Suatu hari datang seorang lelaki berjumpa Rasulullah,lantas dia bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah akan berlakunya Qiyamah?Nabi tak menjawab soalan itu,sebaliknya bertanya: Apa pula bekalan kamu untuk menghadapinya?Jawab lelaki itu: Aku tiada bekal amalan yang banyak, melainkan aku amat cintakan Allah dan RasulNYA..Nabi bersabda: Sesungguhnya seorang itu akan bersama dengan siapa yang dicintainya (المرء مع من أحب)”
- Riwayat Bukhari & Muslim
- Riwayat Bukhari & Muslim
ٍYa, setiap insan akan bersama dengan siapa yang dikasihinya pada hari Mahsyar..
Anas bin Malik sebaik mendengar hadith ini berkata: Tidak ada sesuatu yang lebih menggembirakan kaum Muslimin selain dari mengetahui hadith ini..dan aku mencintai Rasulullah, Abu Bakar dan Omar dengan harapan aku dikumpulkan bersama mereka oleh Allah di hari Mahsyar,sekalipun amalanku tidak sama dengan amalan mereka..
Itu kata Anas bin Malek,seorang tabi’i..?Sekarang renung pula diri kita,Apa yang pula yang kita cintai? Kekasih hati? Artis? Pelakon Angelina Jolie & Bradpitt? Harta kekayaan dan anak-anak? pemimpin politik rasuah yang banyak bagi habuan dunia sewaktu kempen? Ataukah para ulamak dan orang-orang soleh?
Aduh,keliru..hari-hari ini dilalui dengan mendengar muzik-muzik rock kapak yang melalaikan, menonton filem lakonan pelakon pujaan Kiera Nightly yang bertubuh seksi itu , sesekali membeliakkan mata melihat tarian Aishwarya Rai dan Shahrukh Khan dalam filem hindi. Tom Cruise dan Jet Lee juga aku suka lantaran kehebatan mereka dalam melakonkan aksi ngeri..Bagaimana pula rakan-rakan aku? Apa, aku bertemankan individu yang tidak solat, culas puasa, kaki clubbing, minum arak, sesekali menghabiskan masa bersama mereka melepak-lepak di kotaraya untuk ‘cuci mata’ melihat gadis-gadis liar..
Argh,parah! Kalau macamni,masakan ada peluang untuk ku rebut tempat bersama para Anbiya’, sahabat, ulamak dan para solehin? Kuliyah-kuliyah agama terasa panas untuk dihadiri..Ayat-ayat al-Quran dah lama tidak meniti di bibir..Selawat kepada Rasulullah jarang aku lafazkan.
Ya Allah, aku dah terlalu jauh dari jalanMU, tidak langsung miliki waktu untuk muhasabah diri, ibadah aku menduduki tempat paling tercorot dalam carta kehidupan..Air mataku tidak pernah tumpah apabila mendengar ayat-ayat yang membicarakan kedahsyatan azab nerakaMU..Ampunilah segala dosaku Ya Allah..Masukkanlah aku ke dalam syurgaMU yang paling tinggi..Amin
1 comment:
Terima Kasih, diatas perkongsian ilmu Allah SWT. ana juga mengharap ilmu Allah disebarkan supaya segala kejahilan dipenuhi dengan cahaya Ilmu Allah SWT. itulah sahaja yang ana dapat usahakan.Sama-samalah kita berdoa agar mereka yang yang menyintai Allah SWT makin bertambah ramai dari masa ke semasa.
Post a Comment