"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, February 22, 2011

Adab Kepada Al-Quran

http://www.awda-dawa.com/image3/from-10-4-gl3nnxcom.jpg

1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur'an adalah keunggulan yang tertinggi.
2. Al-Qur'an adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.
3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-
" Bacalah olehmu Al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya" (Riwayat Muslim)
4. Insan yang berpegang teguh dengan Al- Qur'an kerana ia akan mendapat keselamatan dan kesejateraan di dunia dan di akhirat.
5. Di dalam hadith- hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan keagungan, kesucian dan kemuliaan Al- Qur'an di dalam memperkukuhkan keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya" (RiwayatBukhari) " Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya" (Riwayat An- Nasa'i)
6. Adab - adab di dalam membaca Al- Qur'an ialah :-
i) Berwudhuk
ii) Dibaca di dalam sucu daripada hadas
iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat
iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan bersungguh-sungguh.
vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud :-
" Hiasilah olehmu Al- Qur'an dengan suaramu " (Riwayat Ahmad)

No comments: