Maklumlah masing-masing mahu menjadi pintar,betulkan..hahah Aku pun mahu,bijak sentiasa cemerlang dalam peperiksaan.Ada yang berangan-angan owhhhh alangkah bagus kalau tidak bertungkus lumus siang dan malam untuk ulangkaji pelajaran,cuma tidur pastu ilmu yang dipelajari akan datang dalam mimpi tidak perlu berusaha..huhuhu tapikan,tapikan,dan tapikan.
Sebenarnya, kepintaran yang Allah kurniakan itu mungkin boleh jadi ujian dan fitnah yang maha besar kepada pemiliknya jika ia tidak disalurkan mengikut jalan yang betul.Mana tidaknya,mana la tahu pemilik IQ tinggi ini terus hanyut dilambung pujian.
Ini yang boleh merasa taksub dan riya’ sebab dengan kebolehan sendiri sehingga sewenangnya memperkecilkan keupayaan dan kebolehan orang lain yang dianggap tidak mencapai standardnya(dah ramai macam ni).Lebih merisaukan sekiranya golongan yang memiliki kepintaran melampau ini gagal mengawal perasaan, lantas menggunakan mindanya yang genius pada perkara yang bertentangan dengan Islam seperti merompak, menipu, menghasilkan teori-teori jahat, mencipta sistem yang menguntungkan diri sendiri tapi dalam masa yang sama merosakkan orang lain.
Kembali pada asas agama yang tentunya Islam.Rasulallah adalah model terbaik dalam menangani dan membentuk potensi individu.Apa yang baginda lakukan adalah memahami terlebih dahulu potensi yang dimiliki oleh seseorang individu untuk tindakan lanjut yang sewajarnya.Rasulullah melihat kepada kesesuaian bakat yang dimiliki oleh seseorang.
Sebagai contoh, bila mana Abu Dzar meminta untuk dilantik sebagai amir (ketua) , Rasulallah terus mengingatkan beliau bahawa kepimpinan adalah sesuatu yang berat sedangkan Abu Dzar lemah dalam aspek kepimpinan.Meskipun petah bercakap, namun tugas sebagai pemimpin bukanlah selayaknya untuk beliau.
Apa jua ilmu yang dimiliki perlu diseimbangkan.
Maksudnya,perlu ada tawazun (kesimbangan) aqliah dan naqliah.Tidak boleh berfikir menjangkau batasan yang dibenarkan.Sebagai contoh dalam persoalan roh.Allah melarang manusia mengkaji terlalu mendalam mengenainya kerana ia adalah urusan-Nya. Cukup sekadar mengetahui menurut apa yang telah Allah jelaskan di dalam Al-Quran dan penerangan daripada RasulNya.
Persoalan keadilan amat dititikberatkan dalam Islam meskipun terhadap kanak-kanak. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. kanak-kanak diberi ruang dan nafas untuk hidup dan bersosial sebagaimana yang selayak dengan usianya tanpa terlalu memberikan tekanan kepada mereka.
Semua ilmu dan kepandaian yang dimiliki adalah milik Allah.Kita hanya sebagai wasilah(perantara).Andai pernah merasa ujub (takjub) dengan diri sendiri kerana ilmu yang dimiliki,cuba renungkan kembali.
Adakah mampu untuk kita membina sebuah sarang berbentuk heksagon yang begitu kemas tanpa sebarang peralatan dengan ukuran sudut yang sama tanpa meninggalkan sedikit pun ruang di tengah-tengahnya sebagaimana yang mampu dilakukan oleh lebah kecil yang baru berusia 12 hari?Jika belum mampu, jadi terimalah hakikat bahawa sesungguhnya Maha Suci Allah..tiada kami memiliki ilmu ( la ilma la na ) melainkan apa yang Engkau ajarkan sahaja…
Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(Al-Baqarah : ayat 32)
No comments:
Post a Comment