"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Thursday, October 31, 2013

Buang yahudi punya pemikiran,ramai tanda BENAR..Ambil dari Al-Quran.. SIKIT tanda BENAR



‎[[Buang yahudi punya pemikiran,ramai tanda BENAR..Ambil dari Al-Quran.. SIKIT tanda BENAR]]

“(Orang-orang yang meyakini Allah berkata), ‘Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar” – surah Al Baqarah:249

Al Quran mencela golongan-golongan majoriti (ramai), tetapi di dalamnya hanya dipenuhi oleh orang-orang yang tidak menggunakan sepenuh akalnya dan beriman kepada Allah dalam erti kata mematuhi dan melaksanakan segala perintahNya. Firman Allah Taala, 

“…Akan tetapi kebanyakan mereka tidak memahaminya” – surah Al Ankabut:63

“…Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” – surah Al A'raf:187

“…Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman” – surah Hud:17

“..Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur” – surah Al Baqarah:243

akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya) Ar-Ruum - ayat 56
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)"Al-Jaathiyah - ayat 26
akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya)Al-Munaafiquun - ayat 7
Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka)."An-Nisaa' - ayat 46
akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu"Az-Zukhruf - ayat 78'
akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu)."Ghaafir - ayat 59
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)."Saba' - ayat 28
akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (balasan yang akan menimpa mereka kalau mereka enggan beriman)."Al-An'aam - ayat 37
akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.Al-Maaidah - ayat 81
akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. Ghaafir - ayat 61




[[Ramai yang menyesatkan]]
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah...” – surah Al An'am:116

Pada masa yang sama, Al Quran menyebut bahawa hanya sedikit golongan yang berkualiti imannya, “...Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan amat sedikitlah mereka ini...” – surah Shod:24

“...Dan sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur” – surah Saba’:13

Dalam hal ini dijelaskan bahawa kualiti seseorang hamba itu lebih diberi keutamaan berbanding kuantiti mereka itu sendiri. Namun tabiat manusia lebih gemar kepada kuantiti, ramai atau jumlah yang mampu menonjolkan sesuatu kemegahan. Tetapi malanglah jika kita tidak melihat di sebalik jumlah yang banyak itu, Allah lebih mengutamakan hakikat isinya bukan formasinya.

No comments: