Abu Muhammad Imam Jaafar As-Sodiq berkata :
1- Di hari pembicaraan nanti, anda tidak akan ditanya tentang harta benda atau pangkat atau nenek moyang anda atau penndapat anda. Anda akan ditanya tentang amalan kerohanian yang telah anda lalui dan ibadat yang telah anda lakukan.
2- Allah SWT tidak akan dicapai sehingga kita benar-benar mahu bertemu denganNya, seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.
3- Adalah merupakan satu dosa jika berputus asa dalam Ibadat.
4- Orang yang bertaubat setiap kali tidak sengaja melakukan dosa adalah Orang Yang Dikasihi oleh Allah SWT.
5-Rahsia itu dibukakan kepada ku ketika aku tenggelam dalam Cinta Allah SWT.
6- Orang yang tidak putus-putus berusaha dan menyerahkan semua peribadatannya kehadhrat Allah SWT adalah orang yang menduduki Syurga. Orang yang bergantung ke atas dirinya sendiri dan menjadi hamba kepada hawa nafsu akan ditempatkan di Neraka.
Rujukan:
Kitab Tazkirah Auliya'. m/s: 10.
No comments:
Post a Comment