"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Friday, June 24, 2011

10 Fadhilat membaca Al-Quran Al-Karim

http://i306.photobucket.com/albums/nn264/handzalah_nur86/readquran.jpg
Dari Aisyah r.a; telah bersabda Rasullulah s.a.w.
"Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah Al- Quran yang mulia."
 
1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, berbanding sembahyang sebesar-besar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2. Pahala membaca A-Quran : 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.
4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
5. Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran - Dalam sembahyang - 100 kebajikan. Di luar sembahyang berwudhu’ - 50 kebajikan, Tanpa wudhu’ - 10 kebajikan
6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan putus, mengikut Ibnu Abbas.
7. Keselamatan daripada api neraka.
8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para Malaikat.
9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
10. Pembaca akan memperolehi keamanan.
Rujukan :

No comments: