"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, February 5, 2011

Ikuti Perjalanan Proses Pemindahan Mahasiswa Mesir Melalui Web Dan Facebook

Faizuddin.jpg  
KAHERAH, 4 Feb - Ketua Badan Penerbitan dan Penerangan PMRAM Saudara Mohd Faizudin bin Ghazali memberitahu bahawa PMRAM sentiasa mengemaskini maklumat berkenaan proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah.
Tambahnya, PMRAM menjadikan pejabat pentadbiran yang terletak di Nasr City sebagai tempat pemusatan segala maklumat yang diterima daripada seluruh cawangan.
Katanya, segala maklumat yang diterima akan dimaklumkan dalam laman web rasmi ini serta facebook rasmi PMRAM Pusat dari semasa ke semasa.
"Hingga hari ini, PMRAM sentiasa memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak Kedutaan Malaysia dengan menghubungi Bilik Gerakan Proses Evakuasi bagi mendapatkan maklumat terkini tentang proses pemindahan pelajar" ujar beliau katika ditemui di pejabat pentadbiran PMRAM.
Menurutnya, selain menghubungi pihak Kedutaan Malaysia, Presiden PMRAM juga sentiasa mendapatkan maklumat berkenaan tahap keselamatan melalui Pihak Keselamatan Mesir.
Katanya lagi, keluarga di Malaysia boleh mengikuti perkembangan proses pemindahan pelajar Mesir ke Jeddah melalui 2 laman rasmi PMRAM ini. Segala pertanyaan boleh dihantar ke emel rasmi PMRAM iaitu pmram30@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

No comments: