Abi Ishak Ibrahim berkata :
1- Seseorang tidak akan dapat menikmati kelazatan menyembah Allah SWT jika tidak membuang rasa lazat terhadap perkara keduniaan.
2- Kediaman syaitan itu di dalam darah manusia.
3- Orang yang mencari nafkah secara haram, Allah SWT tidak akan menerima doanya.
4- Kemuliaan itu bukan terletak pada pakaian yang cantik tetapi kemuliaan itu terletak pada Mengingati Allah SWT dan mematuhi ArahanNya.
5- Mereka yang mengejar kebendaan dunia dan pangkat kemuliaan serta menghabiskan masa dengan menghiasi diri adalah orang telah mati Kerohaniannya.
6- Orang yang sentiasa mengkaji Al-Quran akan sentiasa dilimpahi Kurniaan Allah SWT.
7- Mereka yang mencintai Allah SWT tidak akan kahwin dengan wanita melainkan kerana menerima Arahan Allah SWT.
8- Solat di malam hari amat memberi kesan kepada orang mukmin walaupun hanya dikerjakan sedikit sahaja.
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya'. m/s : 147-148.
No comments:
Post a Comment