Katakanlah Kabarkanlah kepadaku,jika kamu ditimpa seksaan Allah s.w.t atau datang kepadamu hari kiamat,adakah kamu menyeru(meminta)selain dari pada Allah swt,jika kamu orang yang benar?-40-
Bahkan,kepada Dialah kamu menyeru(meminta)lalu Dia menghilangkan(seksaan)yang kamu mintakan itu,jika dikehendakiNya,dan kamu lupakan apa yang kamu persekutukan itu..-41-
Allah s.w.t telah menerangkan petunjuk secukupnya dalam QUR'AN dan tiadalah Dia tinggalkan suatu juapun.Petunjuk itu ialah pokok agama(asaasnya),undang-undang umum,hukum-hukum serta faedahnya dan lagi memberi pengajaran kepada manusiasupaya ia mempergunakan kekuatan tubuhnya dan pemikiran untuk mengambil manfaat dari isi alam yang luas ini,Sebenarnya QUR'AN telah menerangkan yang tersebut itu seplah olah ia undang-undang dasar bagi agama dan hadith nabi sebagai undang-undang biasa.Setengah orang mengatakan bahawa ilmu agama dan dunia semuanya termaktub dalam Qur'an tetapi ini tiada betul.Kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri bersabda.Kamu terlebih tahu tentang pekerjaan duniamu Maka tentang 'ilmu bercucuk tanam'.'ilmu mesin'.ilmu alam' kerana d.s.b adalah kamu terlebih tahu dari Nabi Muhammad s.a.w.Tetapi ia memberi nasihat kepadamu supaya ilmu kamu itu kamu pergunakan untuk kebajikan manusia bukan untuk membinasakannya.
-air tanganku-
-air tanganku-
No comments:
Post a Comment