negara yang berjiran tersebut bersatu, dan dengan itu membentuk "Albania yang Lebih Hebat" di tengah-tengah Eropah? Inilah yang menjadi ketakutan kepada kuasa-kuasa Barat.
1 juta atau lebih umat Islam Kosovo yang lari dari penindasan Serbia terpaksa berhadapan dengan kesejukan, kelaparan, kehausan dan penyakit. Berpuluh-puluh ribu kehilangan nyawa, dan banyak lagi yang telah hilang. |
Adalah perlu untuk dijelaskan bahawa ketakutan ini timbul lebih disebabkan oleh faktor agama berbanding faktor etnik. Seperti juga Bosnia, negeri tersebut turut memiliki ramai umat Islam yang dilihat sebagai "tidak diperlukan."
Pencaturan yang masih diteruskan sehingga ke hari ini, telah memainkan peranan penting yang mempengaruhi proses pemetaan rantau Balkan selepas Perang Dunia I. Inilah sebabnya mengapa orang-orang Albania secara tidak rela hidup sebagai sebuah b
angsa yang dipecah-pecahkan sejak dulu lagi.
Selepas Perang Dunia II, orang-orang Albania telah diperintah di bawah telunjuk rejim Komunis. Orang-orang Albania di Kosovo dan Macedonia kekal di sempadan Tito Yugoslavia, dan orang-orang Albania sendiri akhirnya berada di bawah genggaman rejim Enver Hoxha yang lebih zalim.
Berikutan kejatuhan komunisme kira-kira 40 tahun yang lampau, kuasa "Albania yang Lebih Hebat" dipandang sebagai sebuah kuasa yang berbahaya disebabkan oleh sifat Islamiknya. Kuasa komunis terdahulu dan fasis terbaru, Slobodan Milosevic menjadi orang pertama yang memulakan polisi ganas yang anti-Islam.
Pemandangan seperti ini adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan seharian di Balkan. |
Sebaik sahaja Milosevec mula memegang tampuk pemerintahan, beliau telah menamatkan autonomi yang telah pun dijanjikan kepada Kosovo sewaktu zaman Tito. Beliau mula menggunakan pendekatan fasis untuk menyalakan api nasionalisme orang-orang Serbia. Pendidikan tinggi di Kosovo dihalang dari diajar dalam bahasa Albania. Akhbar-akhbar yang diterbitkan dalam bahasa tersebut akan ditamatkan operasinya dan rakyat ditindas. Ini semua bertujuan supaya orang-orang Albania meninggalkan kawasan tersebut, dan akhirnya kira-kira 400,000 telah mengambil tindakan tersebut. Pada masa yang sama, wujud usaha untuk mengubah demografi kawasan dengan memasukkan orang-orang Serb. Mereka mahu men"Serbia"kan kawasan tersebut dengan menghalau umat Islam Albania yang membentuk populasi kira-kira 90 peratus banyaknya. Mereka malah turut mengoyakkan surat ikatan harta dan mencantumkan dokumen-dokumen untuk memadamkan identiti budaya umat Islam. Pada 1989, autonomi Kosovo telah dibatalkan sama sekali. Setiap hari, Milosevic mengenakan sekatan-sekatan baru di kawasan tersebut. Orang-orang Albania terus menunjukkan penentangan yang bersifat kedamaian terhadap segala penindasan yang dikenakan ke atas mereka, dan di bawah pimpinan Ibrahim Rugova, mereka telah memulakan kempen yang berdasarkan perlembagaan untuk memenangi semula hak-hak mereka. Orang-orang Albania yang telah hidup lama di bawah sistem penindasan yang tidak memiliki sebarang hak dan telah menjadi sasaran projek asimilasi, akhirnya telah berjaya menarik perhatian rakyat dunia setelah mereka menjadi mangsa proses pembersihan etnik. Serb telah meletakkan pasukan polis dan askarnya di kawasan itu. Pasukan-pasukan ini telah menyerang penduduk yang tidak bersenjata dengan menggunakan senjata-senjata berat. Kempen pembersihan etnik bermula pada 27-28 Februari 1998. Keagresifan Serb telah dihentikan oleh operasi NATO pada 24 Mac 1999. Namun demikian operasi menyelamat yang agak lewat dilakukan ini telah cukup untuk memberitahu kita bahawa penderitaan yang cukup besar telah dialami oleh orang-orang Albania Kosovo
Gambar-gambar yang menunjukkan apa yang sedang berlaku di Kosovo telah dipampang di dada-dada akhbar, namun dunia masih berdiam diri. Pengkebumian beramai-ramai, rumah-rumah dibakar, dan bayi-bayi dibunuh di dalam buaian tidak membawa apa-apa kesan bagi kebanyakan manusia. |
Bosnia: Pembunuhan Beramai-ramai di Mata Dunia
Apabila Sarajevo menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada 1463, ia turut mempunyai hubungan dengan agama Islam. Ia terus berada di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun. Sepanjang tempoh yang cukup panjang ini, Slavs yang mempunyai hubungan dengan mazhab Kristian yang dipanggil "Bogomils" dan tinggal di kawasan Bosnia-Herzegovina, telah memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka sendiri. Dengan itu, umat Islam muncul di Bosnia, di tengah-tengah Semenanjung Balkan. Berikutan dengan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia telah diberikan kepada Empayar Austria-Hungary, walaupun ia masih sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyyah. Namun akhirnya ia telah ditawan pada 1908, dan Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Islam. Orang-orang Islam melihat pemergian Turki Uthmaniyyah dengan penuh kesedihan kerana mereka telah membayangkan penganiyaan dahsyat yang bakal diterima di bawah sistem pemerintahan baru. Sesungguhnya tidak lama selepas pengunduran Turki Uthmaniyyah, serangan dan gangguan terhadap umat Islam pun bermula.
Serb terus melakukan rompakan dan pembunuhan walaupun mereka berundur dari Kosovo. Satu juta umat Islam Kosovo yang melarikan diri hidup dalam keadaan yang sengsara. |
Selepas Perang Dunia I, "Kerajaan Serbia, Crotia dan Slovenia" telah ditubuhkan, dengan itu telah mengumpulkan kesemua komuniti Slavs di kawasan tersebut. Bosnia-Herzegovina turut menjadi sebahagian daripada kerajaan tersebut. Pada 1929, Kerajaan Yugoslavia jatuh ke tangan Kristian Ortodoks Serbia. Sehingga Perang Dunia II, umat Islam Bosnia telah dicuri harta-benda mereka dan diawasi dengan begitu teliti sekali.
Semasa Perang Dunia II, kawasan tersebut telah dijajah oleh Jerman. Tahun peperangan tersebut telah menyaksikan kira-kira 100,000 umat Islam yang terkorban dalam siri-siri serangan di bandar-bandar dan perkampungan Bosnia. Serangan-serangan tersebut dilakukan oleh pejuang-pejuang ultra-nasionalis (Chetniks). Pihak komunis telah memainkan peranan utama dalam penentangan terhadap Nazi, dan apabila perang tamat mereka mula mengambil-alih hal-ehwal pengurusan negara tersebut. Polisi penindasan terhadap umat Islam bangkit semula apabila komunis mula berkuasa. Yayasan-yayasan Islam diambil-alih, masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama dirampas, dan kempen intensif tentang propaganda ateis begitu rancak dijalankan. Kesannya, satu bahagian daripada populasi umat Islam telah dipaksa berpindah ke Turki dan negara-negara Eropah lain.
Apabila Perjanjian Perang Dingin Warsaw tamat, sebuah referendum telah diadakan pada 1 Mac 1992, dan Bosnia-Herzegovina mengisytiharkan kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, Serb telah menawan negara tersebut dan menjalankan penyembelihan selama tiga tahun. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh Serb dalam tempoh tiga tahun itu tidak kurang dari 200,000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka. 50,000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh-puluh ribu daripada mereka telah lumpuh.
Sewaktu Perang Bosnia, jalanan menjadi tanah perkuburan. Perkuburan beramai-ramai yang digali satu demi satu selepas perang memberikan gambaran jelas tentang dimensi genocide yang berlaku. (Gambar kanan) Sebuah perkuburan beramai-ramai yang dijumpai di Srebenica pada tahun 1996. |
Beberapa kes penyeksaan di sana yang dilaporkan oleh umat Islam kepada Kenyataan Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa PBB dengan jelas menunjukkan tahap penganiyaan yang telah dilakukan oleh Serb. Sebagai contoh, berdasarkan kepada keterangan Sulejman Besic yang berusia 46 tahun, seorang Chetnik yang dipanggil Dusan Tadic telah pergi menemui seorang wanita Islam dan menjerit kepadanya untuk memberitahu di mana suaminya berada. Dia kemudian mengarahkan wanita tersebut supaya menanggalkan pakaiannya, dan mengancam akan membunuhnya jika dia enggan berbuat demikian. Dalam menangis, dia mula membuka pakaiannya di hadapan mata pistol. Namun demikian tidak kurang seminit selepas iu, Tadic menembaknya di kepala. Kemudian dia membawa anak lelaki wanita tersebut yang mana selama adegan ngeri ini berlaku, dia terbaring tidak berapa jauh dalam keadaan tangannya diikat. Anak lelaki itu kemudian disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Di kemudian menangis dengan sekuat-kuatnya, dan akhirnya dengan segera ditembak mati oleh Dusan Tadic.
Badan kaku yang mati akibat dibunuh dibiarkan begitu sahaja dalam masa yang lama. Menurut Sulejman Besic, tiada apa yang menghairankan tentang perkara tersebut di kem-kem tahanan yang penuh sesak. Menurutnya lagi, ramai umat Islam yang cedera berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Ada di antara mereka yang terbaring tidak sedarkan diri dengan ulat-ulat mengerumuni luka-luka yang terdedah. Bau busuk dari mayat-mayat yang dibiarkan ditempat terbuka dan ulat-ulat yang mengerumuninya amat meloyakan.
Besic telah menyaksikan semua ini sewaktu dia dikurung di Kem Trnopolje, dan beliau memberitahu pengalamannya kepada Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa di Hague, yang ditubuhkan untuk menyiasat jenayah-jenayah perang di Yugoslavia yang dahulu dan juga menyiasat para suspek. Perkara-perkara dahsyat yang disaksikan dan dialami olehnya hanyalah beberapa contoh daripada ribuan penyeksaan dan penyembelihan sistematik yang dikenakan ke atas umat Islam oleh Serbia di Bosnia.
Penyembelihan dan pembersihan etnik yang begitu lama di Bosnia mungkin sudah semakin sampai ke penghujungnya. Namun ia telah meninggalkan satu tragedi kemanusiaan yang sungguh mengerikan. Serb mengajukan ancaman-ancamannya, dan bertindak-balas terhadap kebangkitan Islam di Bosnia dengan kekejaman yang begitu dahsyat, yang dijalankan di hadapan mata penduduk dunia.
Harapan kami ialah rakyat Bosnia, yang dikenakan genocide kejam hanya kerana mereka beragama Islam, akan mendapat sokongan secara aktif dan praktikal dari mereka yang berkesedaran di segenap lapisan masyarakat, terutama sekali dari dunia Islam untuk membantu mereka memulihkan keadaan.
No comments:
Post a Comment