http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=j7UNlDlNm_4
Kepada umat Islam, jangan terlalu marah dengan tindakan sebegini. Anggaplah perbuatan orang jahil sebegini sebagai motivasi untuk kita menghayati kandungan Al-Quran. Ramai umat Islam yang mencium Al-Quran apabila selesai membaca Kitab Suci Al-Quran sebagai tanda hormat kepada Kitab yang dinamakan Al-Quran, tetapi selepas membaca Al-Quran mereka menjadikan syaitan sebagai sahabat karib mereka dalam kehidupan seharian. Akhlak mereka tidak ada perubahan, perbuatan ustazah kadang-kadang melebihi perbuatan orang awam yang tidak mempelajari agama. Kita dapat melihat dan menilai sendiri perbuatan ustaz dan ustazah yang menjadikan pengajaran mata pelajaran agama hanya sebagai mata pelajaran yang mereka ajar tetapi tidak dihayati dalam pergaulan seharian. Ustaz dan ustazah sebegini bukanlah Murabbi dan Murabbiah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Pengajaran dan Tauladan hanya boleh diambil dari aspek kandungan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah SAW yang mereka ajarkan tetapi Akhlak dan Perbuatan mereka mesti dijadikan sempadan.
Oleh yang demikian pembakaran Al-Quran sebegini yang bertujuan mencabar semangat umat Islam perlu diolah dengan cara terbaik, agar ianya memberi manfaat kepada umat islam semua, marilah kita muhasabahkan diri kita,
Kenapa ini semua boleh berlaku ?
Kenapa manusia berani membakar Kitab Suci Al-Quran?
Apakah tindakan dan semangat umat Islam akan terus berjuang dengan Ikhlas tanpa dendam kepada perbuatan sebegini, sehingga Allah SWT memuci Keikhlasan kita dalam memperjuangkan agama Allah SWT ?
Atau semangat untuk memperjuangkan Islam hanya sekadar apabila maruah Islam dicabar, barulah bangkit dan berdoa kepada Allah SWT tanpa apa-apa tindakan ?
Atau bangkit menentang musuh dengan tanpa persediaan Ilmu dan tanpa perancangan, hanya berbekalkan semangat marah semata-mata?
Betapa perlunya umat Islam Muhasah Diri dan membuat perubahan serta bertindak dengan penuh Hikmah (memiliki perancangan yang sempurna).
No comments:
Post a Comment