Abu Said Al-Kharazi berkata:
1- Saya malu menyimpan makanan untuk malam hari dan menyimpan pakaian lebih daripada satu pakaian.
2- Sesiapa dikasihi segala kemahuannya akan dimakbulkan tanpa perlu menjadikan ibadat sebagai cagaran.
3- Amal ibadat itu adalah jalan kepada mengenal Allah SWT, tetapi harta kekayaan itu adalah hijab ( pendinding) kepada mengenal Allah SWT.
4- Kebahagiaan sebenar adalah semasa mengenang Allah SWT.
5- Orang yang dikasihi Allah SWT pintu untuk mengenang Allah SWT sentiasa terbuka kepadanya.
6- Allah SWT akan menzahirkan dirinya sekadar mana manusia dapat memandang cahayaNya.
7- Kejayaan mendekati Allah SWT adalah terletak pada rahmatNya untuk terletak pada usaha seseorang hamba.
8- Hormatilah masa dengan beribadat kepada Allah SWT.
9- Wali Allah SWT yang paling sempurna adalah wali yang tidak melibatkan dirinya dengan urusan selain daripada Allah SWT.
10- Berseronok adalah musuh ketat mereka yang mencari Allah SWT.
11- Bergantunglah kepada Allah SWT, jangan sesekali bergantung selain daripada Allah SWT.
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awlita'. m/s : 120-121.
No comments:
Post a Comment