"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Sunday, January 22, 2012

8 Pintu hati yang dimasuki Iblis

http://d1.islamhouse.com/data/ar/ih_poster/760xAny/ar_rabwa_074.jpg
8 Pintu hati yang dimasuki Iblis:
1- Hati yang putus asa dan kecewa dari Rahmat Allah SWT.
2- Hati yang memandang pada dosa-dosa kecil.
3- Hati yang panjang angan-angan dan suka pada pujian.
4- Hati yang bodoh tetapi tidak menyedari akan kebodohannya.
5- Hati yang memandang rendah terhadap orang lain.
6- Hati yang merasa gembira apabila mendapat ujian Allah SWT.
7- Hati yang bersifat marah kerana marah adalah sifat bara api neraka.
8- hati yang Ujub, Sombong, Riak dan Buruk Sangka pada orang lai,
Kitab Hindari Tipu Daya Syaitan. M/S : 18.
Rujukan Gambar :
http://www.islamhouse.com/p/371438




Orang mukmin sebenar, apabila menerima ujian Allah SWT akan merasa sedih dan bertaubat kerana dengan ujian tersebut menyebabkan dia sedar akan betapa lemah dan hinanya seseorang manusia di sisi Allah SWT.
Apa yang dimaksudkan ” dia merasa gembira apabila menerima ujian Allah SWT ” adalah insan yang takabbur yang mana ujian tersebut dijadikan alasan untuk terus melakukan maksiat kepada Allah SWT, malah dia tidak gentar menghadapi ujian tersebut kerana segala kuasa dan harta dapat mengatasi ujian Allah SWT, contohnya jika sakit doktor pakar sedia merawatinya, jika nak dapatkan kelulusan sesuatu perkara atau masalah yang dihadapinya, semua menteri boleh menolongnya. Ini semua menyebabkan segala ujian Allah SWT dianggap tidak memberi apa-apa kesan dalam kehidupannya. Malah pada pandangan luaran hidupnya senang dan tenang. Walaupun pakaian harian mendedahkan aurat samada perempuan atau lelaki, kehidupannya dikelilingi oleh ustaz,para pakar dalam semua bidang, yang sanggup berkhidmat apa sahaja apabila diperlukan.Hidup tanpa teguran dan nasihat menasihati kearah kebaikan agama Allah SWT.
Kata-kata yang dapat saya jadikan teladan daripada Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam menginsafkan diri kepada Allah SWT adalah ” Jangan jadikan kuasa seperti Firaun dan Jangan jadikan harta seperti Qorun ” kerana semuanya tidak boleh menyelamatkan diri daripada azab Allah SWT.
SubhanAllah, di atas permintaan penjelasan anda ianya dapat mengingatkan diri saya kepada Allah SWT.
Semoga Allah SWT menjadikan anda insan yang suci jiwanya di sisi Allah SWT, Amin Ya Rabbal Alamin.
Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberi jawapan terbaik.

No comments: