"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Friday, May 30, 2014

salah faham Wahyu pertama yang turun secara berperingkat iaitu surah Al-Alaq



Kalimah Iqra? adakah wahyu pertama yang turun itu KALIMAH IQRA sahaja?
Wahyu pertama turun adalah IQRA BISMIRABBIKALAZI KHOLAK ..(sambung)

Jangan ambil mudah dalam perihal ini.Kerana Kefahaman Alquran ini untuk Insan yang bertaqwa iaitu insan yang berhubung dengan Roh(mutmainnah) dan malaikat(baru kenal hidayah),tak jumpa dan tidak berkawan tidak kenal Akan hidayah dari Allah taala yer.

Apa maksud Ayat Al-alaq 1-5?

 " iqraq bismirabbikal lazi kholak " artinya Sebutlah nama allah yang menjadikan
(dimana nak sebut)?
kholakal insan namin alaq (sebutlah dihati..kamu jadi insan).
iqraq warabbukal akram... Bila kamu dah insan, kamu sebut nama allah(pencipta),Allah  memuliakanmu...
allazi allamabil kalam, baru allah ajar kamu dengan kalam, 
allamal insan nama lam ya lam(dan barulah allah ajar kamu apa yang tak kamu ketahui.


Sebelum nak Mendapatkan Allah taala mengajar manusia dengan kalam,disuruh tauhidkan Allah taala dulu kemudian beriman sampai kenal diri iaitu berhubung dengan roh dan malaikat serta nur muhammad saw.Diteruskan cerita siapa yang menyampaikan kalam Allah taala? kalau bukan utusan Allah taala iaitu malaikat?
wajibnya bagi diri itu beriman dulu..Nak ilmu Dari bimbingan malaikat ni wajib beriman,iaitu tuntut ilmu dan amal(kafiat) fardhu syahadat..ini Kisah amanah Allah taala menjadikan hati suci bersih kasih ke roh mutmainnah dan malaikat dari nur muhammad saw yang terletak dalam fardhu syahadat.
Jadinya disini terselitnya perihal tauhid dan juga Iman.Rukun islam pertama tauhid dan Iman.

Kata Rasulullah saw,
Baiknya Abu Bakar As-siddiq itu tiap tiap nafas turun naik itu menyebut Allah,Allah sahaja dengan tahan nafas.

1:La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu ilmullah.

2:La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu Ismullah.

La ilaha illallahu(kalimah tauhid) muhammadur rasulullahi(kalimah Rasul):Lafaz dilidah  
fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu Ismullah: Dilaksanakan Dihati,tiap naik turun nafas itu menyebut nama Allah taala iaitu zikrullah menyebut Allah,Allah dengan tahan nafas. kemudian sesudah mengamalkannya sampai mendapat tanda iman,hadirnya hati dengan sendirinya Allah,Allah, hadirlah Roh nafsu mutmainnah,kerana tanda iman itu tanda hati bersih,Kesukaan roh mutmainnah itu adalah hati yang bersih,sesudah berhubung dengan Roh mutmainnah yang berkalimah diseluruh anggota jasad,hadirlah Malaikat dan juga Nur muhammad saw.Ini dikatakan Kenal Diri,kenal akan Amanah Allah taala.Amanah manusia ini adalah berhubung dengan Roh(Al-ahzab172)


Mengapa?La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu Ilmullah dulu? mengapa tidak Ismullah Dulu? setiap sesuatu itu dengan ilmu dulu,sesudah punyai ilmu barulah boleh beramal, ilmullah dulu barulah ismullah.....Disini Ikutlah Susunan wahyu yang diturunkan secara berperingkat,dan tuntutlah ilmu dan amal Fardhu syahadah pada Guru yang mursyid(yang berkawan/berhubung dengan roh,malaikat,nur) guru mursyid yang sah wasilahnya.Yang masih sah Wasilah adalah daripada wasilah abu bakar as-siddiq mursyid Ismail Alang Muhammad yang masih ada hingga kini...Insyaallah Akan bersambung...

2 comments:

nur musyahadah said...

Assalammualaikum.. Nak Tanya tuan anak murid sheikh Ismail ke??

Ai Few said...

Waalaikumsalam.Malu saya nak mengaku anak muridnya.Tapi itulah nama guru yang mengajarkan saya berkaitan amalan islam pertama