"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Sunday, October 8, 2000

Hidayah Kajian Turutan Susunan Sebenar 172 Hadith Rasulullah s.a.w Berkaitan Peristiwa-Peristiwa Akhir Zaman Mendekati Hari Kiamat & Kebangkitan.

Hidayah Kajian Turutan Susunan Sebenar 172 Hadith Rasulullah s.a.w Berkaitan Peristiwa-Peristiwa Akhir Zaman Mendekati Hari Kiamat & Kebangkitan. 


Bencana Yang Menimpa Umat Manusia Di Akhir Zaman;- Abdullah ibn Umar berkata, Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: “Wahai Muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu hidup untuk menyaksikannya: (1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya. (2) Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka. (3) Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka. (4) Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka. (5) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).;- (Fakta Sejarah;- 1919-1923: Keruntuhan Empayar Uthmaniah; 1932: Arab Saudi menjadi sebuah kerajaan tunggal, Iraq, Syria, Jordan terpecah daripada negara Arab Saudi; 1948 May Negara Israel dibentuk; 1948-1949: Perang Pertama Arab-Israel; 1962-1970: Perang Yaman; Bahrain, Qatar dan Kesatuan Emeriah Arab Bersatu terkeluar daripada Arab Saudi; 1973 Perang Arab-Israel Ke-Empat 4.)


Tentera al-Harith ibn Harran;- Ali r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Dari negeri di balik sungai (Wara-un-Nahr) akan keluar seorang lelaki bernama al-Harith ibn Harran bersama tenteranya yang dipimpin oleh seorang bernama Mansur. Beliau akan membuka watan (atau kediaman) bagi keluarga Muhammad sebagaimana kaum Quraish mendirikan watan bagi Rasulullah s.a.w. Setiap orang Mukmin wajib membantunya atau menyahut seruannya.”;- [ Riwayat Abu daud, Kitab al-Mahdi].;- (Fakta Sejarah;- 1969: Yasser Arafat menjadi ketua 'Palestinian Liberation Organization' dan di tahun yang sama terbentuklah perajurit-perajurit tentera menentang keganasan).


Seorang Ammah (Hamba Perempuan) Melahirkan Majikannya;- Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: "Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?" Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: "Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT." Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim";- (Riwayat Ibn Majah).


Abdullah r.a. berkata, ”Ketika kami bersama Baginda s.a.w, beberapa pemuda dari Banu Hashim datang kepada kami. Apabila Baginda melihat mereka, mengalir air mata Baginda dan berubah wajahnya. Melihat demikian kami amat terharu.” Baginda bersabda;“ Kami adalah keluarga yang Allah pilih akhirat daripada dunia. Ahlul bait akan diuji selepas kewafatanku dan akan dianiaya sehingga datang pembawa panji-panji hitam dari timur, yang menyeru manusia membuat kebaikan tetapi ditentang. Mereka akan diperangi dan mencapai kemenangan sehingga manusia tunduk tetapi mereka enggan menerima pemerintahan lalu mereka menyerahkan kuasa kepada seorang dari ahli baitku. Kemudian bumi akan dipenuhi keadilan sebagaimana ia dipenuhi kezaliman sebelumnya. Jika ada di antara kamu yang hidup untuk menyaksikan peristiwa ini, hendaklah kamu pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”;- [ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4082)].


Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].(Fakta Sejarah;- 1975 Terbunuhnya Raja Faisal, Raja Arab Saudi; Bermulanya Perang Lubnan).


Bahaya 30 Para Dajjal Sang Pendusta;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum dimunculkan para dajjal sang pendusta, yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluhan 30an, di mana masing-masing mengaku; bahawa dirinya adalah Rasul Allah.”;- (Riwayat Muslim).


Bahaya Para Dajjal Membawa Ajaran Yang Belum Pernah Didengar;- Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : “Akan keluar dajjal dan khazzab di kalangan umatku. Mereka akan berkata sesuatu yang baru di mana kamu dan bapa-bapa kamu belum pernah mendengarnya. Awasilah mereka dan jagalah diri kamu daripada disesatkan oleh mereka.””;- [Musnad Ahmad, 20/349].


Rancangan Amerika Untuk MengKristiankan Seluruh Penduduk Iraq khasnya dan seluruh dunia amnya dengan kesesatan 'Bible Yang Diolah Sendiri Mengikut Hawa Nafsu Pendeta-Pendeta Yahudi Zaman Sebelum Tahun Masehi' yang bukannya Kitab Injil asli yang pernah diterima oleh Nabi Isa Ibnu Maryam
(video berat)


Bahaya Golongan Pendusta Di Bidang Hadith;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan ada di antara generasi akhir dari umatku orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah – juga bapa-bapa kamu - mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka.”;- (Riwayat Muslim).


Kesilapan Manusia Di Zaman Kekeliruan;- Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.”;- [Musnad Ahmad, 3/220].


Bahaya Tujuh Puluh 70 Penyeru Neraka Jahannam;- Ibn Umar r.a. berkata, “Daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :“Di kalangan umat ku akan ada 70 Penyeru, yang mengajak manusia kepada neraka jahannam. Daku boleh beritahu nama mereka dan kaum mereka jika daku mahu.”


Bahaya Munculnya Golongan Yang Engkar Pada As-sunnah;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia;- (Riwayat Ad Dailami).


Kesilapan Golongan Anti Hadith;-Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya: "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.";- (Riwayat Abu Daud).


Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid;- (Riwayat Abu Dawud).


Kesilapan Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja;- Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa, percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Allah tidak memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka (pada waktu dalam masjid);- (Riwayat Hakim).


Kesilapan Ahli Ibadah Yang Jahil Dan Qari Yang Fasik;- Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu 'Adi).


Golongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan;- Daripada Sa'ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;- (Riwayat Ahmad).


Bahaya Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;-Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ";-(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Kesilapan Menggunakan Al-Quran Sebagai Alat Propaganda;- Ali bin Thalib r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim).


Menunjuk-Nunjuk Ketika Berdoa;- Dari Saad r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: " Kelak akan terdapat kaum yang berlebih-lebih (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa ";- (Riwayat Ahmad).


Merasa Rendah Dalam Ibadah;- Dari Abu Sa’id Al-Kudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan muncul di antara kamu suatu kaum, kamu merasa rendah dalam melakukan solat dibanding dengan mereka, amal perbuatanmu jika dibandingkan dengan perbuatan mereka dan puasa-mu jika dibanding dengan puasa mereka. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak sampai melalui tenggoroknya. Mereka sebenarnya keluar dari agama bagaikan anak panah yang terlepas dari busurnya, jika di hujung panah dilihat, tidak ada bekas apa-apanya juga di kayunya tidak ada apa-apanya juga di bulunya tidak terdapat apa-apa, tetapi berlumba-lumba dalam senarnya;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Nasihat Kejadian Imam Yang Melambatkan Waktu Solat;- Dari Ibnu Ame r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti selepas peninggalanku akan terjadi; para imam mengakhirkan solat dari waktunya. Oleh kerana itu hendaklah kamu mengerjakan solat tepat pada waktunya. Jika kamu datang bersama mereka untuk mengerjakan solat, maka bersolatlah kamu;- (Riwayat Thabrani).


Kesilapan Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama;- Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperoleh keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka;- (Riwayat Ibnu Majah).


Kesalahan Menipu Daya Dengan Bertopengkan Agama;- Rasulullah s.a.w, bersabda: Akan tampil di akhir zaman manusia-manusia yang melakukan tipu daya dengan memakai topeng agama. Mereka menyuruh manusia memakai pakaian yang dibuat dari bulu domba (bulu kambing) yang halus, lidah mereka lebih manis berbanding gula, sedang hati mereka laksana hati serigala.”;- (Riwayat Tirmidzi).


Kesilapan Menggadaikan Agama Kerana Dunia;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)";- (Riwayat Tirmidzi).


Bahaya Ulat-ulat Qurra’;- Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada ulat-ulat qurra’ (ahli baca Al-Quran). Barangsiapa yang berada pada masa itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah dari mereka;- (Riwayat Abu Nu’aim).


Bahaya Terlepasnya Islam Satu Demi Satu;- Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s.a.w. bersabda: “Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat.”;- (Riwayat Ahmad).


Kesilapan Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani;-Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka";- (Riwayat Muslim)


Bahaya Ulama’ Yang Menyebar Fitnah;- Dari Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Nanti dalam waktu tidak lama, datang kepada manusia suatu zaman, di mana agama Islam tidak tinggal kecuali hanya namanya sahaja, dan tidak ada yang tinggal daripada Al-Quran kecuali hanya huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama’ mereka adalah yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit, dari mereka (ulama’) itu akan muncul bermacam-macam fitnah, dan fitnah itu akan kembali kepada lingkungan mereka itu sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).


Bahaya Ulama’ Tidak Dipedulikan;-Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).";- (Riwayat Ahmad).


Bahaya Akan Ilmu Agama Beransur-ansur Hilang;-Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- "Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." ;- (Riwayat Muslim)


Al-Quran Hanya Tinggal Tulisannya Sahaja;- Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).


Ketiadaan Imam Yang Layak Untuk Solat Berjemaah;-Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam";- (Riwayat Ibnu Majah).


Golongan Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran;- Dari Uqbah bin Amir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul suatu kaum dari umatku. Mereka meminum Al-Quran seperti meminum susu;- (Riwayat Thabran).


Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak;-Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik";- (Riwayat Thabrani).


Kesalahan Manusia Yang Berhati Syaitan;- Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak pernah berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar dari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu, maka mereka akan membohongi kamu.Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan. Anak kecil mereka bodoh, pemuda mereka licik, sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasik menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka menjadi bidaah, sedangkan bidaah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”;- (Riwayat Thabrani).


Orang Yang Rosak Akhlak;- Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Dunia ini tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang rosak akhlak anak kepada orang yang rosak akhlak.”;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/358.].


Jangan Suka Menyalahkan Orang Lain;- Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika ada seseorang berkata : “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak” ,maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.”;- ( Riwayat Muslim).


Kesilapan Menyalahgunakan Takdir;- Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: '"Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat maksiat kalau ditanya mereka berkata' Allahlah yang mentakdirkan perbuatan itu kami lakukan.' Orang yang menentang pendapat mereka pada zaman itu bagaikan orang yang menghunus pedangnya dalam jihad fisabilillah.”’


Bahaya Fitnah Bagaikan Malam Yang Gelap-Gelita;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi;- (Riwayat Tirmidzi).


Kekuatan Agama Manusia Terletak Pada Dinar dan Dirham (harta);-Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila akhir zaman, adalah kekuatan agama manusia terletak pada dinar dan dirham (harta);- (Riwayat Turmidzi)


Ujian Iman Yang Berat Tidak Mengatasi Amal Soleh;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu akan terjadi huru-hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada pagi harinya beriman lalu pada petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya kafir, lalu pagi harinya menjadi mukmin. Ia menjual agamanya dengan keduniaan" ;- (Riwayat Muslim).


Dilema Antara Berbuat Maksiat Dan Meninggalkannya;- Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kelak akan datang atas umatku; suatu masa di mana seseorang dihadapkan pada dua pilihan antara kelemahan dan kemaksiatan (kejahatan, kecabulan, pengkhianatan dan sebagainya). Barangsiapa mendapati (berada) pada masa itu, hendaklah ia memilih kelemahan dan meninggalkan kecabulan (penyelewengan) ";- (Riwayat Hakim).


Bersegeralah Melakukan Kebaikan;- Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, “Bersegeralah melakukan kebaikan sebelum datang enam 6 perkara; matahari terbit dari barat, keluarnya asap, munculnya Dajjal, Dabbatul ardhi (binatang bumi), (kematian) di antara kamu atau huru-hara yang menyeluruh.”” [ Riwayat Muslim, Kitab al-Fitan 8/207; Musnad Ahmad, 2/337, 372].


Jalan Penghindaran Daripada Melakukan Maksiat dan Penyelewengan;- Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang atas manusia, suatu masa, yang mereka tidak sanggup lagi mencari penghasilan kecuali dengan jalan maksiat (antara lain penyelewengan), sehingga orang berani berdusta dan bersumpah, maka apabila masa itu sudah terjadi (timbul), hendaklah kamu lari menghindari perbuatan itu." Baginda ditanya: "Ya, rasulullah! Ketempat mana kita akan lari menghindar?" Baginda menjawab: "Kepada Allah: Kepada Kitab-Nya dan kepada sunnah Nabi-Nya";- (Riwayat Ad Dailami).


Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit;-Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu kami dua 2 buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya."Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi." "Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)";- (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Kesilapan Orang Tidak Lagi Mempedulikan Harta Halal Atau Haram;- "Akan datang suatu masa kepada manusia, di mana orang tidak lagi mempedulikan apa yang diperolehnya apakah itu usaha yang halal atau yang haram";- (Riwayat Nasae'i). Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang kepada manusia suatu zaman, yang tidak peduli lagi seseorang di zaman itu dari mana harta diambil, (apakah yang diambilnya itu halal atau haram)";- (Riwayat Nasae'i).


Kesilapan Zaman Di Mana Halal Dan Haram Dianggap Sama Oleh Manusia;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi memperdulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram;- (Riwayat An Nasa'i).


Bahaya Maraknya Rasuah;- Mu'az bin Jabal berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Ambillah pemberian, selama itu berbentuk sebuah pemberian. Sedangkan jika telah menjadi bentuk suap, maka dalam agama, janganlah kamu mengambilnya. Tidaklah keengganan kamu meninggalkannya lalu mencegah kamu dari kemiskinan dan keperluan hidup. Ingat, lingkaran Islam selalu berputar, maka berputarlah bersama Al-Quran ke mana pun ia mengarah. Ingat, Al-Quran dengan penguasa akan berbeza arah. Maka dari itu, janganlah kamu memisahkan diri dari Al-Quran. Ingat, kelak akan berkuasa atas kamu pemimpin-pemimpin yang akan memutuskan untuk diri mereka sesuatu yang tidak diputuskan untuk kamu. Jika kamu membangkang kepada mereka, maka sudah tentu mereka akan membunuh kamu. Akan tetapi, apabila kamu mematuhinya, maka mereka pasti akan menyesatkan kamu. Para sahabat bertanya: "Apa yang harus kami lakukan pada waktu seperti itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Lakukanlah seperti yang dilakukan oleh para pengikut Isa bin Maryam, di mana mereka menyebar dengan membawa gergaji, lalu memikul kayu. Kerana, mati dalam ketaatan kepada Allah jauh lebih baik daripada hidup dalam keadaan bermaksiat kepadaNya";- (Riwayat Tabrani).


Kesilapan Maraknya Praktik Riba;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, di mana tidak tersisa dari mereka seorang pun kecuali menjadi pemakan riba. Dan barangsiapa yang tidak mahu memakannya, maka pasti ia akan terkena oleh debunya;- (Riwayat Ibnu Majah) Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu masa, di mana manusia menganggap halal riba dengan nama jual beli;- (Riwayat Ibnul Qayyim).


Munculnya Galian-galian Bumi;-Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi s.a.w. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat";- (Riwayat Baihaqi).


Ramai Orang Kaya Tinggal Di Lereng Gunung;- Rasulullah s.a.w bersabda: Sungguh akan ada beberapa kaum yang bertempat tinggal di dekat (lereng) gunung, lalu orang-orang fakir datang kepada mereka untuk sesuatu keperluannya, kemudian mereka berkata: “Kembalilah kepada kami esok.” Kemudian Allah menyatukan gunung itu atas mereka;- (Riwayat Bukhari).


Kesilapan Rakus Terhadap Hal Dunia;- Sabda Rasulullah s.a.w.: (Jika) Hari Kiamat telah hampir terjadi; tidak bertambah manusia kecuali loba (rakus akan harta benda), dan mereka tidak bertambah dekat kepada Allah, kecuali akan menambah jauh dari Allah ( dari ajaran agama);- (Riwayat Thabrani)


Perdagangan, Perniagaan, Terputusnya Persaudaraan, Saksi Palsu, Tersebar Luasnya Tulisan-Tulisan;- Thariq ibn Shibab berkata, “Kami sedang duduk bersama Abdullah ibn Mas’ud apabila datang seorang lelaki memberitahu waktu solat sudah tiba. Maka kami pun bangun dan menuju ke masjid. Selesai solat, tampil seorang lelaki kepada Abdullah ibn Mas’ud dan berkata, “As-salamu’alaika wahai Abu Abdur Rahman.” Jawab beliau, “Allah dan RasulNya telah berkata benar.” Semasa pulang kami bertanya sesama sendiri, “Kamu dengarkah apa jawapan beliau? Siapakah yang akan tanya beliau mengenainya?” Daku berkata, “Biar saya yang tanya beliau, lalu daku pun bertanya beliau sebaik sahaja beliau keluar. Beliau meriwayatkan dari Baginda s.a.w, : “Sebelum Qiamat tiba, terdapat satu ucapan khusus untuk orang kenamaan; perdagangan tersebar luas sehingga wanita akan turut suaminya dalam perniagaan; perhubungan keluarga akan putus; saksi palsu berleluasa sedang saksi benar akan sukar ditemui dan tulisan tersebar luas.”;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 1/407].


Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa;- Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-Nasae’i).


Kesilapan Umat Islam Tertimpa Penyakit Orang Kafir;-  Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Umatku (Islam) nanti akan ditimpa penyakit masyarakat; iaitu: berupa kejahatan, kebencian, kesombongan, bermegah-megahan, perselisihan dalam hal dunia, saling benci-membenci dan saling hasut-menghasut, sehingga terjadilah kerosakan (kehancuran perpaduan umat);- (Riwayat Hakim).


Perhiasan Rumah Sama Dengan Perhiasan Pakaian;- Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga manusia membangun rumah dan melukisnya sebagai lukisan pakaian;- (Riwayat Bukhari)


Kesalahan Hilangnya Amanat Dan Munculnya Orang-Orang Gemuk;- Dari Zahdam bin Mudlorrib r.a. mendengar Imron bin Khushoin berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang hidup pada masaku, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka." Imron berkata: "Aku tidak mengerti; Apakah Rasulullah s.a.w. berkata tentang peristiwa-peristiwa selepas zamannya, dua kali atau tiga kali (generasi)?" Kemudian sabda Rasulullah: “ Sesudah mereka ada suatu kaum yang berhak menjadi saksi tapi diminta kesaksiannya (tidak dijadikan sebagai saksi), mereka berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka bernazar (berjanji) tidak menepatinya. Dan kalau sudah terjadi demikian muncullah orang-orang gemuk di antara mereka” ;- (Riwayat Muslim).


Kesilapan Manusia Di Tahun-Tahun Yang Penuh Tipu Muslihat;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum;- (Riwayat Ibn Majah)


Bahaya Pemimpin Yang Diktator;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang tidak memperhatikan kepentingan rakyat);- (Riwayat Bukhari dan Nasae’i).


Kebencian Terhadap Pemerintahan Kediktatoran;-Ibnu Mas’ud berkata, bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Sesungguhnya, sesudahku nanti kamu akan menyaksikan kediktatoran, dan perkara-perkara yang kamu membencinya.” Para sahabat bertanya: “Apa yang kamu perintahkan kepada kami, jika hal ini terjadi wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w, menjawab: “Berikan kepada mereka akan hak mereka, dan mohonkanlah kepada Allah akan hakmu.”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Dosa Pemimpin Yang Menipu Rakyat;- Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Turmidzi, Nasae’i dan Hakim).


Kesalahan Pemimpin Yang Menyembunyikan Hak Rakyat;- Dari Ubadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa jalla;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).


Kesilapan Zaman Di Mana Keadaan Orang Mukmin Lebih Hina Daripada Domba;- Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang atas manusia suatu masa, di mana keadaan orang mukmin pada masa itu lebih hina daripada domba" ;- (Riwayat Ibnu Asakir).


Bahaya Semua 30 Para Dajjal Mengaku Sebagai Utusan Allah;- Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba sehingga muncul 30 dajjal, semua mengaku sebagai utusan Allah, harta bertambah, berlaku huru-hara dan al-Harj berleluasa.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah harj?” Baginda bersabda, “ Bunuh-membunuh.””;- [Musnad Ahmad, 2/457].


Hilangnya Kemanfaatan Ilmu;- Wa’il berkata:“Saya duduk bersama Abdullah dan Abu Musa, lalu mereka berkata bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda”: “Sesungguhnya di hari-hari mendekati kiamat ditandai dengan hilangnya kemanfaatan ilmu, tumbuhnya kebodohan dan banyak terjadi pembunuhan.” ;- (Riwayat Muslim).


Bahaya Pembunuhan demi pembunuhan;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, hingga munculnya banyak kekacauan. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksud 'harj' (kekacauan) itu, wahai Rasulullah? Nabi s.a.w. menjawab: Pembunuhan demi pembunuhan;- (Riwayat Muslim).


Dosa Pemimpin Yang Membuat Kerosakan;- Ibnu Mas’ud r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Nanti kamu sekalian akan dikuasai para pemimpin yang selalu membuat kerosakan, dan Allah tidak akan memberikan perbaikan/pertolongan kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka taat kepada Allah, maka bagi mereka akan mendapat pahala dan kamu harus bersyukur. Dan barangsiapa di antara mereka yang membuat maksiat kepada Allah, maka mereka akan mendapat dosa dan kamu harus bersikap sabar;- (Riwayat Thabrani).


Bahaya Tentera Yang Kejam;- Dari Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada angkatan tentera sejak pagi-pagi dalam kemurkaan Allah, dan waktu petang juga dalam kemurkaan Allah. Oleh kerana itu waspadalah kamu sekalian! Jangan sampai kamu sekalian dijadikan perisai buat mereka;- (Riwayat Thabrani).


Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan 99 daripada seratus 100 orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: "Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu";- (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Musuh-Musuh Dari Luar Bangsa Tidak Dapat Menghancurkan Kekuatan Umat Islam Walaupun Dikepung Dari Segala Penjuru;- Rasulullah s.a.w, bersabda: Sesungguhnya Allah memperlihatkan kepadaku bumi dalam bentuk kecil, lalu aku dapat melihat negeri-negeri Timur dan Barat. Dan sesungguhnya umatku akan sampai kekuasaannya ke negeri-negeri yang diperlihatkan kepada-ku. Dan diberikan kepadaku dua 2 simpanan kekayaan, yang merah dan yang putih. Dan sesungguhnya aku meminta kepada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan-Nya dengan kemarau yang merata dan tidak dikuasakan kepada mereka musuh dari luar bangsa mereka sendiri lalu musuh itu menghancurkan kekuatan (kekuasaan) mereka. Dan sesungguhnya Tuhan telah berfirman: “Hai Muhammad! Sesungguhnya Aku tidak dapat ditolak. Dan sesungguhnya Aku memberikan umatmu bahawa Aku tidak membinasakan mereka dengan kemarau yang merata dan tidak akan menguasakan mereka musuh-musuh dari luar bangsa mereka sendiri, yang akan menghancurkan kekuatan (kekuasaan) mereka walaupun telah berkumpul menghadapi mereka dari segala penjuru. Mereka hanyalah akan membinasakan sesamanya dan mereka menawan sesamanya (perang saudara);- (Riwayat Muslim).


Lihat sendiri Tidak jelas? CTRL+scrol mouse button tengah
Kesilapan Ramai Pemimpin Tetapi Tidak Dapat Menjamin Ketenteraman;- Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang;- (Riwayat Thabrani).

Masa Berlalu Bagaikan Kobaran Api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadi kiamat,hingga waktu terasa saling berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu. Satu minggu bagaikan satu hari, dan satu hari ibarat satu jam, serta satu jam laksana kobaran api (cepat sekali berlalu);- (Riwayat Tirmidzi).

Kajian Kecepatan Bakaran Lilin 1000 Kali Lebih Pantas Dari Waktu Biasa Sebelum Kini

Kesilapan Dikatakan Manusia Halalnya Arak, Perzinaan, Pakaian Dari Sutera Dan Kecapi-Kecapi (Alat-Alat Muzik);- Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik);- (Riwayat Thabrani)

Dosa Orang Tua Mewarnakan Rambut Ubannya Dengan Warna Hitam;- Daripada Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada di akhir zaman nanti orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga;- (Riwayat Abu Dawud).

Kesilapan Laki-Laki Menyerupai Wanita Dan Wanita Menyerupai Laki-Laki;- Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki;- (Riwayat Abu Nu'aim).

Berbagai Keajaiban Yang Tidak Diduga;- Samurad bin Jundad r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga nampak berbagai peristiwa besar yang tidak pernah kamu saksikan sebelumnya;- (Riwayat Nu’aim)

Berbagai Peristiwa Besar;- Dari Samurah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebelum Hari Kiamat terjadi (tiba), kamu akan lihat berbagai peristiwa besar. Ketika kamu engkar dan berkata: Apakah kita pernah membincangkan peristiwa ini? Maka apabila kamu melihat peristiwa itu, ingatlah akan Allah Ta’ala dan ketahuilah bahawa peristiwa itu adalah awal dari Hari Kiamat;- (Riwayat Thabrani dan Al-Bazzar).



15 September 2001Runtuhnya Bangunan Kemegahan New York Trade Center Dilanggar Pesawat Kapal Terbang:-



*TANDA-TANDA  KEKUASAAN  ALLAH"

Waktu Kebinasaan Apabila Urusan Amanah Telah Disia-Siakan;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Pada suatu masa ketika Nabi s.a.w sedang berada suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Bilakah akan terjadi Qiamat?”. Maka Nabi s.a.w. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya.” Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu.” Sehingga apabila Nabi s.a.w selesai dari percakapannya beliau bersabda, “Di mana orang yang yang bertanya tentang Hari Qiamat tadi?” Lalu Arab Badwi menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah.” Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah Hari Qiamat.” Arab Badwi itu bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan Hari Qiamat.”;- (Riwayat Bukhari).


Tsunami, Acheh Indonesia: 25 Disember 2004:

Gerhana Matahari Penuh; 29 Mac 2006, Turki:-

Manusia Yang Berubah Tingkah Laku Seperti Kera Dan Babi;- Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada dari umat ini suatu kaum yang tingkah lakunya akan jadi seperti kera dan babi. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Tidakkah mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah?" Rasulullah menjawab: "Betul, mereka juga berpuasa, sembahyang dan haji." Mereka bertanya lagi: "Lalu mengapa keadaan mereka menjadi begitu?" Rasulullah menjawab: "Mereka mengadakan nyanyian-nyanyian, menabuh gendang disertai para biduanita dan penari, lalu pada malam harinya mereka mengadakan pesta minum-minuman dan bermain-main maka pada pagi harinya mereka berubah menjadi tingkah lakunya seperti kera dan babi. Dan sungguh akan ada seorang yang pergi berbelanja ke kedai atas suruhan temannya, setelah ia kembali kepadanya, lalu ia berubah tingkah lakunya seperti menjadi kera dan babi";- (Riwayat Ibnu Abi Dunia). Dosa Dua 2 Golongan Baru Di Akhir Zaman (Penguatkuasa Tempatan Yang Kejam Dan Wanita Mendedahkan Aurat);- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya";- (Riwayat Muslim).

Pemimpin Yang Diingkari Rakyat;- Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan ada pemimpin yang kamu mengenalnya, tetapi kamu mengingkari (perbuatan)nya. Barangsiapa yang menentang mereka (tidak mengikuti dan tidak mendukung perbuatannya), mereka akan selamat. Barangsiapa yang menjauhi mereka, ia akan aman sentosa, barangsiapa yang bergaul (mendukung) dengannya, maka ia akan binasa;- (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Thabrani).

Penguasa Tempatan Yang Diingkari Rakyat;- Dari Ummi Salmah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: Nanti akan ada penguasa; kamu sekalian mengenalnya tetapi kamu mengingkarinya. Barangsiapa yang membencinya, maka ia akan bebas, barangsiapa yang mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka ada juga pengikutnya.”;- (Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Perhimpunan Bersih 10 November 2007:- (Perhimpunan 100,000 Rakyat Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur Menentang Ketidak-adilan Serta Kezaliman Para Pemimpin Dan Penguasa Kerajaan Barisan Nasional) Yang Semakin Menipu Rakyat Dengan Rasuah Juga Kepentingan Kemewahan Peribadi Para Pemimpin, Kroni Dan Penguasa Barisan Nasional Yang Mengkhianati Seluruh Rakyat Malaysia!!!

Sekitar Rekod Pergambaran Sebenar Kezaliman Para Penguasa Kerajaan Yang Menjilat Punggung-Punggung Para Pemimpin Barisan Nasional Dengan Menghalau 100,000 Rakyat di Perhimpunan Bersih, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 10 November 2007:- INIKAH DINAMAKAN DEMOKRASI TERPIMPIN??!!

Lima Belas 15 Perkara Yang Mendatangkan Azab;-  Ali ibn Abi Talib r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila umatku melakukan lima belas 15 perkara, maka azab akan menimpa mereka.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah ia, ya Rasulullah?” Sabda baginda;-
v Apabila harta umat (Negara) dibolot hanya golongan kaya.
v Amanah dijadikan jalan mencari keuntungan.
v Zakat menjadi beban.
v Lelaki menta’ati isterinya dan mendurhakai ibunya.
v Berlaku baik kepada kawan sedangkan berkasar kepada bapanya.
v Suara-suara meninggi di masjid-masjid.
v Pemimpin adalah orang yang paling jahat di kalangan mereka.
v Seorang lelaki dihormati kerana ditakuti akan kejahatannya.
v Khamar (arak) diminum berleluasa.
v Orang lelaki, merata-rata memakai sutera.
v Penyanyi wanita dan alat-alat bunyian (muzik) dipuja-puja.
v Umat yang datang akhir menghina umat awalku (Umat di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w).
v      Maka waktu itu hendaklah mereka tunggu kedatangan angin merah atau mereka ditelan oleh bumi atau diubah kepada rupa haiwan.”
v ;-(Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan (Hadith 308), 6/4620-458).

Sekitar Bala Musibah Perubahan Cuaca Dunia Sejak Tahun 2007:-

Ditimpa Tanah Runtuh dan Berbagai Bala Bencana;- Dilaporkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Demi Dia yang mengutuskan daku dengan kebenaran, bumi ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah runtuh, ditimpa hujan batu dan berubah menjadi binatang.” Orang bertanya, “Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apabila kamu melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-saksi memberi keterangan palsu menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan wanita meniduri wanita.”;- [al-Haithami, Kitab al-Fitan].

Yahudi   DITELAN  BUMI ! ! ! ! :-

Gempa Bumi dan Penyakit Kolera Akibat Muzik Bermaharajalela;- Sabda Rasulullah s.a.w: Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan;- (Riwayat Thabrani).

Keadaan Warna Langit 30 minit Sebelum Gempa Bumi di Sichuan, China: 12 Mei 2008:


China, Sichuan Earthquake (Gempa Bumi): 12 Mei 2008:-

AZAB  KUBUR....

Mengharapkan Kematian Kerana Beratnya Beban Kehidupan;- Dari Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah yang diriku di tangan-Nya, tidaklah dunia akan lenyap sehingga (datang keadaan di mana) seseorang melewati kubur, lalu ia berhenti di atasnya seraya berkata, “Alangkah baiknya kalau aku menempati tempat penghuni kubur ini.” Dan bukanlah Ad-Din (agama) yang mendorongnya berangan-angan seperti ini, melainkan bala ‘ (ujian bencana, fitnah dan penderitaan hidup).”;- (Sahih Muslim 18.34).

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :“Qiamat tidak akan tiba sehingga seorang akan melalui suatu pusara dan berkata, “Alangkah baiknya jika daku yang berada di tempatnya.”;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan, 9/73].

Punca Kebinasaan Seseorang Akibat Melayani Kehendak Orang Yang Mencela Keaiban ;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah s.w.t. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah s.a.w., apakah maksud perkataan engkau itu ? (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya?)". Nabi s.a.w. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya di jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya";- (Riwayat Baihaqi)

Berzuhud Adalah Lebih Baik Berbanding Kemewahan;-Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah s.a.w.melihat kepadanya baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu";- (Riwayat Tirmidzi).

Islam Menjadi Terasing Lagi:- Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Islam itu pada mulanya asing (tidak dikenal) dan kelak akan kembali asing lagi, maka berbahagialah orang yang asing; iaitu mereka yang memperbaiki apa yang dirosak manusia dari sunnahku pada masa setelah aku tiada nanti;- (Riwayat Turmidzi)

Islam Bagaikan Menggenggam Bara Api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa di mana orang yang berpegang kepada agamanya bagaikan orang yang menggenggam bara api;- (Riwayat Tirmidzi)

Tiga 3 Perkara Yang Semakin Mulia & Sukar;- Khudzaifah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak akan datang kepadamu suatu masa, yang pada masa itu tidak ada yang lebih baik (mulia) daripada tiga 3 perkara: Dirham (wang) yang halal, saudara yang menjadikan tenteram dengannya dan sunnah yang dikerjakannya.”;- (Riwayat Thabrani).

Kelebihan Ibadat Di Saat-Saat Huru-hara;-Daripada Ma’qil bin Yasar r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku";-(Riwayat Muslim).

Empat 4 Macam Golongan Mengerjakan Ibadat Haji:- Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Kelak apabila akhir zaman terdapat empat 4 macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk 'makan angin', 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 4) Ahli qira'at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”

Percaya Pada Mimpi;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Jika zaman telah mendekati hari kiamat, maka mimpi seseorang hampir tidak dusta (apa yang dimimpikan terjadi dalam kenyataan), sedang mimpi orang mukmin adalah sebahagian dari seperempat puluh enam 1/46 dari kenabian”;- (Muttafaq Alaih).

Keinginan Melihat Rasulullah s.a.w.;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya akan datang suatu masa, di mana seseorang ingin (dapat) melihat aku, maka itu dianggap lebih untung baginya daripada mendapat (seperti) keluarga dan hartanya ";- (Muttafaq Alaih)

Kebenaran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Utusan Allah Seperti Yang Disabdakan Oleh Nabi Isa Ibnu Maryam (Jesus) Dalam Kitab Injil Nasrani...(video sudah removed)

Takwa Dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman;- Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.";- (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

FENOMENA PERKEMBANGAN ISLAM YANG SEMAKIN MENINGKAT DI SELURUH DUNIA TERMASUK PENINGKATAN PEMELUK-PEMELUK ISLAM DARI BENUA EROPAH DAN AMERIKA... 

Penduduk Mekkah Meninggalkan Kota Mekkah;- Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah, kemudian yang meninggalkan itu tidak kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya.”;- (Riwayat Ahmad).

Berhimpunnya Kebenaran Iman ke Madinah;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya keimanan akan kembali menghimpun ke Madinah, ibarat ular yang kembali menghimpun di dalam liangnya;- (Riwayat Bukhari).


Petikan Aneh Dari Kanak-Kanak Bernama Muslim Saeed'Child Imam - Do YOU know Allah?':-

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku ) yang namanya sama denganku";- (Riwayat Tirmidzi).

IMAM MAHDI

Sesungguhnya Imam Mahdi itu akan keluar di akhir zaman, namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah;- (Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi)

Imam Mahdi itu termasuk dalam lingkungan ahli kerabat atau keluarga Rasulullah s.a.w. yakni dari puteri baginda yang bernama Fatimah;- (Riwayat Abu Daud Dan Hakim).

Al Mahdi itu dilahirkan dari keturunan Ahlul Bait (keturunan Siti Fatimah r.a.) yang telah disempurnakan oleh Allah akan segala kebaikannya pada satu malam sahaja.”;- (Riwayat Imam Ahmad).

Ummu Salamah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Al-Mahdi adalah keturunanku dari anak-cucu Fatimah r.a.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab al-Mahdi].

Imam Mahdi itu menyerupai Rasulullah s.a.w. dalam hal budi pekertinya, tetapi tidak menyamai dalam bentuk rupa atau bentuk tubuhnya, yakni tidak serupa perihal sifat-sifat badaniyahnya;- (Riwayat Abu Daud).

Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: Al-Mahdi adalah keturunanku, dahinya luas dan hidungnya panjang. Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kebaikan sebagaimana (sebelum itu) ia telah dipenuhi kezaliman serta penindasan dan beliau akan memerintah selama 7 tahun.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab al-Mahdi]

Imam Mahdi itu lebar dahinya, mancung hidungnya, seluruh isi bumi dipenuhi olehnya dengan kejujuran dan keadilan, sebagaimana yang sebelum itu penuh dengan kezaliman dan penganiyaan. Imam Mahdi menegakkan Syari'at Islam serta menghidupkan apa-apa yang sudah tercicir dari sunnah Rasulullah s.a.w. Sejak itu, Islam berjaya dan luhur ajarannya, sehingga dapatlah ditetapkan pemerintahnya di atas bumi;- (Riwayat Abu Daud).

Imam Mahdi dikurniai ketetapan kuasa dan di masa pemerintahannya amat luaslah rezeki umat, kerana memang betul-betul berlaku adil dan banyak pula harta yang diberikan. Ia menyebar-nyebarkan harta itu dengan merata, tanpa menghitung jumlah sama sekali;- (Riwayat Imam Muslim).

Dan ia (Imam Mahdi) menetap selama tujuh 7 tahun;- (Riwayat Abu Daud).

Pemberian Harta Tanpa Berkira Dari Pemerintahan Al-Mahdi;- Abu Sa’id r.a. berkata: “Demi Allah, tiap-tiap pemerintah yang kami telah alami adalah lebih buruk berbanding sebelumnya dan setiap tahun adalah lebih buruk dari sebelumnya dan saya dengar Nabi s.a.w, bersabda”: “Diantara pemerintah kamu akan ada yang memberi harta tanpa berkira. Akan tampil seorang yang akan meminta wang, lalu beliau berkata, “Ambillah” maka peminta itu akan membentangkan jubahnya dan dicurahkan wang kepadanya.” Baginda s.a.w, lalu membentangkan jubah tebal Baginda dan menunjukkan gaya peminta itu, kemudian Baginda menggenggam bucunya lalu bersabda, “Orang itu pun memikulnya dan pergi dari situ.”;- [Musnad Imam Ahmad, 3/98.]

Golongan Yang Sentiasa Menang;-Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya";- (Riwayat Bukhari).

Tanah Arab Akan Menghijau dan Dialiri Sungai-Sungai;- Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadi kiamat, sebelum jazirah Arab kembali menjadi padang rumput dan dialiri oleh sungai-sungai;- (Riwayat Ahmad).

Golongan Yang Selamat;-Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu 71 golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh 70 lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua 72 golongan, maka tujuh puluh satu 71 golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua 72 lagi akan masuk neraka." Sahabat bertanya: "Mana yang selamat?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mereka adalah jamaah.” (Golongan Ahlus Sunnah Wal-Jamaah);- (Riwayat Ibnu Majah).

Binatang Buas dan Benda-Benda Padat Berbicara

Binatang Buas Berbicara Dengan Manusia;- Dari Abu Said al Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: Demi Dzat yang telah menciptakan diriku dengan kekuasaan-Nya, tidak terjadi Hari Kiamat sehingga binatang-binatang buas berbicara dengan manusia, dan seorang berbicara dari pangkal cemetinya dan bawah sandalnya, mengkhabarkan keadaan keluarganya setelah ditinggal pergi.”;- (Riwayat Ahmad).

Tiga 3 Tahun Sebelum Datang Dajjal;- Asmah binti Yazid al-Ansariyah berkata, Nabi s.a.w. berkata Nabi s.a.w. bersabda: Selama tiga 3 tahun sebelum datang Dajjal, terdapat satu tahun di mana langit akan menahan 1/3 hujannya dan bumi akan menahan 1/3 hasilnya. Pada tahun kedua, langit akan menahan 2/3 hujannya dan bumi akan menahan 2/3 hasilnya. Pada tahun ketiga, langit akan menahan semua hujannya dan bumi akan menahan semua hasilnya dan sekelian haiwan akan mati. Inilah ujian yang dahsyat. Dajjal akan mendapatkan seorang Badwi dan berkata, “Sekiranya saya menghidupkan unta-unta anda, adakah anda akan mengaku saya tuhan anda?” Jawab Badui itu, “Ya.” Maka syaitan-syaitan akan menyamar menyerupai unta-untanya dengan tetek yang penuh susu dan bonggol yang tinggi.” Kemudian Dajjal mendapatkan pula seorang yang bapa serta abangnya telah mati dan bertanya,”Adakah anda mengaku saya tuhan anda jika saya hidupkan bapa serta abang anda?” Kata orang itu, “Ya.” Maka syaitan-syaitan pun menyerupai bentuk bapa dan abangnya.” Baginda s.a.w. kemudian keluar untuk sesuatu dan kembali semula. Semua yang mendengar merasa gelisah akan berita tadi. Baginda s.a.w. berdiri di hadapan pintu dan bertanya, “Apa halnya wahai Asmah?” Daku berkata, “Ya Rasulullah, tuan telah menakutkan kami dengan kisah Dajjal.” Ujar Baginda, “Dia akan pasti muncul. Sekiranya daku masih hidup, aku akan menentangnya bagi pihak kamu, jika tidak, Allah SWT akan memelihara setiap Muslimin bagi pihak ku.”Daku bertanya, “Ya Rasulullah, kami tidak membakar tepung yang kami uli sehinggalah kami telah lapar. Bagaimana pula keadaan orang beriman waktu itu?” Ujar Baginda, “Zikrullah yang mencukupi penghuni langit akan mencukupi juga untuk mereka.”;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 6/455,456.] (Fakta Keadaan Terkini (Mei 2008): Isu Peningkatan Suhu Kepanasan Global Sejak Pada Pertengahan Tahun 2007 dan Masalah Kenaikan Harga Pasaran Makanan Sedunia Yang Meningkat kepada 87% dari tahun sebelumnya akibat kekurangan hasil pengeluaran makanan dan pertanian sedunia.)

Muka Surat Keratan Akhbar Berita Hangat Di Jazirah Arab Mengenai Kemunculan Pemuda Berambut Kerinting, Dajjal Bermata Satu:-

DAJJAL


Serbuan Musuh Islam Terhadap Kaum Muslimin;-Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'."Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati (berperang)";- (Riwayat Abu Daud ).

Peperangan Dengan Romawi;- Dhu Mukhammar berkata, bersabda Nabi s.a.w: “Kamu akan berdamai dengan kaum Romawi dan bersama mereka, kamu akan menakluki musuh di hujung Rom. Kamu akan menang dan memiliki banyak harta rampasan. Lalu kamu akan berkhemah di suatu padang rumput luas yang berbukit-bukau. Seorang dari tentera Romawi akan mengangkat salibnya dan melaung, “Kemenangan kepada salib!” lalu dibunuh oleh seorang dari tentera Islam. Maka kaum Romawi mengkhianati perjanjiannya dan berlaku peperangan. Mereka akan menghimpunkan tentera menentang kamu dengan lapan puluh 80 panji yang setiapnya diiringi oleh 10,000 tentera.”;- [ Musnad Ahmad, 9104; {Riwayat Abu Daud, Kitab al-Malahim, (Hadith 4271) ,11/397/399} ;{ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4089), 2/1369} ]

Kaum Muslimin Menghantar Satu Pasukan Perang Berani Mati;- Yusair ibn Jabir berkata, “Suatu ketika berlaku ribut merah di Kufah. Ada seorang bertanya, “Wahai Abdullah ibn Mas’ud, adakah Qiamat telah tiba?” Abdullah r.a yang sedang duduk bersandar berkata, “Qiamat tidak akan tiba selagi manusia tidak membahagikan harta pusaka atau tidak gembira dengan harta rampasan.” Sambil menunjuk ke arah Syam beliau berkata, “Musuh akan menghimpun tentera untuk menyerang kaum Muslimin dan berhimpun pula untuk menentang mereka.” Daku bertanya, “Adakah maksud kamu, Kaum Romawi?” Beliau berkata, “Ya! Waktu itu berlaku peperangan yang dahsyat. Kaum Muslimin akan menghantar satu pasukan berani mati. Mereka tidak akan kembali selagi tidak mencapai kemenangan. Mereka akan berjuang sehingga dihalangi oleh malam. Ramai yang terbunuh di kedua-dua belah pihak dan kedua-duanya kembali tanpa kemenangan. Pada hari ke-empat, kaum Muslimin yang masih tinggal akan meneruskan perjuangan dan Allah SWT akan menghancurkan musuh. Peperangan berlaku adalah yang belum pernah dilihat ngerinya sehingga seekor burung yang terbang di atas (tempat) mereka akan jatuh mati sebelum tiba di hujung medan. Daripada satu 1 keluarga seratus 100 orang hanya seorang yang hidup, maka bagaimana ia akan gembira dengan harta rampasan itu atau dapat membahagikan harta pusaka? Sedang mereka dalam keadaan begitu, maka terdengar pula satu berita yang lebih dahsyat lagi. Satu seruan berteriak, “Dajjal telah keluar pada keluarga kamu.” Maka bergegas kaum Muslimin berangkat meninggalkan rampasannya dan dihantar dahulu sepuluh 10 penunggang kuda untuk mengintip.” Nabi s.a.w. bersabda: “Daku mengetahui nama-nama mereka, nama bapa mereka dan warna kuda mereka. Mereka adalah tentera berkuda yang terbaik di atas muka bumi pada waktu itu.””;- [ (Riwayat Muslim, Kitab Al-Fitan 7/177,178) ;( Musnad Ahmad 1/384,385).]

Kaum Romawi berkhemah di A’mash atau Dabiq;- Abu Hurairah r.a. berkata, “Qiamat tidak akan tiba sehingga kaum Romawi akan berkhemah di A’mash atau Dabiq. Satu pasukan tentera yang terbaik waktu itu akan keluar dari Madinah menghadapi mereka. Apabila telah bersedia barisan mereka, kaum Romawi berkata, “Biar kami membuat keputusan dengan kaum kami yang ditawan (kamu) agar kami memerangi mereka.” Kaum Muslimin akan berkata, “Demi Allah, kami tidak akan serahkan saudara-saudara kami ( tawanan yang masuk Islam) kepada kamu.” Maka berlaku pertempuran. Satu pertiga (1/3) Muslimin akan lari dan Allah tidak akan mengampuni mereka. Satu pertiga (1/3) akan terbunuh dan mereka adalah syuhada’ yang terbaik di sisi Allah. Satu pertiga (1/3) akan menang, tidak lagi disesatkan dan berjaya menakluk kota Qonstantiniyah. Sedang mereka membahagi-bahagikan harta rampasan dengan pedang tergantung di pohon-pohon zaitun, Syaitan akan berteriak kepada mereka bahawa Dajjal telah keluar pada keluarga mereka. Mereka bergegas berangkat pulang dan apabila mereka tiba di Syam, didapati ianya tidak benar dan Dajjal muncul sewaktu kaum Muslimin sedang bersiap mengatur barisan perang mereka. Menjelang waktu solat, Isa ibn Maryam turun dan solat bersama mereka. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihat Baginda (Isa a.s), ia akan cair seperti garam yang larut di dalam air dan Allah akan menghancurkannya.”;- [Riwayat Muslim, Kitab Al-Fitan 8/175,176.]

Bebasnya Kota Konstantinopel, Pembangunan Baitul Maqdis sebagai tanda hancurnya Yatsrib ( Madinah ) serta keluarnya Dajjal setelah pembebasan Kota Konstantinopel;- Mu'adh ibn Jabal r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pembangunan Baitul Maqdis (di Jerusalem) akan diikuti dengan kemusnahan Yathrib (Madinah) dan disusuli peperangan yang sengit, dan timbulnya perang besar ini berhubungan dengan dibebaskannya kota Konstatinopel, sedang waktu dibebaskannya Konstatinopel inilah keluarnya Dajjal;- (Riwayat Abu Daud).

1 comment:

azryn|crew said...

saya akan cuba mencari apa yang anda maksudkan, jika saya dapatinya saya akan isi dalam blog ini. sama-samalah kita mencari ilmu Allah.. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi ilmu dengan saya yang dhaif ini