"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, March 26, 2011

Firaun Ramsis II seksa Isterinya Asit sehingga Mati

http://fc02.deviantart.com/fs29/f/2008/083/e/b/prophet_mohammed_by_serso.jpg
NEFERTARI adalah seorang daripada isteri Firaun Ramsis II. Bagaimanapun bilangan sebenar permaisuri Ramsis tidak diketahui tetapi beliau mempunyai lapan isteri rasmi, tidak termasuk dayang istana yang dijadikan gundik.
Lebih menggemparkan Ramsis II turut mengahwini anaknya sendiri iaitu Bent-anat, Meritamon dan Nebettaui, juga adik perempuannya Henutmira.
Kematian Nefertari adalah satu kehilangan besar buat Ramsis II. Sebagai penghormatan terakhir, Ramsis II membina makam indah memaparkan watak Nefertari berdampingan dengan tuhan Mesir kuno sebagai simbol kemuliaan.
Lukisan yang menghiasi setiap sudut makam permaisuri kesayangan Ramsis II diiktiraf 'Egyptologist' atau pakar sejarah Mesir kuno sebagai yang terbaik dalam era Firaun. Tidak ada makam di Mesir yang boleh dibandingkan dari segi keindahan dan nilai artistik lukisan di makam itu.
Secara langsung ia menggambarkan betapa tingginya imaginasi dan kemahiran golongan artis dan karyawan ketika era Firaun Ramsis II.
Berdasarkan kepercayaan Mesir kuno, Hathor adalah isteri kepada Ra', tuhan matahari. Tujuan Ramsis II mengaitkan Hathor dengan nama isterinya, Nefertari adalah semata-mata untuk meletakkan Nefertari di tempat paling mulia.
Jika Nefertari dan Ramsis II meneruskan tradisi penyembahan tuhan Mesir kuno, seorang daripada isteri Ramsis II dipercayai beriman kepada Allah SWTPermaisuri yang dimaksudkan adalah Asiah atau Asit.
Persamaan nama di antara Asit dan Isitnofret, isteri Ramsis II menarik perhatian banyak pihak. Malah, ada yang percaya Isitnofret adalah Asit atau Asiah yang beriman kepada ajaran Nabi Musa.
Kisah isteri Firaun yang beriman diceritakan dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang mukmin iaitu perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisimu di dalam syurga dan selamatkanlah daku daripada firaun dan perbuatannya yang kufur dan buas, serta selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim." (Surah at-Tahriim, ayat 11)
Kezaliman Ramsis II tiada batasnya sehinggakan dia sanggup membunuh isterinya sendiri kerana beriman kepada Allah SWT. Beliau akhirnya menyeksa Asiah hingga mati. Meskipun ketika saat ajalnya hampir tiba, bibir Asiah masih mampu mengucapkan kalimah mengagungkan Ilahi.
Kebencian Ramsis kepada Asiah belum berakhir. Firaun itu mengarahkan nama Asiah dan semua catatan yang merujuk kepada permaisurinya itu dipadamkan dalam lipatan sejarah.
Perdebatan mengenai Firaun yang memerintah Mesir ketika Nabi Musa. Bagaimanapun, ahli sejarah berpendapat Firaun yang dimaksudkan adalah Ramsis II dan untuk mengetahui sebabnya, akan dijelaskan dalam episod 12, Al-Risaalah 2.
Turut dijelaskan pada program kali ini proses pengawetan mayat Firaun dan pembesar Mesir yang dilakukan sejurus selepas kematian mereka menggunakan garam natron dilakukan selama 40 hari sehingga air di dalam badan kering sepenuhnya.
Rempah dan minyak juga digunakan bagi menghilangkan bau. Bahan digunakan bukan saja didapati di Mesir, bahkan dibawa daripada Afrika dan Asia.
Melihat kepada kedudukan kedua-dua tangan mumia Ramsis II yang agak pelik, sesetengah sarjana berpendapat, proses mengawet mayat Ramsis II dilakukan selepas bertahun-tahun kematiannya.
Rujukan :

No comments: