"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Monday, July 25, 2011

Apabila Allah SWT menguji diri kita

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjm8eZnNcCcsLlEUVwBBu5uyOk9r6_Da-JhKARdNiPy6zq23BMMGShVK2PX2DN9oop1a8JoOefoHvsT8eI6IBUElyIMQ3yY59jmaKrjSDMl1jtrWsghMbL9vA65OAY5EOOvUTIayueZacY2/s640/fefe.jpg
Pernahkah anda semua menghadapi masalah dalam kehidupan? Sudah tentu anda pernah mengalaminya bukan? Tidak ada seorang pun di antara manusia yang tidak pernah menghadapi masalah dalam hidup kerana satu-satunya tempat yang pasti manusia tidak akan menemui masalah dalam hidup ialah ketika di syurga kelak.
Masalah merupakan sahabat anda semua. Ia sering menemani kita dimana sahaja kita berada ketika di dunia. Sejak kita lahir didunia, bayi berumur seminit pun akan menghadapi masalah didalam hidupnya sebagaimana ibu yang melahirkannya dalam keadaan yang sangat sakit. Bayi pertama sekali pasti akan menangis ketika dilahirkan kedunia kerana bayi tersebut menghadapi masalah ketidak selesaan untuk bertemu ke dunia baru. Begitu juga dengan anda semua. Setiap daripada anda mempunyai masalah yang tersendiri, cuma yang membezakannya ialah jenis masalah yang dihadapi.
Percayakah kita, bayi yang tadi dilahirkan pasti menemui masalah yang seterusnya? Cuba kita ingat ketika zaman bayi kita dahulu, bayi merasa lapar dan dahaga, malahan tidak mampu untuk bergerak mencari makanan untuk dirinya sendiri. Kemudian berlaku proses pembesaran dan perkembangan bayi dimana bayi yang pada mulanya tidak mampu bergerak akhirnya mula untuk belajar meniarap, merangkak dan berjalan. Tapi, ketika dalam proses perkembangan tersebut, jatuh ketika berjalan, luka ketika merangkak dan sebagainya semuanya dikira sebagai masalah yang dihadapi oleh bayi. Ayat mudah, semuanya adalah masalah.
Ketika menuju kealam persekolahan, anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran dan cara komunikasi dengan guru dan rakan-rakan. Perubahan demi perubahan hidup berlalu yang akhirnya membentuk perubahan besar dalam usia anak-anak baik dari segi fizikal, emosi dan sosial.
Sejak kecil lagi, setiap daripada anak Adam diberikan tanggungjawab iaitu tanggungjawab keatas dirinya sediri. Kematangan diperlukan sejak dari kecil lagi walhal pada ketika itu, diri anak-anak masih menganggap dirinya sebagai kanak-kanak. Ketika umur meningkat dan terus meningkat, masalah dan dugaan hidup tidak pernah sepi, bahkan ia semakin bertambah mengikut angka usia kita. Manusia yang semakin dewasa dituntut untuk berkahwin, bekerja untuk mencari rezeki, mendidik anak-anak, menjaga kebajikan keluarga dan sebagainya. Ketika usia semakin tua pula, masalah sentiasa berjalan bersalaman dengan kita. Malah, diusia tua pula, kekuatan yang ada menjadi semakin lemah. Wajah yang dahulunya hensem dan cantik beransur-ansur berkedut. Anggota tubuh menjadi lemah dan pelbagai sakit datang menghinggapi badan. Walau diakhir usia sekali pun, masalah tetap menemani kita. Bahkan, ketika telah meninggal dunia sekalipun, masalah setia menemani kita di liang lahad. Pada ketika itulah, diri kita akan dihisab, semua amalan akan dihitung oleh Allah swt. Sekiranya selamat, kita akan diberikan syurga dan bebas daripada masalah tetapi, jika ia sebaliknya, masalah azab seksaan mengiringi kita sehingga kita dimasukkan semula kedalam syurga yang indah.
Hanya disyurga sahaja, diri anak Adam akan bebas daripada masalah.
Kadang-kadang, dugaan itu terlalu berat untuk dipikul dan datang tanpa diduga. Begitulah lumrah kehidupan. Diri kita merasakan seolah-olah kita tidak mampu untuk menanggungnya yang membawa kepada putus asa dan penderitaan yang berpanjangan. Kita merasakan hidup ini sudah berakhir walau pada hakikatnya, roh masih didalam jasad.
Ketika kita didatangi kehilang orang yang tersayang mahupun harta yang tersayang, kita terus berduka dan menangis sehingga bertahun-tahun lamanya. Kita menyimpan perasaan yang berbaur kesuraman hidup di hati kita.
Begitulah lumrah kehidupan. Tetapi Allah tidak pernah mengajar hambaNya sebegitu rupa. Malah, Allah memberi kita bimbingan untuk terus kukuh didalam kehidupan.
Yesterday is history, today is a gift, tomorrow is  mistery.


Sepatutnya, anda tahu apakah itu erti kehidupan manusia yang sebenar.
Anda mungkin masih tidak mampu mengerti ayat diatas. Tetapi saya ada 1 persoalan untuk anda semua. Adakah anda pasti, orang yang miskin tidak berharta pada ketika ini tidak mungkin untuk dilimpahi dengan kekayaan pada masa hadapan nanti? Bagaimana untuk mengetahui erti kehidupan yang sebenar?
Caranya ialah dengan berpandukan Al Quran dan hadis. Terdapat pelbagai sebutan untuk kehidupan di dunia ini. Percayalah, tiada siapa yang lebih berkuasa dan lebih mengetahui selain Allah swt Yang Maha Mengetahui. Allah menyebutkan didalam Al Quran bahawa pada kehidupan ini, Dia akan menguji manusia, berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa. Dan Allah memberikan khabar berita gembira bagi orang-orang yang bersabar.
Firman Allah SWT di dalam Al Quran:
" Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya disisi Allahlah pahala yang besar" (an Anfaal:28)
kekayaan dan kesenangan hidup di dunia juga merupakan ujian buat hamba-hambaNya. Semua itu merupakan kesenangan hidup didunia yangb boleh jadi hanya menjadikan seseorang itu rugi di akhirat.
"dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari sefi emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang terbaik." (Ali-imran: 14)
Saudara sekalian, mungkin di pandangan mata kita, kekayaan itu yang membuat kita lebih bahagia, tetapi percayalah, boleh jadi ujian kesenangan memberi impak yang lebih besar pada diri seseorang daripada ujian berupa musibah.
Sedar atau tidak, manusia sering kali akan mengingati pada Allah ketika ditimpa kesusahan tetapi sering kali manusia lupa mengingatiNya ketika kesenangan menemaninya..Pada saat ditimpa keperitan dia akan berpaling kepada Allah tapi ketika mendapat nikmat dia mengatakan semua itu kerana usahanya sendiri tanpa ada bantuan.
"maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami memberikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata " sesungguhnya aku diberi nikmati itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian tetapi kebanyakkan mereka itu tidak mengetahui." (az-Zumar: 49)
Rujukan :

No comments: