"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Sunday, March 4, 2012

Sanggup mati demi mempertahankan Aurat

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/375321_3029184413099_1367513165_33203080_1058295172_n.jpg
KISAH MUSLIMAH DAN YAHUDI DI PASAR BANI QAINUQA’Abdullah bin Ja’far bin Al-Miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat Muslimah. Pada suatu hari, terdapat seorang perempuan Arab Muslimah pergi ke pasar Bani Qainuqa’ membawa barang jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa Yahudi.
Kemudian datang beberapa orang Yahudi mengepung dengan... tujuan mengganggu perempuan tersebut.
“bukalah penutup mukamu,” kata sekumpulan orang Yahudi tersebut.
Perempuan itu lantas mempertahankan maruahnya: “Tidak!”
Si tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu, lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang badannya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya . apabila perempuan itu bangun, maka terdedahlah auratnya. Apa lagi , orang Yahudi ketawa terbahak-bahak.
“Ha….ha….ha… padan muka kamu!”
Lantas perempuan itu menjerit: “Tolong….tolong!”
Tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalu membunuhnya. Orang Yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.
Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil orang Islam untuk bertemu orang Yahudi tersebut. Maka berlaku pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa’. (Ibn Ishaq, al-Sirah al-Nabawiyyah)
Adakah kini kita menghadapi situasi seperti yang dihadapi oleh wanita Arab Muslimah tersebut? Jawapannya, tidak. Malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat atas dasar sukarela, “ikhlas” dari hati mereka.
Berdasarkan kisah di atas, wanita dan lelaki berperanan mempertahankan maruah (dalam konteks ini aurat). Wanita perlu memahami syariat, lantas menyambutnya dengan hati terbuka dalam bentuk amalan (praktikal).
Bagi lelaki pula,jangan sesekali menjadikan wanita sebagai objek pelaris dalam apa-apa sahaja promosi. Demikian juga peranan seorang suami, ayah, abang, termasuk juga lelaki secara umum, nasihatlah wanita yang berada di bawah jagaan mereka agar menitikberatkan penjagaan aurat sebaiknya.
Wallahua’lam. Petikan dari Majalah Solusi siri 41 di bawah tajuk “Tutup Aurat InsyaAllah Selamat.”See More

No comments: