"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Sunday, April 3, 2011

Si Jahil yang Cuai Dan Si Alim yang Malas.

Si Jahil yang Cuai Dan Si Alim yang Malas.

Perumpamaan seorang JAHIL yang CUAI dalam menuntut ilmu yang wajib itu,laksana seorang hamba yang dikirimi surat oleh tuannya,yang menyuruhnya melakukan beberapa perkara dan melarangnya dari beberapa perkara.Malangnya sang hamba itu tidak Melihat isi surat itu,kerana tidak mengerti apa yang terkandung di dalamnya,padahal ia boleh mempelajarinya dan bertanya kepada orang lain.

Demikian pulalah dengan perumpamaan seorang alim yang tiada beramal dengan ilmunya,laksana seorang hamba yang melihat isi surat tuannya serta mengetahui apa yang terkandung di dalam surat itu,akan tetapi ia enggan mematuhi segala suruhan yang terkandung di dalamnya serta menjauhi segala larangannya.

Cubalah renungkanmwahai saudara0saudara,moga-moga Allah merahmati anda,adakah cuai yang lebih dahsat dari kecuaian dua orang hamba ini terhadap perintah tuannya?apatkah mereka membuat alasan atau mengemukakan keuzuran kepada tuan mereka?Bukankah mereka itu patut menerima seksa dan balasan,kerana berani menentang perintah dan kurang perhatian terhadap arahan tuannya.Awas,janganlah anda menjadi selaku salah seorang dari kedua orang tadi;iaitu seorang jahil yang tiada mahu belajar,ataupun seorang alim yang tiada beramal dengan ilmunya,kelak anda akan binasa.Ketika itu anda akan rugi-ruginya di dunia dan di akhirat,itulah yang dikatakan kerugian yang nyata.

Adapun memperluas diri dalam ilmu-ilmu agama yang berguna dan menambah pengetahuan lebih dari kadar yang perlu,maka itu adalah sebaik-baik jalan untuk menuju kepada Allah Ta'ala dan seutama-utama amalan di sisiNya.Akan tetapi menuntut ilmu itu hendaklah disertakan dengan tulus-ikhlas,dan dilakukan semata-mata kerana Allah Ta'ala.Sesudah itu hendklah ia mengerah dirinya untuk beramal dengan ilmu yang dituntutnya serta mengajarkannya pula kepada orang lain,dengan tujuan menempa keredhaan Allah Ta'ala dan mendapat balasanNya di hari Akhirat.

No comments: