"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, May 17, 2011

Masih menyesal walau telah berada dalam Syurga Allah SWT

Alhamdulillah sekali lagi atas kesihatan yang dikurniakan Allah SWT. Persoalan utama pada hari ini ialah 'Mengapa di akhirat nanti orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal?? Jawapan bagi persoalan ini adalah suatu jawapan bagi perkongsian buku pada kali ini iaitu sebuah buku yang bertajuk 'Solat Sunat Pilihan' sebuah karya dan hasil tulisan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.Apa kena mengena dengan buku 'Solat Sunat Pilihan' dengan menyesal masuk syurga?? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukanlah daripada amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat. Mereka amat menyesal kerana di dunia dahulu kurang melakukan amalan sunat berbanding orang yang mendapat kelebihan kerana amalan sunat mereka.
Buku Solat Sunat Pilihan adalah salah sebuah buku keluaran Telaga Biru mengandungi penerangan tentang Solat Rawatib, Solat Dhuha, Solat Witir, Solat Tahajud dan Solat Hajat. MasyaAllah sebuah buku yang begitu menraik sekali tulisan dan penjelasannya.
Ingin berkongsi pengalaman membaca buku ini iaitu pada ketika membaca tentang Solat Dhuha barulah mengetahui tentang begitu banyak sekali kelebihan mereka yang Istiqamah dalam melakukan Solat Dhuha begitu juga penjelasan tentang solat-solat sunat pilihan yang lain.
Buku ini berharga Rm19.90. Tidak rugi rasanya melaburkan sedikit wang untuk memiliki sebuah buku yang mempunyai begitu besar manfaatnya pada diri kita untuk masa hadapan.Oleh itu dapatkn buku ini di pasaran. Semoga buku ini memberi manfaat kepada para pembaca dalam mendalamkan ilmu tentang amalan solat sunat pilihan insyaAllah...=)
Rujukan :

No comments: