"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Sunday, March 27, 2011

10 Jawapan Al-Imam Abu Hanifah Tentang Ketuhanan

http://farm4.static.flickr.com/3401/3182878595_95640512a2_o.jpg
Bilamana sampai al-Imam Abu Hanifah bersama gurunya yang mulia al-Imam Hammad radhiyallahu anhuma di tempat perdebatan, seraya al-Imam Abu Hanifah berucap : 
Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, Cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini
Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian anak muda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bilamana al-Imam Abu Hanifah duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan :
Soalan Pertama 
"Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?"
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab : Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak 
Soalan Kedua
“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :
Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya
Soalan Ketiga“ Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"
Al-Imam Abu Hanifah menjawab : Kamu pandai mengira?
Kelompok Atheis itu menjawab :
Tentu sekali kami pandai mengira”
Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya: Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor Empat (4)?
Mereka menjawab : “ Nombor 3”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”
Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”
Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”
Mereka menjawab : “Tiada”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan : Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.
Persoalan diteruskan.
Soalan Keempat 
“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Al-Imam Abu Hanifah : Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?
Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”
Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.
Soalan Kelima 
“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"
Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.
Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Mereka menjawab : “ Tentu sekali”
Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka. 
Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”
Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya: Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?
Soalan Keenam
“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka :
“ Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"
Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata : “ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”

Soalan Ketujuh
“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagipengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab :
Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya : Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu

Soalan Kelapan
“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”
Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.
Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat. Al-Fatihah.
Tamat
Soalan Kesembilan
Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka al-Imam menjawab dengan tenang :
Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu
Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah. 
Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab :
Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).
Rujukan :

8 Ribu tentera amerika memeluk Islam

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTPqUI3-4GgDYsdzN0M6yyFTuAYgKXUEy6iI2Q2fzuaia5p0IsY
Oleh RAZALI ENDUN
Sepanjang usia hampir 70 tahun saya memang tidak pernah berpuasa di luar negara. Ke Makkah menunaikan umrah pun bukan pada bulan Ramadan. Entah macam mana pada tahun 2009 ini Allah mengerakkan hati saya dan isteri untuk mengunjungi anak, menantu dan cucu-cucu di United Kingdom. Kami berangkat ke UK pertengahan Julai lalu dan berada di sana sehingga hujung September. Ini bermakna tahun ini kami berpuasa dan berhari raya  di rantau orang.
Memang pun hasrat hati mahu berpuasa dan berhari raya di UK. Kebetulan jatuh pada musim panas, jadi tidaklah risau sangat dengan cuaca sejuk.
Keinginan untuk melihat bagaimana kaum Muslimin di UK berpuasa dan berhari raya sangat mendesak, maka kami tekalkan hati datang bercuti di sini di samping mengunjungi anak dan menantu yang sedang belajar.
Kami sampai di lapangan terbang Heathrow, London jam 5 pagi waktu tempatan. Siang membuka tirainya dan cahaya matahari menerangi bumi.
Waktu Subuh jam 3.19 pagi, manakala waktu Maghrib pula  jam 9.15 malam. Ini bermakna waktu siang 17 jam, manakala malam waktunya amat pendek.
Ini bererti bulan puasa tahun ini tempoh siangnya antara 15-17 jam. Wow! Teruja juga iman.
Anak saya belajar di Universiti Loughborough, dua jam perjalanan dengan kereta dari kota London. Pekannya kecil, aman dan tenteram. Tidak ramai orang Islam di sini, barangkalisekitar ratusan orang sahaja. Yang ramai orang Bangladesh, India, Pakistan, Afrika dan Arab. Orang Malaysia rata-rata terdiri daripada pelajar di universiti berkenaan.
Amat payah untuk mengenali antara satu dengan yang lain kecuali apabila bertemu ketika solat Jumaat atau tarawih. Hanya melalui pakaian sahaja (berketayap bagi lelaki dan berjiblab bagi muslimah) dapat dipastikan mereka beragama Islam. Memang ramai orang negro dan keturunan India, tetapi ramai juga mereka bukan beragama Islam.
Orang keturunan India ramai yang  berniaga di sini  sama ada membuka kedai runcit, bar (minuman keras), surat khabar dan kedai menjual kain baju. Di pekan kecil ini hanya terdapat sebuah  sahaja kedai Islam (Bangladesh) yang menjual makanan halal.
Maka umat Islam di sini bertumpu di kedai ini untuk mendapatkan bekalan makanan halal. Walaupun begitu, makanan ringan dan buah-buahan masih boleh dibeli di kedai-kedai lain.
Terdapat sebuah sahaja masjid di pekan ini yang terletak di pinggir bandar. Bangunan masjid ini asalnya bangunan rumah kediaman dan diubah suai untuk dijadikan masjid. Ia baru dibesarkan maka keluasannya boleh menampung hampir 200 orang jemaah.
Masjid ini dikendalikan masyarakat Bangladesh, malah imamnya  juga berasal dari negara itu. Walaupun khutbah Jumaatnya dalam bahasa Arab, namun bahasa perhubungan di masjid itu menggunakan bahasa Benggali dan Inggeris.
Pada hari Jumaat penuntut Islam Universiti Loughborough dan sekitarnya, mendirikan solat Jumaat di dalam kawasan kampus. Setiap Jumaat dewan bola jaring digunakan untuk solat Jumaat. Dewan ini agak besar, boleh menampung sekitar 80-100 orang jumaah.
Para imam Jumaat terdiri daripada pelajar universiti sendiri dan secara bergilir-gilir. Biasanya mereka yang berketurunan Arab dan Negro menjadi imam solat Jumaat ini. Khutbahnya dalam bahasa Inggeris kerana makmumnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan mereka  memahami bahasa itu.
Untuk solat tarawih pula diadakan di sebuah surau khas dalam kawasan universiti itu. Pihak universiti memberi kebenaran kepada kaum Muslimin untuk mengamalkan ibadat mereka di situ.
Di surau ini juga tidak ada imam  tetap tetapi terdiri daripada pelajar universiti atau di kalangan Ahli Jawatankuasa surau yang mengendalikan surau tersebut. Biasanya mereka dari orang Arab yang hafiz al-Quran.
Sunat tarawih dibuat 8 rakaat dan disusuli 3 rakaat sunat witir. Tarawih malam pertama lagi sudah dibaca doa qunut yang panjangnya lebih lima minit.
Selepas tarawih diadakan tazkirah oleh seorang saudara baru berbangsa Inggeris dalam bahasa Inggeris. Beliau menyentuh banyak perkara termasuk hadis, akidah, solat dan hal ehwal semasa. Tazkirahnya lebih kurang 10 minit sahaja sebelum jemaah pulang.
Nama beliau ialah Mathewes Dawood, berusia 71 tahun. Beliau pada asalnya penganut Kristian dan  memeluk Islam ketika berusia 32 tahun setelah diberi Hidayah oleh Allah SWT. Beliau bekas tentera British dan jiwanya selalu gelisah dan tidak tenteram. Ada semacam kekosongan dalam  hatinya.
Maka pada suatu hari beliau pergi ke beberapa buah gereja dan bertanyakan beberapa paderi, berkaitan dengan Maryam, Ibu Nabi Isa a.s, benarkan Isa itu anak Tuhan? Paderi-paderi itu tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan.
Di samping itu beliau membeli dan membaca buku-buku berkaitan agama Yahudi, Hindu, Buddha dan Islam untuk dibuat perbandingan. Pada suatu hari beliau pergi mengunjungi rumah seorang imam berbangsa Pakistan di Oxford.
Dia mengetuk pintu rumah imam itu dan memberitahu dia mahu memeluk Islam. Imam itu ragu-ragu dan menasihatkannya supaya memahami dahulu agama Islam sebelum berkeinginan memeluk Islam.
Keinginannya mahu memeluk Islam meronta-ronta. Maka beliau pun mengikuti solat berjemaah di suaru atau masjid, mendengar tazkirah walaupun belum melafazkan Syahadah.
Pada suatu hari beliau sekali lagi pergi ke rumah imam tersebut dan setelah beliau dapat meyakinkan imam itu, beliau diminta  melafazkan kalimah syahadah di depan beberapa saksi. Maka dengan itu sahlah dia menjadi Islam secara rasmi.
Setelah beberapa lama kemudian beliau pergi ke Pakistan untuk melawat keluarga imam tersebut. Di Pakistan dia berkahwin dengan adik perempuan imam itu. Setelah itu beliau melawat beberapa negara Timur Tengah termasuk menunaikan haji di Makkah.
Beliau kemudiannya menjadi pendakwah bukan sahaja di kalangan orang Inggeris malah di kalangan bangsa asing.
Ketika di Arab Saudi beliau bersama-sama pendakwah lain berdakwah kepada tentera Amerika yang di tempatkan di situ. Seramai 8,000 tentera Amerika (AS) diIslamkan. Dan pada Perang Teluk berikutnya beberapa ribu lagi berjaya diIslamkan.
AS semakin bimbang kerana ramai askarnya diislamkan. Katanya, sebab itu AS marah pada negara-negara Islam seperti Iran, Sudan dan kumpulan Hamas dan Hizbullah.
Apa yang mengagumkan saya ialah  usaha Mr Dawood sungguh menakjubkan, sanggup berdakwah ke mana sahaja. Beliau benar-benar mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Sebagai seorang yang dilahirkan Islam kita patut berasa malu dengan kegigihan beliau berdakwah demi mengembangkan Islam.
Maka benarlah Islam itu agama Allah dan Allah tetap menjaganya di mana-mana sahaja waimma di negeri yang bukan Islam. Walaupun umat Islam minoriti bilangannya, namun Islam tetap menjadi pegangan mereka selagi akidah mereka terus teguh pada ajaran Islam dan dibenar mengamalkan agama mereka oleh pemerintah yang bukan Islam.

Saturday, March 26, 2011

24 Syarat untuk Memustajabkan Doa

http://awzan.com/greetings/relief2.gif
Etiket dalam doa dan alasan untuk jawabannya:
1 - Ikhlas  kepada Allah SWT.
2 - Kita harus memulakan memuji dan memuliakan Allah SWT dan kemudian berselawat dan Salam  kepada Rasulullah SAW dan keluarga baginda serta sahabat Baginda.
3 - Yakin dengan penerimaan Allah SWT pada doanya.
4 - Berdoa dengan penuh adat sopan dan tanpa gopah-gapah.
5 - kehadiran hati dalam doa atau berdoa dengan sepenuh hati.
6 - berdoa untuk dalam keadaan susah dan senang.
7 - Jangan berdoa selain daripada Allah SWT.
8 - Bukan berdoa dengan tujuan wang, anak, keluarga dan orang lain.
9 - Merendahkan suara, suara diantara takut dan nyaring.
10 - Mengakui perbuatan dosa dan memohon keampunan daripada Allah SWT, mengakui nikmat Allah SWT dan bersyukur kepada Allah SWT.
11 - Tidak merasakan doa sebagai satu bebanan.
12 - Merendah diri, khusyuk dan berharap dengan Allah SWT.
13 - Memohon agar orang  yang menzalimi diberi balasan oleh Allah SWT dan bertaubat kepada Allah SWT.
14 - Mengulangi  doa dengan tiga kali.
15 - Mengadap kiblat.
16 - Mengangkat tangan semasa berdoa.
17 - Mengambil wudhuk  sebelum berdoa.
18 - Jangan berlebihan pada saat berdoa.
19 - Berdoa untuk diri sendiri kemudian berdoa untuk orang lain juga.
20 - Menyeru nama Allah SWT yang Maha Suci atau menyebut kebaikkan yang telah dilakukan.
21 - Makanan, pakaian dan minum dari sumber yang halal.
22 - Tidak berdoa dengan perkara-perkara dosa atau untuk memutuskan hubungan Silatul Rahim.
23 - Menyeru kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
24 - Jauhkan diri daripada dosa.
الدعـــــــاء المستجاب.
الدعاء هو العباده وقال ربكم ادعوني استجب لكم))
قال صلى الله عليه وسلم ((مامن مسلم يدعو الله بدعوه ليس فيها اثم ولا قطيعه رحم الا اعطاه الله بها احدى ثلاث:اما ان تعجل له دعوته واما ان يدخرها له في الاخره واما ان يصرف عنه من السوء مثلها قالوا اذا نكثر قال:الله اكثر))
من اداب الدعاء واسباب الاجابه:
1-الاخلاص لله
2- ان يبدا بحمد الله والثناء عليه ثم بالصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ويختم بذلك.
3-الجزم في الدعاء واليقين بالاجابه
4-الالحاح في الدعاء وعدم الاستعجال.
5-حضور القلب في الدعاء
6-الدعاء في الرخاء والشده
7-لا يسال الا الله وحده
8-عدم الدعاء على الاهل والمال والولد والنفس
9-خفض الصوت بالدعاء بين المخافه والجهر
10-الاعتراف بالذنب والاستغفار منه والاعتراف بالنعمه وشكر الله عليها
11-عدم التكلف والسجع في الدعاء
12-التضرع والخشوع والرغبه والرهبه
13-رد المظالم مع التوبه
14-الدعاء ثلاثا
15-استقبال القبله
16-رفع الايدي في الدعاء
17-الوضوء قبل الدعاء ان تيسر
18-ان لايتعدى في الدعاء
19-ان يبدى الداعي بنفسه اذا د\عاء لغيره
10-ان يتوسل الى الله باسمائه الحسنى وصفاته العلى او بعمل صالح قام به الداعي نفسه.
11-ان يكون المطعم والملبس والمشرب من الحلال
12-لا يدعو باثم او قطيعة رحم.
23-ان يامر يالمعروف وينهى عن المنكر
24-الابتعاد عن المعاصي.

Gadafi turut menyertai tunjuk perasaan untuk menjatuhkan kerajaannya

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/182748_193568680661217_156837317667687_670409_8095150_n.jpg
Gadafi dikatakan turut menyertai tunjuk perasaan untuk menjatuhkan kerajaannya.

Jawapan : Siapakah yang menjadikan Allah SWT ?

Sila dengar dengan penuh perhatian, agar anda menjadi Insan yang paling yakin dengan kewujudan Allah SWT.
Fakta yang dikemukakan dalam video ini adalah:
1-Sifat Pencipta dan Kena Cipta tidak sama sekali. Contohnya : Tukang pintu dengan pintu tidak akan memiliki sifat yang sama, persamaan ini memang tidak wujud dan mesti diyakini 100%.
2-Sifat Allah SWT tidak akan menyamai dengan sifat makhluk, manusia tidak boleh menyifat sifat Allah SWT dengan akal., manusia tidak tidak boleh menggunakan akal untuk mencari rahsia sifat-sifat Allah SWT.
3-Kelajuan perjalanan planet tidak boleh dikira tetapi mesti manusia tetap menerima fakta kecepatan tersebut.
4-Pertanyaan yang timbul daripada akal fikiran manusia tidak akan terjawab kecuali apabila Allah SWT memberi sesuatu pengajaran.
5-Sifat manusia yang akan menerima sesuatu perkara apabila menemui jawapan rahsia tersebut dalam kajian, adalah membuktikan hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberi jawapan kepada segala rahsia yang tersembunyi disebalik kejadian alam ini.
Semoga anda memahami apa yang saya simpulkan.

Tuhanku... Dunia Islam Telah Lena

Pertembungan berdarah antara rakyat dan polis Jordan

Dulu Mualaf kini Menjadi Imam Masjid

vicente2.jpg
Vicente Mota Alfaro menjadi mualaf pertama di Spanyol yang memegang jawatan imam di masjidIslamic Cultural Center of Valencia (CCIV) dan memimpin salat berjamaah di masjid itu. Selain imam masjid, Alfaro juga menjadi anggota Dewan Direkur CCIV sejak tahun 2005.
Posisi imam masjid mungkin tidak pernah terbayangkan sebelumnya oleh Alfaro, karena tiga belas tahun yang lalu ia adalah penganut agama Katolik yang taat, rajin membaca alkitab setiap hari dan tidak pernah ponteng menghadiri perjumpaan mingguan di gerejanya.
Ketika ditanya tentang perubahan hatinya dan perjalanannya dari seorang penganut Katolik yang taat menjadi seorang Muslim, Alfaro memberikan jawaban sederhana,"Ini semua adalah kehendak Allah, Islam menjadi pilihan saya dan menjadi hidup saya."
Alfaro memutuskan masuk Islam pada saat ia berusia 20 tahun dan masih menjadi siswa sekolah menengah. "Saya membaca kitab suci al-Quran. Saya menemukan kebenaran tentang kisah Yesus Kristus dan kemudian saya masuk Islam," Alfaro menceritakan perjalanannya menemukan cahaya Islam.
Pada dasarnya, Alfaro memang dikenal i seorang yang kuat beragama. Sejak masa kanak-kanak, Alfaro sudah rajin ke gereja setiap minggu dan membaca alkitab dengan teratur. "Saya melakukannya, sementara anak-anak lain pada saat itu tidak punya minat pada agama. Ketika itu, saya tentu saja belum tahu tentang Islam," ujarnya.
Alfaro mengenal Islam dari tetangganya, seorang Muslim asal Aljazair yang sering ia ajak berbincang-bincang. "Suatu saat kami sedang berbual dan dia bilang bahwa semua umat manusia adalah keturunan Adam dan Hawa dan kita semua adalah anak-anak dari Nabi Ibrahim," kenang Alfaro tentang tetangganya.
"Kala itu, saya tercengang mendengar Muslim dan orang-orang Arab tahu tentang Adam, Hawa dan Ibrahim," sambung Alfaro.
Perbincangan itu memotivasi Alfaro untuk menggali lebih jauh tentang Islam. Ia jadi sering berkunjung ke perpustakaan dan meminjam terjemahan al-Quran. Terjemahan al-Quran itu ia baca dengan seksama di rumah.
"Saya sudah sering membaca di Gospel bahwa Yesus adalah anak Tuhan dan Tuhan mengirim anaknya ke bumi untuk dibunuh dan disiksa guna membebaskan dosa-dosa manusia. Saya selalu bermasalah dengan hal itu, terutama untuk mempercayai cerita itu," kata Alfaro.
Dan jawapan yang ia cari, ditemukannya dalam al-Quran. "Saya pelajari dari al-Quran bahwa Yesus tidak dibunuh atau disalib," ujar Alfaro.
Kisah Yesus dalam kitab suci al-Quran menyentuh hati Alfaro yang sejak mengucap dua kalimat syahadat mengubah namanya menjadi Mansour. "Saya langsung meyakini bahwa al-Quran adalah kitab suci yang benar yang berasal dari Tuhan. Dan saya langsung memutuskan ingin menjadi seorang Muslim," tukas Alfaro.
Begitulah perjalanan Alfaro atau Mansour menemukan kebenaran dalam Islam. Sampai akhirnya para pemuka komunitas Muslim di kota Valencia sepakat memilihnya menjadi imam masjid Valencia. Alfaro dipilih karena dianggap memiliki kemampuan dan memenuhi syarat-syarat untuk menjadi imam masjid.
"Dia dipilih karena pengetahuannya yang luas tentang agama," kata El-Taher Edda, sekretaris jenderal Islamic League for Dialogue and Coexistence.
Edda juga menegaskan bahwa penunjukkan Alfaro sebagai imam masjid Valencia merupakan pesan yang jelas tentang integrasi para mualaf ke dalam masyarakat Muslim.
Jumlah mualaf di Sepanyol terus meningkat beberapa tahun belakangan ini. Menurut laporanmedia massa lokal, warga Spanyol yang masuk Islam bahkan dari kalangan intelektual, akademisi dan aktivis anti-globalisasi. Saat ini, jumlah warga Muslim di Spanyol diperkirakan sekitar 1.5 juta orang dari 40 juta total penduduk negara itu. Di Sepanyol, berdasarkan undang-undang kebebasan beragama tahun 1967, Islam diakui sebagai agama resmi dan menjadi agama kedua terbesar setelah agama Kristian.
Sumber : eramuslim.com

17 Kematian yang membawa ke Syurga Allah SWT

Perjalanan ke Syurga hanya berbekalkan Akhlak Mulia dan Taqwa

Firaun Ramsis II seksa Isterinya Asit sehingga Mati

http://fc02.deviantart.com/fs29/f/2008/083/e/b/prophet_mohammed_by_serso.jpg
NEFERTARI adalah seorang daripada isteri Firaun Ramsis II. Bagaimanapun bilangan sebenar permaisuri Ramsis tidak diketahui tetapi beliau mempunyai lapan isteri rasmi, tidak termasuk dayang istana yang dijadikan gundik.
Lebih menggemparkan Ramsis II turut mengahwini anaknya sendiri iaitu Bent-anat, Meritamon dan Nebettaui, juga adik perempuannya Henutmira.
Kematian Nefertari adalah satu kehilangan besar buat Ramsis II. Sebagai penghormatan terakhir, Ramsis II membina makam indah memaparkan watak Nefertari berdampingan dengan tuhan Mesir kuno sebagai simbol kemuliaan.
Lukisan yang menghiasi setiap sudut makam permaisuri kesayangan Ramsis II diiktiraf 'Egyptologist' atau pakar sejarah Mesir kuno sebagai yang terbaik dalam era Firaun. Tidak ada makam di Mesir yang boleh dibandingkan dari segi keindahan dan nilai artistik lukisan di makam itu.
Secara langsung ia menggambarkan betapa tingginya imaginasi dan kemahiran golongan artis dan karyawan ketika era Firaun Ramsis II.
Berdasarkan kepercayaan Mesir kuno, Hathor adalah isteri kepada Ra', tuhan matahari. Tujuan Ramsis II mengaitkan Hathor dengan nama isterinya, Nefertari adalah semata-mata untuk meletakkan Nefertari di tempat paling mulia.
Jika Nefertari dan Ramsis II meneruskan tradisi penyembahan tuhan Mesir kuno, seorang daripada isteri Ramsis II dipercayai beriman kepada Allah SWT. Permaisuri yang dimaksudkan adalah Asiah atau Asit.
Persamaan nama di antara Asit dan Isitnofret, isteri Ramsis II menarik perhatian banyak pihak. Malah, ada yang percaya Isitnofret adalah Asit atau Asiah yang beriman kepada ajaran Nabi Musa.
Kisah isteri Firaun yang beriman diceritakan dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang mukmin iaitu perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisimu di dalam syurga dan selamatkanlah daku daripada firaun dan perbuatannya yang kufur dan buas, serta selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim." (Surah at-Tahriim, ayat 11)
Kezaliman Ramsis II tiada batasnya sehinggakan dia sanggup membunuh isterinya sendiri kerana beriman kepada Allah SWT. Beliau akhirnya menyeksa Asiah hingga mati. Meskipun ketika saat ajalnya hampir tiba, bibir Asiah masih mampu mengucapkan kalimah mengagungkan Ilahi.
Kebencian Ramsis kepada Asiah belum berakhir. Firaun itu mengarahkan nama Asiah dan semua catatan yang merujuk kepada permaisurinya itu dipadamkan dalam lipatan sejarah.
Perdebatan mengenai Firaun yang memerintah Mesir ketika Nabi Musa. Bagaimanapun, ahli sejarah berpendapat Firaun yang dimaksudkan adalah Ramsis II dan untuk mengetahui sebabnya, akan dijelaskan dalam episod 12, Al-Risaalah 2.
Turut dijelaskan pada program kali ini proses pengawetan mayat Firaun dan pembesar Mesir yang dilakukan sejurus selepas kematian mereka menggunakan garam natron dilakukan selama 40 hari sehingga air di dalam badan kering sepenuhnya.
Rempah dan minyak juga digunakan bagi menghilangkan bau. Bahan digunakan bukan saja didapati di Mesir, bahkan dibawa daripada Afrika dan Asia.
Melihat kepada kedudukan kedua-dua tangan mumia Ramsis II yang agak pelik, sesetengah sarjana berpendapat, proses mengawet mayat Ramsis II dilakukan selepas bertahun-tahun kematiannya.
Rujukan :

9 Mimpi Rasulullah SAW

http://files.fatakat.com/2010/5/1272930219.gif
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJIDAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKABERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api kemukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Rujukan ;

Allah SWT menzahirkan kuasaNya di Kuwait





Allah SWT mampu menggerakkan kuasaNya tanpa mengharap teknologi ciptaan manusia ( Nauzibillah Min Syirki  Billah ).

Lihatlah Kemusnahan Libya disebabkan serangan negara bukan Islam

Beginilah pelaburan baru negara-negara bukan Islam terhadap peluang perniagaan yang akan dibuka selepas gadafi dapat dibunuh.
Beginilah matlamat sebenar penubuhan PBB yang diasaskan oleh yahudi untuk menakluki negara-negara Islam secara moden sehingga dunia Islam tidak dapat menyalahkan dosa-dosa dan kemusnahan yang berlaku kepada yahudi dan amerika.
Apabila serangan berakhir dunia Islam akan menanggung segala kerugian.
Sementara umat Islam dan pemimpinnya yang telah

 dilemahkan secara perbalahan mazhab, kelemahan dalam ketenteraan dan teknologi hanya melihat dan berdoa kepada Allah SWT tanpa usaha.
Ya Allah sedarkanlah umat Islam,
Bangunkan mereka dari lena teori-teori motivasi kebendaan dan perdagangan agama Allah SWT.
Cerahkan hati mereka,
Gerakkan tangan dan kaki mereka kearah kebaikkan agama,
Tumpukan mata mereka kepada keredhaan Allah SWT,
Tutuplah tubuh mereka dengan pakaian Islam,
Tukarkan Akhlak Jahiliah mereka kepada Akhlak Islam yang moden. (berfurdah dan Berjubah).
Amin Ya Rabbal Alamin.

Video 20 Syahid di Syria

Semoga Allah SWT menganugerahkan kemenangan kepada Ahli Sunnah WalJamaah. Apa yang kita harapkan daripada pergolakkan di Timur Tengah agar Allah SWT membangkitkan Ahli Sunnah Wal Jamaah- Kerana kebanyakkan pemimpin  dan raja-raja dunia Islam yang berasal daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berfahaman sekular, berkiblatkan barat, yahudi dan amerika dalam tindak-tanduk pemerintahan mereka. Pergolakkan ini juga diambil kesempatan oleh yahudi, amerika dan syiah.
Mereka sentiasa menggunakan jarum kejahatan mereka untuk menumpahkan darah  manusia agar mereka mengaut keuntungan dalam berbagai bidang.
Mereka mengaut keuntungan dengan kenaikkan harga minyak,
mereka mengaut keuntungan dengan penjualan senjata,
mereka mengaut keuntungan dengan penjualan ubat-ubatan dan peralatan medic dan sebagainya disebalik apa yang berlaku.
Semoga Ahli Sunnah Wal Jamaah memahami dan bangkit untuk menyebarkan Ajaran Tauhid yang sebenar dengan penuh bersemangat dan demi menyelamatkan Aqidah  dunia Islam yang dipenuhi dengan Khurafat serta tahyul.

Friday, March 25, 2011

Banduan Maghribi terjun dari tembok penjara

Al-Quran dibakar di gereja Florida, amerika

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=j7UNlDlNm_4
Kepada umat Islam, jangan terlalu marah dengan tindakan sebegini. Anggaplah perbuatan orang jahil sebegini sebagai motivasi untuk kita menghayati kandungan Al-Quran. Ramai umat Islam yang mencium Al-Quran apabila selesai membaca Kitab Suci Al-Quran sebagai tanda hormat kepada Kitab yang dinamakan Al-Quran, tetapi selepas membaca Al-Quran mereka menjadikan syaitan sebagai sahabat karib mereka dalam kehidupan seharian. Akhlak mereka tidak ada perubahan, perbuatan ustazah kadang-kadang melebihi perbuatan orang awam yang tidak mempelajari agama. Kita dapat melihat dan menilai sendiri perbuatan ustaz dan ustazah yang menjadikan pengajaran mata pelajaran agama hanya sebagai mata pelajaran yang mereka ajar tetapi tidak dihayati dalam pergaulan seharian. Ustaz dan ustazah sebegini bukanlah Murabbi dan Murabbiah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Pengajaran dan Tauladan hanya boleh diambil dari aspek kandungan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah SAW yang mereka ajarkan tetapi Akhlak dan Perbuatan mereka mesti dijadikan sempadan.
Oleh yang demikian pembakaran Al-Quran sebegini yang bertujuan mencabar semangat umat Islam perlu diolah dengan cara terbaik, agar ianya memberi manfaat kepada umat islam semua, marilah kita muhasabahkan diri kita,
Kenapa ini semua boleh berlaku ?
Kenapa manusia berani membakar Kitab Suci Al-Quran?
Apakah tindakan dan semangat umat Islam akan terus berjuang dengan Ikhlas tanpa dendam kepada perbuatan sebegini, sehingga Allah SWT memuci Keikhlasan kita dalam memperjuangkan agama Allah SWT ?
Atau semangat untuk memperjuangkan Islam hanya sekadar apabila maruah Islam dicabar, barulah bangkit dan berdoa kepada Allah SWT tanpa apa-apa tindakan ?
Atau bangkit menentang musuh dengan tanpa persediaan Ilmu dan tanpa perancangan, hanya berbekalkan semangat marah semata-mata?
Betapa perlunya umat Islam Muhasah Diri dan membuat perubahan serta bertindak dengan penuh Hikmah (memiliki perancangan yang sempurna).


Thursday, March 24, 2011

Bandar Dar'a Syria bermandikan darah

Penyeru-penyeru di pintu Jahannam..

Penyeru-penyeru di pintu Jahannam..

Secara berkala,dalam kehidupan kita,muncul penyeru-penyeru di pintu jahannam.Mereka memerangi Allah dan Rasul-nya.Jiwa mereka penuh permusuhan dan kedengkian pada syariat Allah..Pada masa ini pun,diantara mereka baik laki atau perempuan,ada yang amsih berani menyerang jilbab wanita muslimah.Terkadang mereka menyatakan jilbab bukan dari ajaran agama Islam..Saat yang lain,berjilbab hukumnya sunnah dan tidak wajib..Lainnya lagi,jilbab harus sesuai dengan perkembangan fashion dan sejalan dengan zaman kita.serta masih banyak lagi ungkapan-ungkapan batil lainnya.Mereka ini adalah musuh,jadi hati-hati terhadap mereka..

Dari Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya akan datang tahun-tahun penuh tipuan,dimana pendusta dianggap jujur dan orang jujur dianggap dusta,pengkhianat diserahi amanat dan orang beramanat dituduh khianat.Saat itu orang kerdil berani bicara(ruwaibidhah)?'Sahabat bertanya,"Apakah maksud orang kerdil itu?""Orang bodoh berbicara tentang urusan publik."

[Hadis riwayat Syaikh Ahmad Syakir berkata 15/37-38,"Sanadnya hasan dan matannya sahih."

http://azrin-kun.blogspot.com/2011/03/jilbab-menggangguku-mengajar-dan.html

Penyeru keneraka Jahannam..terlalu ramai Cendikiawan palsu,ustazah,ustaz dan para peusta  dan syaitan-syaitan tercela..mereke mengambil arus yang berlawanan dengan ajaran syariat dan fatwa ahlu ilmi dalam amsalah jilbab.. Senarainya... Qasim Amin,Huda Sya'rawi,Aminah Said,Nawal Sadawi,penyair,Ahmad Abdul Mu'thi Hijazi,penulis izbal barkah,konsultan said Asymawi[jilbab:propaganda politik] -rambut wanita bukan aurat-...,ihsan Abdul qaus ,najib mahfuzh...Musthafa amin..Nazar qabani.....

Jilbab menggangguku mengajar dan bekerja

Jilbab menggangguku mengajar dan bekerja:

Jawapan syubhat ini.

Maha suci Allah,ini sebuah kebohongan besar . Mengapa doktor bedah tidak merasa terganggu oleh pakaian operasi yang dikenakan ketika melakukan operasi?Begitu pula masker yang ia pakai untuk menutup hidung dan mulutnya?

Andaipun benar jilbab menghambatmu menuntut ilmu atau menjalankan  bidang pekerjaan tertentu,maka jawab dengan jujur,apakah pantas menderhakai Allah demi ilmu atau pekerjaan yang berorientasi duniawi?

Saudariku,jilbab tak akan pernah menghalangi seorang muslimah melakukan aktiviti-aktiviti yang baik di dunia ini.Tapi harus dengan cara yang digariskan oleh Islam.

Siapa menganggap jilbab yang dikenakan wanita akan menghalanginya melakukan kegiatan dalam masyarakat yang selaras dengan ketentuan-ketentuan syariat,ia telah salah besar..Bahkan tak berlebihan bila aku katakan,musuh-musuh wanita menyembunyikan kepentingan kepentingan busuk di balik kegiatan wanita dalam masyarakat tanpa mematuhi  aturan-aturan syariat.Yakni,wanita keluar mempamerkan perhiasan dan auratnya,pergaulan dengan laki-laki serta melanggar batas pergaulan antara laki-laki dan perempuan..

Kita sering melihat fenomena cabul dan porno di negara-negara Afrika dan Eropa.Dan apa yang kita lihat tersebut seolah-olah sebagai konsekuensi kemajuan ilmu pengetahuan dan dinamika pemikiran serta peradaban.Tapi di sisi lain,kita juga banyak melihat pemandangan kepatuhan terhadap syariat Allah dalam hal penampilan,perhiasan dan pakaian.Dan ternyata penampilan ini tidak menjauhkan wanita-wanita pelakunya dari mengikuti perkembangan pemikiran dan laju kebudayaan yang penuh semangat dan sehingga cepat bergerak dan mudah menyesuaikan diri denag keadaan..(dinamis). Bagi yang melihat sejarah,ia tahu,dalam perjalanannya,sejarah Islam sarat dengan para wanita yang sanggup menyesuaikan antara islam dalam tingkatan perilaku..(akhlak)..kesusilaan dan jilbab serta dalam konteks ilmu,kebudayaan dan pemikiran.Dari masa sahabat hingga generasi generasi setelahnya(selepasnya)sampai masa kita sekarang ini.

Keterbelakangan ada sebab-sebabnya,sebagaimana kemajuan ada faktor-faktor pendukungnya.Namun,menuding syariat jilbab dan akhlak sebagai  penyebab (dalang) terjadinya suatu perbuatan yang jahat...ini salah satunya kebohongan nyata dan berat yang hanya dapat mengkaburi orang yang berfikiran dan berpandangan kolot...

Memang kita akui,adaklanya keterbelakngan pemikiran dan wawasan yang dialami wanita bertemu dengan penampilan tertutup dan jilbab,seperti keadaan wanita yang tinggal di pedalaman jazirah arab dan teluk arab.Tapi tentunya pertemuan ini bukan sesuatu yang teramat penting dan tidak ada keadaan antara keduanya..Itu hanya sebuah kebetulan yang banyak dipengaruhi situasi penguasaan oleh suatu negara atas daerah atau bangsa lain dengan maksud untuk memperluas negara itu dan pemikiran tertentu..Hal termudah yang mampu dilakukan para orang yg mendukung reformasi..bila benar-benar bermaksud melakukan sesuatu(proses) adalah,memisahkan antara dua kenyataan tersebut.Yakni,dengan bekal pengetahuan islam yang benar,mendukung budaya jilbab dan menjaga rasa malu serta memotivasikan semangat menuntut ilmu dan pengetahuan yang bermanfaat.Kemudian,menjadikan masing-masing dari dua bidang tersebut sebagai pelengkap bagi yang lain.[ila Kulli Fatatin Tu'minu billah h.104-105]

Wednesday, March 23, 2011

50 Amalan Terbaik Dalam Hidup

http://islam.makcdn.com/image4971_500_361/500X361.jpg
1.  Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2.  Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3.  Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4.  Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5.  ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6.  Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.  Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8.  Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9.  Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH  catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana  ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan  datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung),  maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga  3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.