Gambar di atas adalah diantara program-program kebajikan yang menjadi rebutan pada dermawan di Timur Tengah, Allah SWT masih mengasihi kita dan tidak menurunkan bala kepada seluruh umat Islam di dunia kerana usaha sebegini masih segar di hati mereka yang Cintakan Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Muhammad Ibnu Dauri R.A. berkata " Iblis itu celaka kerana 5 perkara :
1- Tidak pernah mengakui dosa yang dilakukannya.
2- Tidak pernah menyesal setelah melakukan perbuatan dosa.
3- Tidak pernah mencela dirinya ( tidak pernah merendahkan diri di hadapan makhluk Allah SWT) di atas dosa yang telah dilakukan.
4- Tidak pernah berniat untuk bertaubat.
5- Putus asa daripada rahmat Allah SWT.
Nabi Adam A.S. bahagia dan mulia kerana 5 perkara:
1- Mengakui dosa yang beliau telah lakukan.
2- Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan.
3- Mencela diri dan merendahkan diri apabila melakukan dosa.
4- Segera bertaubat kepada Allah SWT apabila tersilap melakukan dosa.
5- Tidak putus asa daripada Rahmat Allah SWT ".
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 163
Nota :
Ribuan maaf kerana tidak dapat menambahkan ilmu agama kepada semuaselama 4 hari kerana ada urusan peribadi.
Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya untuk semua, Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita di dunia ini untuk kemanfaatan di Akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment