"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Sunday, May 1, 2011

Istighfar Adalah Talian Hayat Orang Mukmin

http://www.aufaline.com/images/!buku/energi_istighfar.jpg
Manusia merupakan makhluk yang serba lemah dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan dosa pada saban ketika.
Allah s.w.t. dengan sifatNya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana sahaja mereka berada. Allah berfirman yang bermaksud :
"Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (Surah al-Muzammil : 20)
Istighfar bermaksud menundukkan hati,jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.
Istighfar mengandungi beberapa hikmah, di antaranya ialah :
1. Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa
2. Mendekatkan diri kepada Allah
3. Meningkatkan ketakwaan diri
4. Membenteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa
5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah s.w.t. dalam hidup dunia dan akhirat.
Syarat-syarat berikut hendaklah diikuti semasa beristighfar:
1. Meninggalkan maksiat
2. Menyesal atas maksiat yang telah dilakukan
3. Berhasrat tidak akan mengulanginya lagi
4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat amal kebajikan seperti bersedekah, memberi makan kepada fakir miskin dan lain-lain.
5. Mohon maaf kepada manusia jika melibatkan manusia.
Antara masa yang digalakkan untuk beristighfar ialah :
1. Sepanjang hari dan malam
2. Sesudah melakukan dosa
3. Ketika hendak tidur
4. Ketika hendak bersahur
5. Setelah selesai berwuduk
6. Ketika duduk antara dua sujud
7. Sesudah membaca tahiyat akhir
8. Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis
Keampunan Allah s.w.t. terhadap hambaNya adalah dengan terlaksananya amalan taubat dan istighfar. Kedua-dua amalan ini saling lengkap-melengkapi untuk memastikan Allah s.w.t. mengurniakan kita keampunan.
oleh : Norisah Seman, 12.30 malam, 20 November, 2010

No comments: