"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, April 2, 2011

Pergerakan jari telunjuk dalam solat

Para ulama Mazhab Hanafi berpendapat,jari telunjuk mesti diangkat ketika menyebut perkataan La dalam kalimah la ilaha illallah.Kemudian meletakkan semula.

Para ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa jari telunjuk mesti diangkat ketika menyebut ilallah dalam kalimah la ilaha illallah.

Para ulama Mazhab Maliki berpendapat bahawa jari telunjuk mesti digerakkan ke kanan dan kiri sehingga selesai solat.

Para ualama Mazhab Hanbali berpendapat bahawa jari telunjuk mesti diangkat setiap kali menyebut perkataan Allah dan ia tidak boleh sentiasa bergerak.

Syeikh al-Albani r.h berkata:

Cara menggerakkan jari telunjuk yang telah dinyatakan oleh semua ulama di atas tidak berasaskan dalil daripada Sunnah.Yang paling hampir kepada ketepatan ialah pendapat Mazhab Hanbali.Tetapi mengangkat jari telunjuk setiap kali menyebut nama Allah tidak diambil kira."Rujuk Tamam al-Minnah.ms223)



Kedua,dalil-dalil dalam masalah ini adalah seperti berikut:


Abdullah bin al-Zubair r.a. berkata;


Maksudnya:
"Apabila Rasulullah s.a.w duduk dalam solat,baginda meletakkan kaki kirinya antara paha dan betisnya serta meluruskan kaki kanan,kemudian,meletakkan tangan kiri di atas lutut kiri dan tangan kanan di atas paha kanan.Lalu baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk."-Hadis  riwayat Muslim:579


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud terdapat tambahan lafaz,iaitu:


Maksudnya:
"Baginda mengisyaratkan jari telunjuk ketika berdoa dan tidak menggerakkannya."


Tetapi tambahan tidak menggerakkannya ini diklasifikasikan sebagai daif  oleh Ibn al-Qayyim.(Rujuk zad al-Ma'ad,jil.1.ms 238 dan Tamam al-Minnah,karya al-Bani,ms.218)


Maksudnya;
"Aku pernah berkata kepada diriku:Aku akan melihat bagaimana cara Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat.Aku pun melihatnya.Kemudian,baginda berdiri,bertakbiratulihram dan mengangkat kedua-dua belah tangannya sehingga ke paras kedua-dua belah telinganya.Kemudian,baginda meletakkan tapak tangan kanan di atas tapak tangan kiri,kadang-kadang di pergelangan tangan atau lengan.Ketika baginda ingin rukuk,lalu diangkat kedua-dua belah tangannya seperti ketika bertakbiratulihram.Wa'il berkata:Rasulullah s.a.w meletakkan kedua tangannya ke lutut.Kemudian,ketika ingin bangun daripada rukuk,baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya  seperti ketika takbiratulihram.Kemudian,baginda sujud dan meletakkan kedua tapak tangan sama paras dengan telinga.Lalu baginda duduk dan menyimpuh kaki kirinya,meletakkan tapak tangan kirinya ke atas paha dan lutut kiri.Kemudian,meletakkan siku kanan di atas paha kanan.Lalu menggenggamnya jari-jemari kecuali ibu jari dan jari telunjuk.Kemudian baginda mengkat jari telunjuknya dan aku lihat baginda menggerak-gerakkannya ketika berdoa.'-Hadis riwayat al-Nasaai:889





Hadis ini telah diklasifikasikan sebagai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibba,Al-Albani juga bersetuju dengan kesahihannya dalam Irwa' al-Ghalil:367.

Syeikh Ibn 'Uthaimin r.h telah menggunakan hadis ini untuk menguatkan lagi hujahnya bahawa jari telunjuk digerakkan setiap kali membaca doa ketika tahiyat.

Beliau berkata:

"Sunnah Rasulullah s.a.w ialag mengangkat jari telunjuk ketika membaca doa.Lafaz hadis diatas bermaksud,jari telunjuk hendaklah digerakkan setiap kali berdoa sebagai tanda membesarkan Allah.Oleh itu kami berpendapat ketika menyebut Assalamu'alaika ayyuha al-Nabiy,assalamu'alaina,Allahumma solli 'ala Muhammad,Allahumma barik 'ala Muhammad,a'uuzubillahi min 'azabi jahannam,wamim a'zab al-Qabr,wa min fitnah al-Mahya wa al-Mamat,wa min fitnah al-Masih ad-dajjal,jari telunjuk mesti diangkat kerana ia adalah ungkapan bermaksud doa.Inilah pendapat yang paling hampir dengan sunnah."



No comments: