
Abu Al-Hassan Al-Kharqani pernah berkata :
1- Carilah rahmat Allah SWT, kerana ianya melampaui azab neraka dan nikmat syurga.
2- Masa lampau, masa sekarang dan masa akan datang adalah hijab, jika hijab telah disingkap pasti kamu akan melihat segala-galanya.
3- Menganggap diri sendiri sebagai sufi adalah satu kesilapan besar tetapi anggaplah diri anda bukan sufi.
4- Selama 30 tahun saya tidak tidur diwaktu malam. ( walaupun tidur tetapi mata hati tetap ingatkan Allah SWT).
5- Allah SWT telah mempengaruhi sehingga tidak ada Fana ( kebinasaan, seseorang yang telah bergantung 100% kepada Allah SWT dia tetap hidup disisi Allah SWT ).
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya'. m/s : 156
No comments:
Post a Comment