"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Friday, December 30, 2011

7 Tanda takut kepada Allah SWT

http://www.youtube.com/watch?v=9ohAlZYgD20&feature=related
Tanda-tanda takut kepada Allah SWT kelihatan dalam tujuh perkara :
1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.
2- Hatinya tiada permusuhan,kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.
3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda " Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat ".
4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda " Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka ".
5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara keTaatan kepada Allah SWT.
6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat , malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.
7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya' atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.
Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah SWT kepada mereka yang bertaqwa ( Takut kepada Allah SWT ).:
" Sesungguhnya orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air ( Syurga ) ". Surah Al-Hijr : 45.
Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali . M/S : 3-5.

No comments: