Menghabiskan waktu malam dengan bermunajat kepada Ilahi
Berbekalkan Hidayah berhubung dengan Allah SWT
Semoga Kesengsaraan dan Penderitaan Umat Islam menjadi bekalan ke Syurga
Dalam penderitaan zuriat yang mengenali Ilahi disemai dengan penuh harapan kemenangan
Penderitaan ku adalah Hadiah Paling Berharga Anugerah Ilahi
Terus berjuang dengan penuh kenikmatan kesabaran dan kesyukuran kepada Allah SWT
------ Nota---- Hadiah kepada Pencinta Bahasa Allah SWT ----
Dengarlah dengan penuh kesedaran kepada mereka yang Cintakan Bahasa Allah SWT,
Hanya insan yang memiliki Mata hati sahaja yang sentiasa melihat Zhat Allah SWT.
Insan yang memiliki 2 biji mata hanya melihat dunia yang berada dihadapannya dan buta untuk melihat Kebesaran Allah SWT.
Semoga anda berusaha memahami Bahasa Allah SWT.
Seorang Teman saya dari amerika yang memeluk Islam dan berkahwin dengan wanita Fatani, semasa dalam kesakitan sebelum menemui Allah SWT, dia sentiasa meminta isteri tersayangnya membaca Al-Quran di sisinya, walaupun dia tidak memahami Bahasa Arab tetapi dia merasakan bahawa dia memahami Bahasa Al-Quran dan tenang mendengar Al-Quran.
Segala kesakitannya terubat dan hilang apabila mendengar Ayat - Ayat Suci Al-Quran.
Sesungguhnya Allah SWT akan memberi kefahaman dan Hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki lihat video dibawah :
Yakinlah Kemampuan Allah SWT.
Yakinlah kemampuan Allah SWT mengazab segala dosa yang telah kita lakukan secara sembunyi daripada pandangan makhluknya.
No comments:
Post a Comment