"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, October 23, 2010

10 Bisikan Agama Islam Melengkapkan Kehidupan


1-Jangan kamu memotong percakapan seseorang,berilah peluang kepada orang lain memberi pandangan sehingga lengkap.

2-Berusahalah mencari faedah dari setiap pendapat orang lain sebelum kamu memberi sesuatu jawapan.

3-Jangan kamu berdengki dengan pandangan orang lain, tunjukkan penumpuan anda dengan apa yang mereka cakapkan, walaupun anda tidak berminat dengan tajuk yang mereka pertengahkan.

4-Bercakaplah secara terbuka, serulah manusia mengikut kemampuan fikiran mereka dan jauhilah dengan percakapan yang tidak memberi kesenangan kepada mereka.

5-Sebaik percakapan adalah percakapan yang sedikit, jangan terlalu panjang sehingga menjemukan dan jangan bercakap dengan sesuatu yang memberi faedah atau tidak memberi pengajaran kepada mereka.

6-Bercakaplah dengan penuh peradaban dengan ahli-ahli Ilmu, pilihlah masa yang sesuai, janganlah bercakap terlalu banyak kerana mereka mempunyai pekerjaan yang lebih penting.

7-Hampirkanlah diri semasa bercakap dengan seseorang, berbincanglah dengan seseorang tanpa menolak pendapat orang lain.

8-Lenbutkan percakapan anda, janganlah bersikap kasar kerana dengan kelembutan membolehkan mereka menerima pendapat anda.

9-Pilihlah sebaik-baik gaya bahasa, Jangan sesekali-kali melukakan hatu seseorang.

10-Jika kamun jemu berbual dan merasakan tiada faedah berbuat demikian,Rasulullah SAWvtelah bersabda: Sesungguhnya pemimpin keluarga akan berada dalam Syurga apabila mengalah di dalam sesuatu perkara, sedangkan dia sebenarnya pada pihak yang benar.

1 comment:

Azrin|kun said...

saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tak seberapa ini… sebarkan alamat blog saya kepada mereka yang menyintai Rasulullah.. selamat membaca dan ambillah apa yang saya muatkan jika boleh dijadikan panduan hidup. Salam Ukhuwah dari saya untuk semua.