Abu Yazid Al-Bastomi berkata :
1- Aku ini hamba Allah SWT, kenapa aku mendahulukan kehendakku mendahului kehendak Allah SWT.
2- Aku memberi ceramah selama 40 tahun, tidak ada seorang pun yang mahu mendengar ceramahku, kecuali Allah SWT menghendakkinya mahu mendengar ceramah dalam bidang kerohanian.
3-Sesiapa yang dikasihi oleh Allah SWT dia kan diberi penderitaan.
4- Bersama orang dengan orang-orang soleh itu lebih baik daripada melakukan amal soleh. Bersama dengan syaitan itu lebih hina daripada melakukan perbuatan keji.
5- Jangan bergantung dengan usaha mu tetapi bergantunglah dengan Rahmat Allah SWT.
6- Anggaplah kekuatan hidupmu hanya untuk hari ini, tidak lebih dari itu.
7- Kasih kepada Allah SWT menyebabkan kamu lupakan dunia ini dan Akhirat.
8- Berpuasa itu mendatangkan Rahmat.
Rujukan :
Tazkirah Awliya' . m/s : 75.
No comments:
Post a Comment