Pihak Kuffar Barat tidak pernah dan akan berhenti membenci dan sentiasa merancang siang dan malam untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka pada setiap ketika mencari-mencari kelemahan umat Islam sehingga mereka mendalami serta meneliti semua perkara tentang kaum Muslimin dan Islam yang akhirnya mereka dapati bahawa kekuatan Islam dan umatnya terletak pada aqidah Islam dan pemikiran-pemikiran yang terpancar darinya. Bertolak dari situ, mereka merancang dan berusaha untuk memusnahkan Islam. Antara kaedah yang mereka lakukan adalah dengan cara menghapuskan Islam sebagai aqidah siyâsiyah (dasar sistem politik) dan menggantikannya dengan aqidah sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan). Mereka berusaha mengembangkan idea-idea yang muncul dari aqidah sekularisme ini seperti nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, Hak Asasi Manusia (HAM), kebebasan, dan politik pasaran bebas.
Di samping itu, untuk menjauhkan keinginan kaum Muslim untuk kembali kepada Islam, mereka secara terancang memberikan label-label negatif terhadap Islam dengan istilah-istilah seperti pengganas, fundamentalis, konservatif, ekstremis dan lain-lain. Mereka juga melakukan perang propaganda seperti memberikan gelaran-gelaran negatif, maklumat yang salah, memberikan persepsi yang berbeza, mengaburkan atau mengalihkan isu utama kepada isu lain serta cara-cara propaganda lain. Mereka melakukan penyesatan pandangan terhadap kaum Muslimin. Semuanya itu berpunca daripada satu perkara iaitu sebagai satu usaha untuk menghancurkan Islam sebagai satu kekuatan politik dan ideologi sekaligus menghalang tertegaknya Daulah Islamiyah dan penerapan Islam yang kâffah.
Propaganda Secara TerancangDi antara bahagian utama propaganda adalah penyesatan pandangan. Propaganda sering diertikan sebagai suatu proses yang melibatkan seorang/pihak penyiar atau penyebar bertujuan untuk mengubah sikap, pendapat, dan tingkahlaku penduduk yang menjadi sasarannya melalui simbol-simbol yang disampaikan di dalam bentuk lisan, tulisan, dan tingkahlaku; dengan menggunakan media seperti buku-buku, lembaran, filem, ceramah, dan lain-lain. Propaganda merupakan salah satu kaedah tipikal yang digunakan oleh sesebuah kerajaan untuk mengawal keadaan/emosi, memelihara, dan menerapkan kekuasaan dalam rangka melaksanakan kepentingan dalam negaranya. (Columbus dan Wolf, Pengantar Hubungan Antarabangsa , ms. 184).
Daripada definasi di atas, propaganda merupakan perkara yang ‘wajib’ ada dalam sebuah negara, terutamanya negara yang mempunyai ideologi. Di sinilah penguasa atau rakyat sesebuah negara mesti mampu menentukan yang mana dikatakan propaganda dan mana yang tidak. Penguasa atau rakyat sebuah negara yang gagal memahami propaganda negara lain akan menjurus kepada berlakunya perubahan sikap, pendapat, dan perilakunya menurut kehendak dan matlamat kepentingan politik musuh.
Umat Islam sebagai umat yang mempunyai ideologi mesti menyedari kewujudan ’propaganda’. Propaganda dilakukan secara terancang untuk mendapat kepentingan jangka pendek atau boleh juga untuk meraih kepentingan jangka panjang. Untuk jangka pendek, contohnya, mengesahkan serangan ke atas sesebuah negara dan menjatuhkan sesebuah rejim atau pemerintahan di sebuah negara; seperti propaganda AS untuk menjatuhkan rejim Saddam Hussein, Soekarno, dan Soeharto, termasuk Taliban di Afganistan. Sebagai contoh, ketika hendak menyerang Iraq dalam Perang Teluk II, AS melancarkan propaganda dengan melakukan pembohongan maklumat kepada kongres dan rakyat AS.
Antara contoh untuk membuktikan wujudnya propaganda ini ialah dengan terbongkarnya pembohongan seorang gadis bernama Nariyah yang dikatakan menjadi saksi kekejaman tentara Iraq semasa menceroboh Kuwait. Padahal, gadis tersebut tidak pernah bekerja di Kuwait dan ketika peristiwa itu berlaku dia berada di Paris. Namun, berdasarkan kenyataan (pembohongan) gadis itulah, kongres bersetuju dilancarkan serangan ke atas Iraq. (Lihat: ZA Maulani, dalam, Terorisme dan Konspirasi Anti Islam, hlm 9). Untuk menjatuhkan rejim Taliban, AS telah melancarkan propagandanya dengan mendedahkan pengkhianatan Taliban terhadap rakyat Afganistan seperti penyeksaan dan pembunuhan, pelanggaran hak asasi wanita dan anak perempuan, perilaku rasuah, dan menggunakan Islam sebagai selubung pembunuhan etnik.(Jaringan Teroris, Kementerian Luar AS, ms 13).
Propaganda boleh dilakukan untuk kepentingan jangka panjang. Propaganda seperti ini biasanya lebih berkaitan dengan nilai-nilai ideologi yang ingin disebarkan di pihak lawan dan, sebaliknya, menanamkan ‘perasaan benci’ terhadap nilai-nilai ideologi yang dipegang oleh negara musuh. Jenis propaganda seperti ini biasanya memerlukan waktu yang panjang, dilakukan secara sistematik serta terus-menerus dilakukan. Sebagai contoh, bagaimana AS dengan aktif menyebarkan nilai-nilai ideologinya seperti sekularisme, demokrasi, Hak Asasi Manusia(HAM), kebebasan, dan konsep pasaran bebas. Sesungguhnya ini merupakan propaganda jangka panjang AS. Tujuannya jelas, iaitu untuk kepentingan AS sendiri. Sebaliknya, AS membuat pandangan negatif terhadap lawan kepada ideologinya. AS akan melontarkan tuduhan-tuduhan palsu dengan melabel ideologi yang menentangnya sebagai pengganas, ekstrimis, konservatif, dan pandangan buruk yang lainnya. Kaedah utama propaganda jangka panjang ini dilakukan oleh AS ini adalah di dalam bentuk pemalsuan maklumat, iaitu melakukan penyimpangan pandangan. Inilah yang sekarang sedang dilakukan oleh AS kepada musuh utama ideologinya, yakni Islam.
Teknik Khas ‘Penyesatan Pandangan’
KJ Holsti, di dalam buku Politik Antarabangsa: Kerangka untuk Analisis (hlm 220), telah memetik beberapa isi penting daripada buku ”The Fine Art of Propaganda: A Study of Father Coughlin’n Speeches.” Ia mengemukakan beberapa teknik propaganda yang biasa dilakukan untuk menyesatkan pandangan. Antaranya adalah:
1. Memberikan Label Negatif
Strategi yang digunakan oleh pihak yang melancarkan propaganda adalah dengan meletakkan satu lambang yang mempunyai kesan emosi ke atas seseorang atau suatu negeri. Sasarannya diharap akan mempercayai lambang tersebut tanpa memeriksa bukti. Sebagai contoh, Saddam Hussain diberi gelaran ‘Pengganas dari Baghdad’. Selama Perang Teluk II, media massa AS menyebut Presiden Iraq ini dengan sebutan ‘Binatang Buas’ (Mary McGroriy, Washington Post, 7/8/90) atau ‘Monster’ (Newsweek, 20/8/90). Orang-orang Arab (terutama yang dikaitkan dengan Islam) dalam budaya popular Barat digambarkan sebagai orang yang licik, tidak boleh dipercayai, jalang, bernafsu seks kuat, dan kejam. Rasulullah saw. sendiri digelar sebagai ‘si Gila Seks’ atau ‘Pengganas’. Pengarang kartun A Doaug Marlette membuat tajuk utama dengan judul, “What Would Mohammed Drive?” Digambarkan bahawa, Rasulullah menaiki trak yang berisi bom nuklear yang sama dengan trak yang digunakan oleh Timothi McVeigh dalam peristiwa pengeboman di Oklahoma City pada tahun 1995. Pejuang Hamas diberi gelaran pengganas. Para pejuang syariat Islam dilabel secara sistematik dengan gelaran ‘kaum skriptualisme’, kaum tekstualis’, atau ‘kaum ortodok dan konservatif’. Iran pula diberi gelaran ‘negeri para mullah’ (gambaran negatif). Istilah ‘Muslim tegar-hard core’, sebagai lawan kepada ‘Muslim moderat’, digunakan untuk memberikan kesan negatif pada pengembang syariat Islam. Negara yang tidak seiring dengan AS di Timur Tengah dilabel dan disebut sebagai ‘negara militan’, sementara negara yang menurut dan seiring kehendak AS disebut ‘negara sahabat’ atau ‘negara moderat’.
Dalam teknik propaganda ini, penyebar propaganda biasanya menggunakan istilah-istilah yang mampu memberi kesan emosional dan stereotif iaitu yang telah biasa terlekat pada telinga pendengar sebagai negatif. Seperti kata ‘buas’, ‘gila’, tegar’, biasanya merupakan istilah yang sudah dianggap ‘jahat’ sebelumnya. Berbeza dengan kata ‘moderat’, ‘pejuang’, dan ‘substansialis’; merupakan kata-kata yang dianggap ‘baik’. Kata-kata tersebut kemudian dilabelkan pada seseorang atau negara tanpa diperhatikan kebenarannya kerana yang penting ia menurut kehendak barat.
2. Istilah Palsu
Kalau yang pertama lebih berkaitan dengan individu atau suatu negeri, yang kedua ini pula digunakan untuk idea atau polisi. Istilah ‘dunia bebas’, ‘dunia beradab’, atau ‘dunia yang makmur’ adalah pandangan umum yang paling disukai oleh Barat untuk mendukung idea kapitalismenya. Mereka menggunakan istilah-istilah yang bersifat positif di dalam menggambarkan sistem yang mereka anuti dan laksanakan. Mereka bahkan menyembunyikan realiti yang sebenarnya. Di samping Istilah-istilah ini, mereka memaparkannya di dalam bentuk visual di media massa termasuklah di dalam filem, iklan dan media cetak. Konsep-konsep ini seolah-olah indah belaka dan menjadi sesuatu yang ingin diperolehi oleh setiap individu.
3. Persepsi Songsang
Penyebar propaganda berusaha mengenalpasti suatu idea, seseorang, suatu negara, atau dasar dan kemudian ia akan mengalihkannya kepada idea atau dasar yang bertentangan. Hal dilakukan untuk memberikan pandangan buruk kepada gagasan atau dasar pihak musuh. Misalnya Khilafah Islamiyah atau negara Islam diberi istilah yang negatif sebagai ‘negara zaman batu’, ‘sistem abad kegelapan’, ‘dunia jumud dan tidak beradab’, ‘sistem uthopia’, ‘sistem penuh darah’, serta gelaran-gelaran negatif lainnya. Penentangan-penentangan terhadap penjajah Israel di Palestina dilabel dengan istilah-istilah yang lebih negatif seperti ‘anti agama langit’ atau ‘anti negara demokrasi’.
Ketika Iraq diserang oleh AS dalam Perang Teluk II, cara AS mengaburi dunia daripada maksud sebenar serangan tersebut adalah dengan melancarkan propaganda yang mengatakan bahawa ia bertujuan untuk membebaskan Kuwait. Samalah dengan keadaannya pada hari ini; untuk mengaburi tujuan AS sebenarnya, iaitu menguasai minyak Iraq, satu propaganda dibuat bahawa serangan ke atas Iraq bukanlah untuk menyerang umat Islam, tetapi untuk menjatuhkan diktator Saddam Hussein. Pada faktanya, ketika AS menyerang Iraq dalam Perang Teluk II, 200,000 orang rakyat Iraq telah meninggal dunia akibat korban serangan. Kerajaan dan media massa AS mengabaikan hal ini. Malahan, Colin Powel, ketika ditanya jumlah mangsa awam di Iraq yang meninggal sejak tahun 1991 , dengan bongkaknya menjawab, dia tidak peduli dengan angka-angka korban tersebut, (It’s really not a number I am terribly interested in).
Kalaulah AS memang bermaksud baik untuk menjatuhkan diktator Saddam Hussein, mengapa Raja Fahd, Musharaf, Husni Mubarak, dan Islam Karimov yang juga diktator tidak dijatuhkan? Mengapa pula Israel pimpinan Ariel Sharon, yang jelas-jelas membelasah umat Islam di Palestina, tidak diserang AS?
4. ‘Menggunakan Tokoh Tempatan’.
Setiap penyebar propaganda sedar bahawa bukan mudah untuk menyebarkan propagandanya kepada rakyat sesebuah negara jika mereka melihatnya sebagai ’orang asing’. Kerana itu, mereka berusaha untuk menyamarkan diri sehingga boleh meniru nilai dan gaya hidup kelompok sasaran (rakyat) dengan menggunakan loghat, aksi, dan ungkapan rakyat tempatan. Untuk itu, para penyebar propaganda biasanya lebih suka menggunakan penduduk ‘tempatan’ untuk menyebarkan propaganda mereka. Cara yang paling efektif adalah dengan membina dan melatih seseorang daripada kalangan penduduk tempatan untuk menjadi tokoh, sumber rujukan, atau ilmuan yang cekap. Hal ini dilakukan melalui proses pendidikan, pembentukan media dengan menampilkan tokoh tersebut secara berterusan, atau dengan memberinya gelaran / penghargaan. Jadi, umat Islam harus berwaspada kalau ada calon tokoh atau tokoh, yang idea dan pemikirannya bertentangan dengan Islam bahkan menyerang Islam, tetapi mendapat banyak penghargaan dari Barat.
5. Memanfaatkan Pakar Rujuk
Di sini penyebar propaganda menggunakan seseorang atau lembaga yang dihormati untuk menyokong atau mengecam suatu gagasan atau kesatuan politik. Diharapkan orang-ramai mempercayainya kerana perkara ini disampaikan oleh pihak/badan yang ‘berkuasa’. Contohnya, penyebar propaganda menggunakan sumber/individu yang diberi gelaran ‘pakar’, ‘ahli’, ‘ilmuan’, ‘yang berpengalaman’, atau ‘saksi langsung’ untuk menambah keyakinan para pendengarnya.
Untuk menambah keyakinan pembaca tentang adanya jaringan Jamaah Islamiyah atau Jaringan al-Qaedah di Asia Tenggara, media massa Barat merujuk pada pendapat orang yang mereka sebut sebagai ‘pakar pengganas’ seperti Rohan Gunaratma. Dia disebut ‘pakar’ antara lain kerana melakukan kajian tentang pengganas atau mengarang buku tentang pengganas. Padahal kesemua fakta dan maklumat di dalam buku tersebut langsung tidak dipersoalkan atau apa yang dikarangnya memberikan bukti-bukti ilmiah atau tidak. Begitu juga dengan contoh : untuk menambah keyakinan pendengar tentang ‘pemahaman Islam sebenar’—maksudnya yang seiring dengan kepentingan Barat. Padahal, individu yang dirujuk biasanya adalah agen Barat yang masuk ke tengah-tengah umat. Di sinilah pentingnya bagi umat Islam untuk melihat hujah dari ‘sumber-sumber’ tersebut, bukan tertarik dengan gelaran atau sifat peribadinya yang berkarisma.
Di samping itu, untuk mendapatkan kepercayaan pendengarnya, penyiar propaganda merujuk kepada lembaga swasta yang bebas. Lembaga-lembaga ini biasanya dibiayai oleh kerajaan untuk melaksanakan projek-projek kajian berskala besar. Di antara kajian-kajian mereka termasuklah tentang Islam dan Timur Tengah. Lembaga-lembaga yang kononnya dikatakan bebas ini kemudian menguatkan pandangan kerajaan AS dan mereka ini kemudiannya menjadi rujukan media massa. Di AS, beberapa lembaga ‘bebas’ diketahui memiliki hubungan erat dengan pemerintah seperti Heritage Foundation.
6. Menyembunyikan Fakta
Hampir semua propaganda biasanya menggunakan fakta terpilih; walaupun ia benar, namun ia tidak menggambarkan keadaan sebenar. Di dalam kaedah ini, penyiar propaganda menggunakan ‘fakta-fakta’ yang diperlukan saja untuk membuktikan tujuan yang telah ditetapkan terlebih dulu. Fakta-fakta terpilih ini biasanya digunakan untuk membuat kesimpulan secara umum. Perjuangan syariat Islam dilabelkan dengan kekerasan. Kesimpulan ini berdasarkan fakta adanya aksi kekerasaan yang dilakukan oleh sekelompok kaum Muslim yang ingin menegakkan syariat Islam (walaupun selalunya ia dilakukan tanpa bukti). Sementara itu, adanya fakta lain berupa perjuangan syariat Islam tanpa kekerasaan—seperti yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir di Uzbekistan, Jordan, Mesir, dan benua dunia lainnya—disembunyikan. Hasilnya, ia memberi kesan yang kuat kepada minda sebahagian pendengarnya bahawa perjuangan syariat Islam dilabel dengan ganas dan kekerasan.
Kerajaan AS mengeluarkan propaganda khusus untuk membantah dakwaan bahawa wujudnya diskriminasi kaum ke atas Muslim di AS selepas serangan 11 September. Di dalam salah satu iklan propaganda yang disiarkan hampir di seluruh Dunia Islam, fakta-fakta tertentu dipilih untuk menyokong tujuan tersebut. Salah satu iklan itu memaparkan empat orang warganegara AS yang berasal dari Arab berbincang tentang kebebasan dan kesempitan hidup di Negeri Uncle Sam itu. Padahal, banyak fakta lain di AS yang tidak dimasukkan ke dalam iklan tersebut seperti kewajiban cap jari bagi orang-orang dari Arab, Pakistan, dan negeri-negeri Islam lainnya; masjid dan Islamic Centre dirosakkan; gangguan terhadap wanita Muslimah di Amerika. Bukankah itu semua menjadi bukti bahawa wujudnya kebencian di kalangan penduduk AS ke atas umat Islam?
Di samping hanya mengambil fakta-fakta tertentu, istilah-istilah yang digunakan oleh media massa juga berperanan dalam propaganda. Jika yang melakukan serangan adalah Muslim Palestin, serangan itu disebut sebagai serangan dari kumpulan militan, fundamentalis, kumpulan tegar-hard core, bahkan pengganas. Sebaliknya, jika yang melakukan serangan dan pembunuhan itu adalah Israel atau Amerika Syarikat, kata yang sering digunakan adalah serangan balas (retaliation), serangan awal (pre-empative strike), atau tindakan hukuman (punitive action). Pilihan istilah-istilah itu tentu lebih baik dari istilah pengganas, bahkan boleh dijadikan hujah untuk membenarkan tindakan ganas daripada pihak AS atau Israel. Hamas yang ingin membebaskan diri dari penjajah Israel disebut pengganas. Sebaliknya, istilah pejuang pro-kemerdekaan diberikan kepada kumpulan Fretelin di Timor Timur yang ingin memisahkan diri dari Indonesia. Jika yang tertangkap adalah tentara AS, mereka disebut tebusan atau tawanan (menggambarkan-tidak bersalah). Sebaliknya, pejuang al-Qaeda yang tertangkap disebut tahanan atau pesalah (menggambarkan- jahat dan bersalah).
7. Mengikut Suara Majoriti
Pada kebiasaannya, orang ramai akan merasa selamat sekiranya mereka mengikut pandangan ramai (majoriti). Keinginan seperti ini dimanfaatkan oleh AS menyebarkan propagandanya. Propaganda AS dan sekutunya selalu menggunakan ungkapan ‘masyarakat antarabangsa’, ‘sahabat-sahabat AS’, dsb. Dengan strategi ini akan tercipta satu tanggapan: siapa yang menentang pandangan majoriti(public opinion) tersebut akan menjadi minoriti dan tersisih.
Teknik inilah yang selalu dan sedang digunakan oleh AS dalam kempennya ‘Perang Melawan Keganasan’. AS dan sekutunya sering menyatakan bahawa keganasan adalah serangan terhadap dunia.
Kelompok moderat dan libral selalu menggunakan ungkapan, ‘majoriti umat Islam Indonesia/Malaysia adalah moderat’, Mana-mana yang menolak pemikiran moderat’, ‘mereka itu terdiri daripada kelompok minoriti…’. Padahal kebenaran sesuatu itu tidak boleh berdasarkan kepada pandangan majoriti tetapi berdasarkan hujah dan dalil.
8. Kambing Hitam
Salah satu cara untuk mencipta kebencian dan melepaskan kekecewaan adalah mencari kambing hitam. Propaganda kapitalis seringkali menuduh pengganas sebagai menggugat kemakmuran dunia, mereka dikatakan menjadi punca kepada kemelaratan dan kemiskinan, dan mengancam kebebasan dunia dan demokrasi. Padahal semua kerosakkan itu adalah akibat daripada penerapan sistem kapitalisme itu sendiri. Syariat Islam dituduh menindas wanita dan menjadi punca kemunduran wanita. Padahal puncanya adalah disebabkan oleh kapitalisme yang membiarkan wanita dieksploitasi. Tuduhan seperti ‘pemecah-belah’ sering dilontarkan terhadap pejuang syariat Islam. Namun, realitinya, penyebab kepada perpecahan di kalangan umat Islam pada hari ini adalah idea nasionalisme dan idea kebebasan di dalam menentukan nasib sendiri. Contohnya ialah apa yang terjadi kepada negara Timor Timur (asalnya adalah sebahagian daripada wilayah di Indonesia) yang melakukan referandum untuk membebaskan diri dan berpecah daripada Indonesia dengan alasan kebebasan untuk menentukan nasib sendiri.
Peranan Media Massa
Hubungankait di antara propaganda, media massa dan para intelektual adalah suatu kemestian. Ini adalah kerana media massa adalah alat yang paling sesuai untuk menyampaikan propaganda kepada orang ramai dengan cara yang cepat dan meluas. Ia merupakan strategi yang berkesan untuk mengubah pemikiran dan sikap orang ramai. Sementara itu, para intelektual pula digunakan sebagai pengulas atau memberi komen terhadap sesuatu isu kerana mereka dianggap sebagai sumber yang dipercayai oleh masyarakat dan ia akan menjadikan sesebuah propaganda itu lebih diyakini. Coulombus dan Wolf menulis; di antara perkara penting yang mesti dilakukan di dalam sesuatu propaganda adalah memantau, mengklasifikasi, menilai, dan mempengaruhi media massa. Para wartawan, penulis tetap akhbar, pengulas, dan pemberi pandangan yang dianggap ’sahabat’ oleh sistem kapitalis biasanya diundang ke kedutaan besar. Pihak kedutaan besar biasanya memberikan maklumat eksklusif, dan kalau perlu mereka ditawarkan bonus. (Pengantar Hubungan Internasional, hlm : 186-187).
Kerajaan AS ketika dipimpin oleh Presiden Eisenhower pernah menubuhkan Badan Informasi Amerika Syarikat (U.S.I.A) yang berperanan untuk menjalankan fungsi propaganda ini. Badan yang kemudiannya itu diganti nama menjalankan program-program radio pelbagai bahasa pada Radio Voice of America (VOA); Radio Free Europe, television, filem dan media berita; serta program khusus seperti pertukaran mahasiswa dan sarjana, pidato , si artistik, keilmuan, dan ilmiah. (Pengantar Hubungan Internasional, hlm. 186).
Kerajaan AS juga melakukan propaganda melalui media massa ‘swasta’ yang mendakwa tidak cenderung kepada mana-mana pihak. Dalam kes isu pengganas, misalnya, sebahagian besar media massa AS menjadikan kerajaan AS sebagai sumber utama berita mereka. Dari sebuah kajian yang dilakukan oleh Edward Herman dan Gerry O’Sulivan, terbukti bahawa sebahagian besar sumber-sumber media massa yang digunakan datangnya daripada pejabat pemerintah (42,3%).(Lihat: Satrio Arismunandar, Jurnal Ilmu Politik no. 12, hlm. 69). Jadi, bagaimanakah yang dikatakan media massa itu bersifat berkecuali jika maklumat-maklumat itu datangnya daripada pejabat kerajaan, maka sudah tentulah ia akan bersifat sangat bias, karena dipengaruhi oleh kepentingan kerajaan, dan biasanya, tidak ditapis.
Kerajaan AS juga memanfaatkan bidang kewartawanan di dalam melakukan kerja-kerja perisikan. Disebabkan itulah ia melantik agen-agennya daripada kalangan wartawan. Hal ini sudah berlangsung sejak Perang Dingin. Seperti yang ditulis akhbar New York Times, “Sejak berakhirnya Perang Dunia II, lebih daripada 30 atau bahkan 100 wartawan Amerika daripada sejumlah agensi berita terlibat atau dilantik sebagai agen perisikan yang dibayar di samping menjalankan tugas-tugas kewartawanannya.”
Di dalam satu perjumpaan dengan American Society of Newspaper Editors, pada April 1980, Pengarah CIA Marsekal Stansfeild Truner mengatakan, “Kita tidak akan ragu-ragu untuk melatih wartawan bila keadaan memerlukan.”
Agen CIA juga memiliki, membekalkan dana, dan mempengaruhi banyak agensi akhbar, pejabat berita, dan media lainnya. (Ade Armando, dalam, Terorisme dan Konspirasi Anti Islam, hlm. 78-79). Dalam era Perang Dingin, badan propaganda Amerika Serikat (ICA) sering memberi sokongan kepada penulis atau editor surat khabar asing yang menulis secara baik mengenai AS dan polisinya. (K.J. Holsti, Politik Internasional: Kerangka untuk Analisis, hlm 222). Disebabkan itulah, tidak pelik jika kemudiannya media massa Barat sangat cenderung dalam memaparkan perjuangan umat Islam. Contohnya, terdapat rangkaian TV di Indonesia dengan tegas menyatakan visinya adalah sekularisme dan anti syariat Islam. Rancangan talk-show berkaitan dengan syariat Islam yang ditayangkan biasanya dirancang sedemikian rupa dengan memlih ahli panel yang pro dan kontra serta waktu dan moderatornya pula haruslah yang paling sesuai agar dapat menarik orang ramai untuk menontonnya.
Peranan media massa juga dapat dilihat di dalam perubahan istilah ‘pejuang’ kepada ‘pengganas’ yang digunakan untuk kaum mujahidin Afganistan. Media massa Barat menggunakan istilah pejuang, kerana ketika itu AS memiliki kepentingan untuk menghalau pengaruh komunis dari negeri itu. Setelah kepentingan AS berubah, iaitu ingin menguasai Afganistan, dan istilah ‘pejuang’ kemudian menjadi ‘pengganas’.
Para Intelektual Pengkhianat
Kaum intelektual Islam juga digunakan sebagai alat propaganda AS, samada mereka sedar maupun tidak. Di sinilah muslihat sifat pemurah AS di dalam memberikan biasiswa kepada para pelajar daripada seluruh dunia. Kerajaan AS sedar bahawa para pelajar yang sudah dibina oleh mereka akan menjadi agen-agen propaganda untuk kepentingan Amerika di negara asal masing-masing.
Di dalam hal ini, AS sangat berhati-hati di dalam memilih pelajar yang akan ditaja. Mereka-mereka yang dipilih ini biasanya daripada kalangan para aktivis serta para pelajar yang cerdas dan unggul namun lemah daripada aspek ideologi atau mereka yang berasal daripada organisasi, etnik, atau agama yang berpengaruh di sesebuah negara. Tidak menghairankan untuk Indonesia/Malaysia, biasiswa luar negeri sering diberikan kepada para pelajar dari organisasi Islam terbesar di Indonesia/Malaysia. Sudah tentu mereka berharap, para pelajar yang sudah dipengaruhi ini akan menjadi agen mereka sambil disokong dengan pengaruh yang kuat daripada organisasi masing-masing; walaupun begitu, tidak semuanya ‘berhasil’ mereka jadikan agen. (Lebih jelas, lihat: Holsty, Politik Internasional: Kerangka untuk Analisis, hlm. 223).
Dunia Islam ketika ini dipenuhi oleh para intelektual pengkhianat seperti di atas. Mereka menyebarkan ide-ide kapitalis seperti sekularisme, demokrasi, individualisme, HAM, pluralisme, dll. Walhal, ia adalah pemikiran barat yang harus dihapuskan daripada pemikiran umat. Mereka juga menjadi pembela sejati ‘yang dibiayai’ oleh pemerintah kapitalis. Tujuannya adalah untuk merosakkan aqidah umat dan menjauhkan mereka daripada syariat Islam. Ini adalah kerana dua perkara inilah( aqidah dan syariat Islam) yang menjadi sumber kekuatan umat Islam yang utama.
Tidak ketinggalan para intelektual pengkhianat yang terdiri daripada pembawa idea liberalisme yang ingin menghancurkan aqidah umat dan syariat Islam. Mereka dengan bersemangat menyeru agar diadakan ‘dialog antara agama’ untuk menyatakan semua agama itu sama. Mereka juga mengajarkan sekularisme kepada umat Islam dengan mengatakan bahawa Islam itu adalah tentang masalah setiap individu; tidak ada hubungannya dengan masalah umat seperti ekonomi dan politik; dan tidak ada kaitan dengan negara. Seruan-seruan mereka seperti inilah yang telah memelihara sistem sekularisme di Dunia Islam sejak sekian lama sehingga menyebabkan umat Islam masih terjajah dengan sistem kufur iaitu sistem kapitalis buatan kuffar Barat.
Terjemahan daripada : Hizbut Tahrir Indonesia
No comments:
Post a Comment