"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Wednesday, July 27, 2011

20 tahun syaitan berusaha merosakkan amal ibadat manusia

http://mandacutie.files.wordpress.com/2008/12/arafah.jpg?w=400
Sedarkah kita bahawa ada syaitan yang gigih berusaha merosakkan amalan manusia walaupun memakan masa berpuluh-puluh tahun?
Imam Nawawi rhohimahullahi ta'ala ada mencatatkan dalam kitab Bustanul 'Arifin (Taman Orang-orang Yang 'Arifin Beliau) satu perkara berkaitan usaha syaitan untuk merosakkan 'amalan manusia biarpun masa yang diambil adalah tidak singkat. Berikut ialah catatannya:
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu 'anhu berkata:
Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli 'ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli 'ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr(rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).
Catatan penulis blog ini:
Tahap kedudukan syaitan yang datang menyerang dan menghasut manusia adalah bersesuaian dengan tahap iman dan amalan manusia tersebut. Jika manusia yang digoda itu ialah seorang 'alim dan kuat imannya, maka syaitan yang ditugaskan untuk menghasutnya bertahap "jeneral" / pegawai atasan.
Bagi manusia yang lemah imannya, cukup sahaja jika sebiji bola digunakan untuk memperdayakan mereka. Sebagai contoh, manusia seramai satu stadium meninggalkan solat wajib kerana semata-mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut.
(Penulis merujuk kepada contoh yang diberikan Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah)
Mudah-mudahan kita semuanya dipelihara Allah daripada segala tipu daya syaitan.
Rujukan: Terjemahan kitab Bustanul 'Arifin Imam Nawawi r.t. terjemahan dilakukan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah.
Doa kita bersama:Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang istiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid.
Rujukan :

No comments: