
اللهم بلغت اللهم فاشهد
امانه في رقبة كل انسان غيور على اسم الله وعلى دينه

Assalamualaikum,
Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Asya ha du an LAA ILA HAILLALLAH...Segala puji bagi Allah, Alhamdulillah dengan kehedaknya terjadinya sesuatu perkara buruk atau yang baiknya. Mahasuci Allah yang Maha Mengatahui apa yang tersirat dan tersurat. Allah yang Maha Agung, Raja Sekalian alam yang amat keras siksaannya tidak ada sekutu baginya tidak ada yang setaraf atau hampir setaraf dengannya dialah yang empunya ilmu dan keseluruhannya yang menganugerahkan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Dialah yang apabila berkehendakkan sesuatu hanya menyebut “Kun Fayakun” maka jadilah ia seperti yang dikehendakinya dan Dialah yang kekal abadi mentadbir selamanya.
Wa asya hadu anna MUHAMMADAR RASULULLAH.. Dialah kekasih allah. Nur yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Menerangi kegelapan dengan pancaran cahaya kehidupan. Yang namanya disebut-sebut oleh makhluk dilangit dan dibumi dan kepadanya diturunkan Al-Quran kalam suci sebagai pelengkap bagi yang terdahulunya. Menjadi contoh akhlak ummat sekalian alam.
Tanpa Ilmu boleh pulang kepada Allah swt
Hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah kepada Ku (Allah) dengan reda dan diredai, maka masuklah hamba Ku, masuklah ke dalam surga Ku. (QS Al Fajr 89:27-30).
Sebenarnya untuk kembali kepada Allah itu sangat mudah,.. semudah memejamkan mata atau menarik nafas. Setiap saat pun kita boleh kembali kepada Allah. Di mana sahaja kita boleh kembali kepada Allah, hanya yang diperlukan adalah keyakinan, keikhlasan dan kerelaan.
Kita tidak perlu mempunyai ilmu yang banyak, bahkan tanpa ilmu pun kita boleh kembali kepada Allah. Tetapi nampaknya kita tidak percaya untuk kembali kepada Allah itu sangat mudah, Kita tidak menerima bahawa kembali kepada Allah itu pekara mudah, oleh itu kita mencari pelbagai ilmu, yang sesungguhnya telah menghijap kita dari perjalanan kita menuju Allah. Ilmu itu adalah hijab, pada satu ketika ilmu itu harus ditinggalkan untuk sampai kepada Allah.
Sekali lagi, malangnya kebanyakan orang tidak percaya kembali ke Allah itu mudah. Mereka dihijab ilmu, untuk sampai kepada Allah mesti mempunyai ilmu yang banyak, contohnya mesti lulus ilmu Kalam, ilmu Wahyu dan pelbagai macam ilmu lagi. Mereka ini lah orang-orang yang telah terhijab oleh ilmu, jikalau mereka tidak sadar mereka tidak akan maju,… untuk sampai kepada Allah.
Di zaman Rasullulah dahulu, tidak adapun pelbagai ilmu yang ada seperti sekarang. Umat di zaman Rasullulah diberikan kefahaman tentang Tawakal, Yakin, Ihsan, dan Reda…… dan kebanyakan mereka telah berjaya kembali kepada Allah semasa mereka masih hidup lagi, ….semasa mereka masih berjasad lagi.
Kembali kepada Allah bukan dengan amal, bukan dengan ilmu, bukan dengan apa-apa pun, cukuplah hanya dengan Penyerahan Diri dan Kerelaan untuk kembali kepada Allah. Allah lah yang akan memperjalankan kita, … kita hanya berserah diri kepadan Nya, … selanjutnya mengikut apa yang dikehendaki Nya.
Allah tidak perlukan ilmu kita, amal kita, harta kita,…. tetapi ia mahukan Kerelaan kita, …. Penyerahan Diri kita kepadanya secara keseluruhannya.
Sememangnya, Allah tidak terjangkau oleh akal fikiran dan imaginasi,… tetapi Allah Maha Meliputi, dan ia lebih Hampir dari urat leher kita sendiri,
Oleh itu, kembalilah kepada Nya dengan Reda,…..dengan Penyerahan Diri secara total…hanya untuk NYA.
MasyaAllah…
Ilmu Allah itu luas dan ada Ilmu2 untuk mendekatkan diri dengan Allah itu … ada saluran yang tertentu
serta ia memerlukan Guru untuk menerangkan
bab2 yang tertentu…….semuga mendapat kefahaman di samping Rahmad dan Shufaat NYA
alam ini tiada batasnya..
engkau pergi kesana pasti ada yang sejati..
yaitu aku sejati…tapi bukan Aku..
lantas siapa lagi.. Aku bukan aku…
yaitu Aku sejati..
Yang tiada Akhir dan tiada Awal
tiada ruang tiada batas…
meliputi dan diliputi..
diliputi dan diselimuti…
diselimuti dan dipeluki..
dipeluki dan dikekapi
dikekapi dan diliputi..
bayangkan tiada habisnya kasih sayang Allah kepada Hambanya. Yang menyelimuti hamba-hambanya setiap waktu..
Setelah mengalami kefanaan, maka munculah penyaksian terhadapnya, tajali Illahi. Pada saat itu benar-benar penglihatan tertumpu terhadap Dia yang satu pun tidak menyerupainya, Laisa kamislihi syaiun .
Perkara ini tidak banyak diperkatakan atau dibincangkan tetapi hanya dipraktikkan oleh mereka yang telah memahaminya, kerana perkara ini adalah antara rahasia yang perlau dijaga.
Dalam penyaksian ini, jasad sama sekali tidak “dilihat” lagi, jikalau masih dilihat, maka batallah Dia yang disaksikan. Atau dengan perkataan lain, kehadiran Dia sebagai kurniaNya yang dimukasyafahkan atau dibukakan kepada si penyaksi menjadi terbatal.
Ada antara sufi yang berpendapat, tahap penyaksian ini (tauhid syuhudi) adalah lebih tinggi berbanding tauhid dzati, iaitu merasai kehadiran Dia.
Wassalam.
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”
Huraian 1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti. 2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak. 3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.
Minhajul Abidin m/s: 186.

Dalam Islam itu, ada “trilogi”, yang harus selalu selaras, dan tidak boleh satu sama lainnya, tidak dijalankan. iaitu, iman yang kuat dalam hati, diucapkan dengan lisan, dan diwujudkan dalam amal. Iman di dalam hatinya yang kemudian dibenarkan oleh lisannya, dan harus diwujudkan dengan amal (tindakan) nyata.
Walaupun hatinya menyakini atau beriman kepda Allah Rabbul Alamin, dan keimanan diucapkan dengan lisannya, tetapi tidak diwujudkan dalam amal, maka itu lah seburuk-buruknya manusia, yang disebut munafik. Manusia munafik itu, jenis manusia yang paling dibenci oleh Allah Rabbul Alamin. Bahkan, diancam akan dilemparkan ke dalam neraka yang paling dasar.
Mengaku beriman, keimanannya diucapkan dengan lisannya, tetapi tidak mengamalkan, bahkan mendukung setan, perilaku kesesatan, dan menyimpang. Itulah bentuk nyata-nyata kedurhakaan kepada Allah Rabbul Alamin. Betapa sesatnya jenis manusia seperti ini. Wallahu’alam
Terang Bulan
Dengan membinasakan yang ujud menjadikan yang wujud hanya Dia.
Dengan melenyapkan yang zahir menjadikan yang terzahir hanya satu dalam keesaan Dia.
Dengan mematikan yang hidup menjadikan yang hidup kekal dalam kebaqaan Dia.
Untuk mengenal Dia dengan cara ini perlulah melihat kepada sifat-sifatkebesaran Allah.
Wahdaniah, Qadim, Baqa, Mukhalafatu lilhawadis dan Qiamuhu bi nafsihi, hanya Allah yang mempunyai sifat keagungan ini, manusia sedikitpun tidak dapat menghidunya.
Tetapi dengan sifat-sifat keagungan Allah, Dia dapat dililhat dengan Nyata dan Terang, bagaimanpun untuk sampai kepada pemahamannya yang sebenar perlukan petunjuk yang sangat halus dan seni daripada mereka yang mengetahuinya, kerana ditakuti nanti ada pula yang bertuhankan diri sendiri atau mengaku diri sebagai tuhan seperti Firaun di zaman dahulu,
na u zubillah min zalik.
Bagaimanapun apabila sifat-sifat keagunganNya itu dianugerahkan kepada salik, jadi apakah yang tinggal kepadanya?
Maka yang tinggal itu bukanlah aku dan bukanlah dia, tapi Dia, iaitu sifat-sifat kebesarannya juga yang tidak lain daripada Dia juga.
Semua telah sirna dengan pancaran Cahaya yang Gilang Gemilang, semua yang ada sekarang adalah ujud, wujud dan maujudnya.
Maka tidak perlu lagi dalil dan perumpamaan kerana semua itu telah terang dan nyata, telah terang lagi menyuluh.
wassalam
Insan dan Sirr
Mengadakan dua wujud itu adalah perkara yang syirik, kerana Dia adanya dengan sendirinya. Jikalau begitu, bagaimana pula ada insan itu adalah dengan Dia?
Soalnya di sini siapakah insan itu?
Cubalah cari jawapannya sendiri kerana jawapan yang didapati dengan usaha sendiri itu adalah lebih bermakna.
Selanjutnya, Wujud itu bermaksud Ada, maka yang Ada itu adalah Dzat, dengan itu Wujudnya itu adalah bagi menyatakan Dzatnya.
Sedangkan pun Wujud insan dapat dilihat pada Sifatnya, kerana wujud insan adalah dengan Dzatnya. Dan Dzatnya itu adalah Sirr kepada insan.
Dia berfirman, Insan itu rahsiaku (sirr) dan Aku rahsia insan, dan lagi kataNya, Sifatku adalah sifat Insan.
Oleh itu, perjalanan salik adalah satu proses, salik perlu mengenal dirinya, siapa mengenal jasadnya maka mengenal ia nyawanya, siapa mengenala nyawanya maka mengenal ia Sirrnya, dan lagi siapa mengenal Sirnya maka mengenal ia akan Tuhannya.
Insan adalah Rahsianya, dan Sirr itu adalah Dzatnya.
Wassalam.
Tanzih adalah kemutlakannya yang tidak terhad dan tidak terbatas, dalam segi ini Dia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat untuk diperkatakan. Dalam keadaan ini juga Dia adalah dalam bentuk Wujud Yang Mutlak, dan ada dalam pengetahuan tetapi tidak dalam manifestasi.
Manakala tasybih pula Dia zahir [manifest] dalam had dan batasan. Had dan batasan ini juga disebut dengan nama takyun, atau berada dalam keadaan manifestasi zahirnya.
Oleh yang demikian, Dia berada dalam tasybih di dalam tanzihnya dan di dalam tazihnya di dalam tasybihnya. Dan Dia sama ada berada dalam tasybih atau tanzihnya, adalah tidak satu pun yang menyerupainya. [Laisa kamislihi syaiun].
Seterusnya, hakikat Allah adalah Wujudnya, dan wujudnya sebenarnya adalah Dzatnya.
Wujud Mutlak (tanzih) tidak mempunyai bentuk, rupa, had, awal dan akhir. Mestipun begitu Dia menzahirkan (tasybih) dalam pelbagai bentuk dan rupa, walaupun begitu penzahiran ini berlaku tanpa perubahan dalan Dzatnya.
Penzahiran ini dapat dianalogikan begini: (ini cuma untuk memudahkan pemahaman tetapi keadaan sebenarnya bukanlah begitu), di malam bulan purnama yang terang, letakkan pelbagai bekas yang mengisi air di kawasan nan lapang, maka akan didapati bayangan bulan nan satu kelihatan dalam pelbagai bekas air tersebut, dan bayangan bulan dalam bekas air itu tidak serupa antara satu dengan yang lain.
Bayang-bayang bulan yang terdapat di dalam bekas air yang pelbagai itu, adalah juga pelbagai dari segi bentuk rupa dan saiz.
Walaupun begitu banyak bayangan bulan, tapi bulan nan satu tetap tidak ada perubahan dari segi zatnya, bulan tetap seperti bulan yang asalnya (dahulunya).
Dia sekarang tetapi seperti Dia yang dahulunya, dan kebalikannya Dia dahulunya tetap seperti Dia yang sekarang.
Tiada satu pun yang besertanya, dan tidak satupun yang menyerupainya.
Wassalam.
Copyright © 2011 Azrin | kun | Powered by BLOGGER | Template by 54BLOGGER
Post a Comment