"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Monday, August 15, 2011

Bukti otak kita sentiasa sujud kepada Allah SWT


Adakah kita sedari bahawa otak kita seperti orang yang sedang sujud?

"Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin.Dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?" (Adz Dzariyat: 20-21)
Maha Suci Allah!
Mari kita perhatikan satu hikmah lagi, iaitu hikmah sujud yang mempunyai hubungkait dengan kejadian otak.
Prefrontal Cortex (seperti dalam gambar di atas) adalah "decision maker" bagi manusia untuk merancang, berfikir dengan waras, rasional, kreativiti, merancang masa depan, berfikiran kritis dan banyak lagi sifat yang membezakan antara manusia dan haiwan.
Apabila kita sujud, yakni di dalam solat, jantung akan menjadi lebih tinggi daripada otak, maka darah akan turun ke bahagian ini. Ini akan menyebabkan keseluruhan bahagianprefrontal cortex ini akan diperbaiki dan menjadi lebih baik. Hasilnya, mukmin boleh membuat keputusan yang lebih bijak, boleh berfikir mana yang baik dan buruk, dan boleh mencegah daripada melakukan kemungkaran. Terbuktilah ayat al Quran yang menerangkan bahawa solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar (al Ankabut: 45).
Kenapa solat dan sujud dapat menenangkan hati ketika sedang stress?
Ketika stress, hormon adrenalin akan dirembeskan. Maka kadar pengaliran darah ke prefrontal cortex akan berkurangan kerana apabila berada dalam keadaan sebegini, dari segi fisiologinya, manusia akan bertindak pantas tanpa berfikir (flight or fight).
Jadi, bagi merawat stress ini, kita mestilah selalu sujud kepada Allah. Dengan sujud, kita dapat membuka lebih ruang kapilari darah untuk ke prefrontal area ini.
"...dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)." (al Alaq: 19)
Rujukan :
http://azansubuhkhamis.blogspot.com/2010/10/otak-seperti-orang-yang-sedang-sujud.html

No comments: