"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 31/7/2015 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Saturday, June 18, 2011

Mereka yang paling hampir dengan Neraka Allah SWT

http://www.hawahome.info/uploaded/33422/1165318617.gif
أويس القرني
Uwais A-lQarni berkata :
1- Orang yang mengenal Allah SWT sebagai sahabat tidak akan bersahabat dengan makhluk.
2- Tidurlah dengan mati disampingmu ( sentiasa anggap mati itu sangat hampir )  dan bila bangun daripada tidur janganlah kamu sangka akan hidup lama lagi.
3- Anggaplah Al-Quran seperti Nabi Khidir yang memimpinmu dalam perjalanan. Jangan kamu lupa kepada kematian. Sentiasalah solat.
4-Ingatlah,  malam itu untuk beribadat bukan untuk kamu  tidur.
5- Hendaklah kamu khusyuk dalam solat sehingga ketika kamu sujud kamu tidak merasakan kesakitan jika tombak dilontarkan kepada kamu.
6- Siapa berpakaian indah, makan makanan yang lazat, berkawan dengan kawan yang kaya raya, maka dia lebih hampir  ke Neraka daripada urat lehernya sendiri.
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya'. m/s : 11.

No comments: