"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, February 15, 2011

Khas Buat Muslimah

Jika ku katakan suatu kebenaran,adakah kau kan marah?

Aku ingin menasihatimu...

Sahut soalanku ... Kenapa kau tanggalkan hijab?

Kau dedahkan tubuhmu?

Ada yang memandangnya bagaikan sebuah boneka,

Ada yang radang melihatnya,

Sedangkan engkaulah tonggak kewujudan ini,

Engkaulah  kebanggaan,apakah engkau tidak sedar?

Bersama-samamu kebahagiaan.

Padankanlah kebaikan di bayi yang kamu lahirkan.

Sesungguhnya engkaulah ibu kepada manusia yang berakal...

Kakak kepada warisan pemuda,singa yang berada di dalam jerumun,

Engkau dijadikan untuk bertakhta di tempat yang paling tinggi,

Mengapa engkau turun merendahkan dirimu?

Engkau melakukan perbuatan larangan,

Engkau biarkan dirimu dipergunakan...

Oleh setiap yang tercela,dungu dan terhina.

Engkau seolah-olah telah menjadi wanita barat.

Bagaimanakah ia? ... Sedarlah wahai wanita Islam!! 

Kembalilah kepada agama agar engkau bahagia.

Biarkan tabarruj untuk para pembidaah.

Jika dikatakan " Kamu mundur",

Itulah kata-kata musuh yang nyata.

Sesungguhnya kemajuan di dalam agama kita...

Kata-kata nabi yang amin ...

Menyuruh kita supaya mengajar anak-anak,

Anak-anak perempuan di sebalik tirai dan juga lelaki,

Alangkah indahnya prawati yang berilmu,

Ditambah pula berhijab dan beragama,

Sesungguhnya kemajuan ialah pencapaian ilmu,

Dan engkau di nilai mengikut kadar ilmu mu,

Sesungguhnya kemajuan ialah pengekangan hawa nafsu,

Percayalah,kamu meninggi mencapai kesempurnaan,

Kemajuan bukanlah gincu bibir,

Mempamerkan dada dan harta,

Kemajuan bukannya skirt pendek,

Kuku panjang yang disimpan,

Apa salahnya,jika kamu memakai

Pakaian labuh yang penuh bergaya,

Dengan begitu kamu akan menjadi misali,

Sejarah kecemerlangan akan kau kecap kembali.


No comments: