*Maurice Bucaille dilahirkan dikalangan keluarga Perancis dan seperti ibu bapanya,beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian. Selepas menamatkan pendidikan peringkat menengah, beliau melanjutkan pengajian di Fakulti Perubatan, Universiti Perancis. Beliau amat cemerlang dalam pengajian perubatan sehingga memperoleh BSc Degree dan bekerja keras sehingga namanya meningkat naik menuju kemahsyuran, menjadi Pakar Bedah yang paling pintar dan paling berpengaruh dalam sejarah Perancis moden. Tetapi suatu peristiwa telah terjadi sehingga mengubah seluruh hidupnya :
Perancis dikenali dengan minatnya yang unik dalam bidang arkeologi dan sejarah warisan. Presiden Parti Sosialis Perancis yang juga Presiden Perancis ketika itu, Francois Mitterand yang berkuasa pada tahun 1981, mewakili Perancis meminta kerajaan Mesir menghantar mumia Firaun bagi menjalankan satu siri eksperimen yang penting. Sebenarnya mumia tersebut adalah jasad Firaun yang paling zalim pernah memerintah Mesir, Ramses II. Anehnya, Presiden Perancis, menteri-menteri, dan para pegawai atasan berbaris berdekatan kapal terbang yang membawa jasad firaun dan menunduk hormat kepadanya seakan-akan Firaun itu masih hidup!!! Selepas upacara menyambut Firaun itu tamat, mumia tersebut dipindahkan ke Pusat Monumen Perancis. Semua ahli arkeologi, anatomis dan pakar bedah yang terkenal mula berkumpul dan menjalankan kajian ke atas mumia tersebut dalam percubaan untuk menggali misterinya. Pakar bedah yang paling senior dan saintis yang mengetuai kajian tersebut adalah Prof Maurice Bucaille.
Ketika para pengkaji sedang sibuk melakukan proses pemulihan mumia itu,ketua mereka, Prof Maurice sedang memikirkan sesuatu yang lain. Dia cuba mencari punca Firaun itu mati, hanya di tengah lewat malam, dia berjaya menyimpulkan analisis terakhir. Tinggalan garam yang tersekat di dalam badan mumia itu adalah bukti nyata bahawa firaun itu mati akibat lemas di laut ,manakala jasadnya telah diambil sejurus selepas kematiannya, dan sangat jelas seseorang telah segera memumiakan mayatnya supaya jasadnya terus kekal terpelihara. Tetapi persoalan yang bermain-main dalam fikiran Prof Maurice; bagaimana jasad firaun ini -yang sama sekali berlainan dari mumia mesir purba lain- terus kekal terpelihara walaupun mayatnya telah diselamatkan dari dalam laut?
Prof Maurice sedang sibuk menyiapkan laporan terakhir ketika berfikir sama ada mayat Firaun itu diselamatkan dan segera dimumiakan sejurus selepas mati lemas. Seorang rakannya yang mengetahui apa yang berlegar-legar dalam fikiran Prof Maurice berbisik ke telinganya, “tidak perlu terburu-buru memikirkan tentang isu ini, kerana orang Islam berkata bahawa firaun itu (merujuk kepada mumia tersebut) memang pun mati akibat lemas”. Pada mulanya, Prof Maurice menolak dakwaan tersebut (bahawa ada pihak lain yang mengetahui ada mayat firaun yang dimumiakan selepas mati akibat lemas) dengan andaian bahawa penemuan tersebut hanya boleh didapati melalui penggunaan komputer yang moden, sofisikated dan tepat. Seorang rakan saintisnya yang lain mengatakan sesuatu yang lebih mengejutkan apabila mendakwa kitab suci orang Islam iaitu Al-Quran telah menceritakan kisah seorang Firaun yang mati lemas dan jasadnya terus kekal dipelihara selepas itu. Kejutannya semakin menjadi-jadi dan fikirannya terus tertanya-tanya “ Bagaimana Al-Quran boleh memperoleh data itu sedangkan mumia tersebut tidak dijumpai sehingga tahun 1898, hanya 200 tahun yang lepas, sedangkan Al-Quran sudahpun diturunkan dan dibaca sejak 1400 tahun dahulu, juga fakta bahawa hanya sehingga beberapa dekad dahulu umat manusia termasuklah Muslim tidak mengetahui bahawa orang Mesir telah mempunyai kebolehan untuk memumiakan jasad firaun mereka”.
Prof Maurice telah berjaga sepanjang malam merenung mumia Firaun, memikirkan sedalamnya tentang apa yang telah dikatakan oleh rakan-rakan pengkaji lain tentang keterangan jelas Al-Quran yang menceritakan bahawa mayat tersebut telah diselamatkan dan diawet selepas lemas, sedangkan kitab Bible orang Kristian (Matthew dan Luke) pula hanya menceritakan tentang kisah Firaun ketika mengejar Nabi Musa tanpa menjelaskan tentang apa yang berlaku pada mayatnya selepas itu. “Bagaimana mungkin Nabi Muhammad mengetahui tentangnya seribu tahun dahulu sedangkan baru sekarang aku mengetahuinya !?”
Prof Maurice menghabiskan waktu tidurnya di kala malam membaca dan meneliti satu versi kitab Torah (kitab suci orang Yahudi) iaitu Exodus. Terdapat satu ayat yang menjelaskan tentang bencana menimpa tentera Firaun tatkala mengejar Nabi Musa dan pengikutnya. “Dan air laut itu menimpa jentera peperangan dan kuda-kuda askar Firaun, menghambat kesemua mereka sehingga tiada apa lagi yang tinggal”. Tetapi teks ini menambahkan kejutan Maurice, kerana Torah juga tidak menceritakan bahawa memang ada sesuatu yang tertinggal iaitu mayat Firaun yang telah diselamatkan dan dipelihara melalui proses pengawetan yang telah dijalankan.
Kerajaan Perancis akhirnya menghantar balik mumia Firaun itu yang ditempatkan di dalam keranda kaca yang mewah ke Mesir. Tetapi sejak Prof Maurice mengetahui tentang kisah yang berlegar di kalangan Muslim tentang mayat orang mesir purba yang diawetkan, beliau membuat keputusan untuk berlepas ke Arab Saudi di mana satu Konferensi Perubatan sedang berlangsung yang dihadiri oleh ramai ahli anatomis Muslim. Di sana Prof Maurice menceritakan penemuannya kepada mereka tentang mayat Firaun yang diawetkan selepas lemas. Salah seorang peserta Konferensi itu membukakitab Al Quran dan membacakan satu ayat di mana Allah telah berfirman dalam Surah Yunus Ayat 92 : “ Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
Dalam keterujaannya, Prof Maurice bangun di hadapan semua peserta dan dengan kuatnya mengatakan “Saya telah memeluk Agama Islam dan percaya akan kebenaran Kitab Suci Al-Quran.”
No comments:
Post a Comment