"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Sunday, October 30, 2011

Tunaikan solat tanpa menyakiti orang lain


Rasulullah SAW menyarankan  orang mukmin yang menunaikan solat, agar tidak menyakiti orang lain walaupun sekadar meletakkan kereta menghalang laluan orang lain.  Berjalanlah ke masjid dengan penuh adab dan ketenamgan apabila mendengar laungan azan. Jika  tidak sempat menyempurnakan rakaat, maka tambahlah rakaat yang terlepas.
Video ini memaparkan satu program untuk mengadabkan orang mukmin dalam membina Syakhsiah Islam yang sempurna, walaupun sekadar menghalang laluan orang lain yang turut menunaikan solat di masjid yang sama.
Betapa terperincinya Tarbiah Rasulullah SAW  sehingga perasaan sehalus begini Rasulullah SAW dapat rasakan lantaran itu Rasulullah SAW berjaya membentuk hati-hati manusia yang halus.
SubhanAllah.
Rujukan :

No comments: