"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Wednesday, December 18, 2013

siapa Ahli hidayah?




Ahli hidayah itu adalah dari keturunan Rohani Rasulullah saw yang menunjukkan jalan untuk mendapatkan hidayah Allah taala.Dan mengikut syariat yang ditetapkan didalam alquran dengan mengikut secara tertib,tertil,susunan didalam segala hal walaupun didalam hall beramal iaitu amalan yang tidak disentuh lagi dizaman ini(kembali asing akan ilmu iman ini) iaitu ILMU iman yang dibangsakan Mengenal akan Roh,Malaikat,Nur...Iman itu adalah Cahaya Nur(tertulis di dalam alquran) Allah taala yang mencipta Nur,dan tugas siapa yang menyampaikan Nur itu?tugas para malaikat iaitu malaikat utusan Allah,dan menyampaikan Nur itu kepada Roh yang bersih suci,siapa roh yang suci bersih tu iaitu Roh bernafsukan mutmainnah,dan bagaimana Roh mutmainnah bersih suci itu hadir?kerana seorang itu melaksanakan amanah perjanjian didalam perut ibu yang dibangsakan alam Roh(bukankah bayi itu ahli syurga?dan bersih suci(nafsu mutmainnah)?bukankah ahli syurga itu yang bernafsukan mutmainnah,radiah,mardhiah,kamaliah(tertulis didalam alquran)dan membersihkan hati dengan zikrullah untuk merapatkan/sebatikan kembali dengan Roh mutmainnah dan mengikut syariat dalam beramal.Mana letaknya amalan ini? ia terletak pada amalan syahadah Rukun islam pertama.Kenapa pada rukun islam pertama?

Kerana didalam Rukun Islam pertama itu mempunyai 2kalimah syahadah.
Kalimah Tauhid Lailahaillallah Mempercayai Hanya Allah Taala sahaja yang Esa(Diri mempercayai Allah taala esa,Diri Islam)
Kalimah Rasul iaitu MuhammadRasulullah,Rasulullah saw punyai Hati,dimana Cahaya nur (Iman)itu terletak kalau bukan dihati?


Disini Tauhid+Iman iaitu sesudah ISLAM wajibkan diri BerIMAN,kerana Allah dan Rasulullah saw mengajak kepada Beriman.Itu kerana Rukun islam pertama itu adalah 2kalimah syahadah iaitu Tauhid tanda islam,Iman tanda mengikut Perintah Allah iaitu Alquran dan Rasulullah..Ini dipanggil ILMU iman pada Amalan syahadah.

Dan juga Perintah Alquran yang turun secara Berperingkat itu pula adalah Surah Al-Alaq 
1-5
 rasulullah menunjukkan  amalan iman sebagaimana yang allah firman dalam ayat pertama yang turun " iqraq bismirabbikal lazi kholak " ertinya Sebutlah NAMA ALLAH yang menjadikan...(dimana nak sebut)..kholakal insan namin alaq.. (sebutlah dihati..kamu jadi insan)..iqraq warabbukal akram... Bila kamu dah insan, kamu sebut allah, allah memuliakanmu...allazi allamabil kalam, baru allah ajar kamu dengan kalam, allamal insan nama lam ya lam...dan barulah allah ajar kamu apa yang tak kamu ketahui...

Perintah susunan ayat Alquran diturunkan secara berperingkat itu menunjukkan Membersihkan hati dengan menyebut nama Allah iaitu zikrullah,dimana mahu zikrullah itu?iaitu zikrullah dihati(sebut Allah dihati) .TANDA bersih hati itu adalah,hati sudah dapat mendengar sebutan Allah dengan Sendirinya/seluruh anggota jasad turut berzikrullah,dan berhubung dengan Roh insan iaitu Roh mutmainnah barulah hadirnya Malaikat utusan Allah serta Nur ciptaan Allah taala.

Disini adalah penerangan serba sedikit tentang Amalan syahadah iaitu Ilmu iman yang dibangsakan  perjanjian dialam Roh atau didalam perut ibu,Amalan syahadah punyai syarat,rukun,kafiat,adab dan didalam alquran sebut sekiranya  tidak mengetahui sesuatu perkara,ketamulah ahli zikr iaitu ahlu hidayah.Apa yang saya masukkan ini adalah penerangan dari ahli hidayah,iaitu keturunan Rohani Rasulullah saw...

Syariat dan hakikat perlu dijamakkan,
Fiqh dan tasawwuf perlu dijamakkan,
supaya sesuatu ilmu dan amal itu elok dan kemas.

No comments: