"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Di kemaskini post pada 04/02/2021 Pada jam 23:40pm Kuala Lumpur

Tuesday, April 5, 2011

Hakikat Penyakit Riak

http://fc03.deviantart.net/fs16/f/2007/148/2/0/islamic_art_by_razangraphics.jpg
Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:

"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."

Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1. Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2. Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.
3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.
4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.
5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1. Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.
2. Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3. Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4. Riak Khafi (yang tersembunyi)
Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Punca Riak

Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;
1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.
2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit.
Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.
3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.
5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.
Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.
Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.

Sunday, April 3, 2011

Pertama kali kerajaan Tunis membenarkan gambar wanita bertudung pada Kad Pengenalan

http://www.onislam.net/arabic/oimedia/onislamar/images/mainimages/betaqa-hejab-2-4-2011.jpg
Semenjak tahun 1993 kerajaan Tunisia melarang pengguna gambar wanita bertudung dalam pengeluaran kad pengenalan. Kini Kerajaan Tunisia telah merombak undang-undang tersebut sesuai dengan kebangkitan rakyat Tunis dan lain-lain negara arab kearah pembentukan negara Islam di Benua Arab.
Terjemahan Google
Tunisia - telah mengguna pakai Kementerian Dalam Negeri Tunisia untuk menukar undang-undang yang berlaku di Tunisia akan dibenarkan untuk menyerahkan "kad identiti nasional" dari warga perempuan Tunisia terselubung, dan dalam konteks "rangka reformasi yang sedang berlangsung dalam rangka menegakkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Revolusi Agung, dan untuk menjamin penghormatan berkesan untuk kebebasan awam dan individu."
Kementerian Dalam Negeri mengatakan dalam sebuah pernyataan yang dikeluarkan melalui laman depan rasmi "boleh" pada hari Jumaat 2011/04/01 akan berada dalam beberapa hari ke depan pengubahsuaian dari bab-bab undang-undang 717 pada bulan April 1993, yang tidak memungkinkan ekstraksi kad pengenalan dengan foto terselubung dan terbatas pada perkhidmatan di Laman baru pada (dan harus) menunjukkan wajah dan mata "dalam kad pengenalan ditampal gambar, yang bermaksud menerima gambar terselubung.
Kenyataan menambah bahawa "semakan dari nombor tempahan 717 dari April 13, 1993 memperbaiki material dan spesifikasi teknikal untuk kad pengenalan kebangsaan untuk membolehkan ekstraksi dari kad pengenalan nasional, termasuk foto-foto terselubung."
Kementerian menambah bahawa "tindakan ini termasuk dalam rangka reformasi yang sedang berlangsung dalam rangka menegakkan prinsip-prinsip Revolusi Jaya dan untuk memastikan penghormatan berkesan untuk kebebasan awam dan individu."
Berjenggot I.
Dan mulai menerapkan perubahan baru yang sesuai dengan arahan daripada Menteri Dalam Negeri akan selepas keluaran, dan dia meminta "semua bidang penjaga keselamatan dan komitmen kebangsaan untuk melaksanakan susunan dan penerimaan yang baik dari warga negara dan untuk memberikan perkhidmatan pentadbiran kepada mereka semua keterbukaan fikiran dalam batas waktu legal yang ditentukan dalam rangka memelihara hak-hak mereka dan mengelakkan disabling kepentingan mereka."
Perintah datang setelah kurang dari dua bulan untuk membolehkan perkhidmatan di 12 Februari menyerahkan kad pengenalan untuk berjanggut.
Pihak pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia mengecam Peraturan menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali dilanggar pada memakai tudung, yang ia sebut "pakaian sektarian" sebagai "kesalahan terhadap kehidupan peribadi."
تونس- صادقت وزارة الداخلية التونسية على تعديل للقوانين السارية في تونس يسمح بموجبه بتسليم "بطاقة التعريف الوطنية" للمواطنات التونسيات المحجبات، وذلك في سياق "إطار الإصلاحات المتواصلة من أجل تكريس مبادئ وقيم الثورة المجيدة، وضمان الاحترام الفعلي للحريّات العامّة والفردية".
وأوضحت وزارة الداخلية في بيان نشرته عبر صفحتها الرسمية على "فيسبوك" الجمعة 1-4-2011 أنه سيتم في الأيام القليلة المقبلة تعديل أحد فصول القانون 717 الصادر في أبريل سنة 1993، والذي لم يكن يسمح باستخراج بطاقات هوية تحمل صور محجبات، واقتصرت الوزارة في التعديل الجديد على (وجوب) إظهار الوجه والعينين" في الصورة الملصقة ببطاقة الهوية وهو ما يعني قبول صور المحجبات.
وأضاف البيان أن "تنقيح الأمر عدد 717 المؤرّخ في 13 أبريل 1993 المتعلق بضبط المواصفات المادية والفنية لبطاقة التعريف الوطنية وذلك بالسماح باستخراج بطاقات تعريف وطنية متضمّنة لصور شمسية لمحجّبات".
وأضافت الوزارة أن "هذا الإجراء يندرج في إطار الإصلاحات المتواصلة من أجل تكريس مبادئ الثورة المجيدة وضمان الاحترام الفعلي للحريات العامة والفردية".
الملتحون أولا
وبدأ تطبيق التعديل الجديد وفقا لتعليمات وزير الداخلية فور صدوره، ودعا الوزير "كلّ مناطق الأمن والحرس الوطنيين الالتزام بتطبيق هذا الأمر وحسن قبول المواطنين وتقديم الخدمات الإداريّة إليهم بكل رحابة صدر وفي الآجال القانونيّة المحدّدة حفاظا على حقوقهم وتجنّبا لتعطيل مصالحهم".
ويأتي هذا الأمر بعد أقل من شهرين من سماح الوزارة في 12 فبراير/ شباط الماضي بتسليم بطاقات الهوية للملتحين.
وكان معارضون ومنظمات حقوق إنسان نددوا في عهد الرئيس المخلوع زين العابدين بن علي بالتضييق على مرتديات الحجاب الذي كان يطلق عليه "الزي الطائفي" باعتباره "انتهاكاً للحياة الشخصية".

Tentera Mesir adalah mangsa kerakusan raja rasuah mubarak

Dari taklimat yang diberikan, jelas kepada kita Tentera Mesir memiliki semangat juang yang tinggi serta adil kepada semua pihak termasuk penganut agama kristian.
Semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka selama 30 tahun bersekongkol dengan raja rasuah mesir.

Bekas Gabenor Bank Dunia memakai sarung kaki berlubang

رئيس البنك الدولي بجوارب مثقوبة - Hespress


Wanita Kanada pertama bertudung dalam tentera Kanada


http://www.hespress.com/_img/wafaecanadianarmy.jpg
Terjemahan Google
Peribadi yang tegas yang dimiliki dan Q-Dabbagh, seorang pemimpin yang naik ke peringkat komander - leftenan, dan ahli-ahli pertama dari angkatan bersenjata Kanada memakai tudung.
Para Jeneral David Johnston untuk memberikan pingat pertama dari eksekutif perkhidmatan untuk lima puluh elemen Tentera Kanada Wafa Dabbagh, salah satu daripada mereka, dan berkata selepas itu, berkata: "Saya tidak berusaha untuk membuktikan sesuatu atau menjadi yang pertama dalam apa yang saya hanya mencari pekerjaan yang anda cari. untuk petualangan. "
Dan bercerita tentang Skinner setelah mereka pindah dari pasukan sedikit untuk solat lagi sebelum salah satu petugas, dan bertanya mengapa dia pergi, dan jika ada seseorang terganggu. Bunga di tetangga mendengar tentang mereka, dan segala sesuatu yang baik-baik saja, dan saya menjelaskan kepadanya bahawa dia berdoa kepada Tuhan, karena harus ada waktu untuk menyendiri dengan satu dengan Tuhan.
Kejijikan Barat Ketua Kol Stephen Costner berkata: "Ini hati yang baik, tetapi mereka juga tahu kapan harus tegas."
Dalam pernyataan kepada media mengatakan al-Dabbagh: "Aku ingin Kanada tahu bahawa ada orang-orang melayani Kanada bukan orang-orang dengan rambut pirang dan mata biru, dan kita bekerja bersama-sama: putih, hitam, Asia, keturunan Arab dan penduduk Dan saya - dengan rendah hati - Aku tidak hanya salah satunya .."
* Sumber: Ottawa Citizen
شخصية عنيدة تلك التي تملكها وفاء الدباغ، الرائدة التي ارتقت الى رتبة قائد- ملازم، وأول عضو في القواتالمسلحة الكندية ترتدي الحجاب.
وقد قام الجنرال ديفيد جونستون بمنح أول ميداليات للخدمة التنفيذية لخمسين من عناصر القوات الكندية كانت وفاءالدباغ واحدة منهم، والتي صرحت عقب ذلك قائلة: " لم أكن أحاول إثبات أي شيء أو أن أكون الأولى في أي شيء.كنت فقط أبحث عن عمل كما كنت ابحث عن المغامرة".
وتحكي الدباغ أنها ذات مرة ابتعدت عن الفريق قليلا لأداء الصلاة، فجاءها أحد الضباط، وسألها عن سبب ذهابهابعيدا، وإذا ما كان هنالك شخص ما يزعجها. فشكرته على اهتمامه بأمرها، وان كل شيء على ما يرام، وشرحت لهأنها كانت تصلي لله، إذ هنالك وقت يجب أن يخلو فيه المرء مع ربه.
وقد مدحها رئيسها الكولونيل ستيفان كوستنر قائلا:" إنها طيبة القلب، لكنها أيضا تعرف متى تكون حازمة".
وفي تصريح لوسائل الإعلام قالت الدباغ:" أريد الكنديين ان يعرفوا أن هناك أناسا يخدمون كندا ليسوا من ذوي الشعر الأشقر والعيون الزرقاء، ونحن نعمل جميعا معا: الأبيض والأسود والآسيوي والعربي والساكن الأصلي. وأنا – بتواضع شديد - لست إلا واحدة من هؤلاء ".
*المصدر: اوتاوا سيتيزن

Si Jahil yang Cuai Dan Si Alim yang Malas.

Si Jahil yang Cuai Dan Si Alim yang Malas.

Perumpamaan seorang JAHIL yang CUAI dalam menuntut ilmu yang wajib itu,laksana seorang hamba yang dikirimi surat oleh tuannya,yang menyuruhnya melakukan beberapa perkara dan melarangnya dari beberapa perkara.Malangnya sang hamba itu tidak Melihat isi surat itu,kerana tidak mengerti apa yang terkandung di dalamnya,padahal ia boleh mempelajarinya dan bertanya kepada orang lain.

Demikian pulalah dengan perumpamaan seorang alim yang tiada beramal dengan ilmunya,laksana seorang hamba yang melihat isi surat tuannya serta mengetahui apa yang terkandung di dalam surat itu,akan tetapi ia enggan mematuhi segala suruhan yang terkandung di dalamnya serta menjauhi segala larangannya.

Cubalah renungkanmwahai saudara0saudara,moga-moga Allah merahmati anda,adakah cuai yang lebih dahsat dari kecuaian dua orang hamba ini terhadap perintah tuannya?apatkah mereka membuat alasan atau mengemukakan keuzuran kepada tuan mereka?Bukankah mereka itu patut menerima seksa dan balasan,kerana berani menentang perintah dan kurang perhatian terhadap arahan tuannya.Awas,janganlah anda menjadi selaku salah seorang dari kedua orang tadi;iaitu seorang jahil yang tiada mahu belajar,ataupun seorang alim yang tiada beramal dengan ilmunya,kelak anda akan binasa.Ketika itu anda akan rugi-ruginya di dunia dan di akhirat,itulah yang dikatakan kerugian yang nyata.

Adapun memperluas diri dalam ilmu-ilmu agama yang berguna dan menambah pengetahuan lebih dari kadar yang perlu,maka itu adalah sebaik-baik jalan untuk menuju kepada Allah Ta'ala dan seutama-utama amalan di sisiNya.Akan tetapi menuntut ilmu itu hendaklah disertakan dengan tulus-ikhlas,dan dilakukan semata-mata kerana Allah Ta'ala.Sesudah itu hendklah ia mengerah dirinya untuk beramal dengan ilmu yang dituntutnya serta mengajarkannya pula kepada orang lain,dengan tujuan menempa keredhaan Allah Ta'ala dan mendapat balasanNya di hari Akhirat.

Saturday, April 2, 2011

The term -GOD- and Allah

Words of Remembrance for Morning and Evening





Hidup di atas Sunnah Nabi Muhammad SAW



Doa Munajat Qiamullail yang sedih dan Doa dan Rintihan Kepada Allah SWT yang mentadbir Langit dan Bumi

Doa Munajat Qiamullail yang sedih





Doa dan Rintihan Kepada Allah SWT yang mentadbir Langit dan Bumi

Hakikat keberanian tentera zionis

19 Akal Dalam Beragama

19 Akal Dalam Beragama

Rasulullah SAW pernah bersabda: Maksudnya: Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.
Ertinya orang yang akalnya tidak sihat atau orang yang tidak siuman atau orang yang terencat akal ataupun orang gila tidak boleh dan tidak mampu beragama. Mereka pun tidak dituntut beragama. Jelasnya mereka tidak dituntut bertauhid, bersyariat ataupun bertasawuf.

Mereka bukan orang yang mukalaf. Oleh itu mereka tidak disuruh menegakkan syariat. Mereka terlepas dari hukum suruhan dan hukum larangan Tuhan. Kalau mereka berbuat ibadah, tidak diberi pahala. Kalau mereka berbuat maksiat dan kemungkaran pun tidak berdosa.

Mereka ini dianggap sebagai ahlul fitrah. Mereka ini sama sahaja dengan kanak-kanak yang mati sebelum akil baligh tidak kira apa agama ibu ayah mereka dan juga manusia yang tidak sampai kepada mereka seruan dakwah. Mereka semua adalah ahli syurga.

Namun istilah tidak berakal dalam hadis tersebut bukan sahaja bermaksud gila atau tidak siuman atau terencat akal. Kalau itulah yang dimaksudkan, sudah tentu Rasulullah akan terus menyebut gila atau tidak siuman. Tidak berakal di sini jugabermaksud belum pandai menggunakan akal atau akal yang belum sempurna. Seperti kanak-kanak yang belum cukup umur atau belum akil baligh, mereka ini bukan gila atau bukan tidak siuman. Cuma mereka belum pandai menggunakan akal dan oleh itu dianggap tidak berakal. Mereka ini tidak diwajibkan beragama.

Walaupun begitu, hadis ini tidak pula bermaksud orang yang berakal atau orang yang sempurna akalnya sudah tentu akan beragama. Ini tidak berlaku. Berapa ramai kita lihat orang yang berakal malahan yang pandai-pandai pula tidak beragama bahkan ada di antara mereka yang menentang agama.Seperkara lagi, walaupun agama dalam hadis ini dikaitkan dengan berakal, ini tidak bermakna akal itu semata-mata adalah alat untuk beragama.

Justeru itu kalau akal diasah tajam-tajam dan diisi dengan berbagai-bagai dan sebanyak-banyak ilmu,belum tentu seseorang itu akan beragama, walaupun ilmu yang ada padanya adalah ilmu Quran dan hadis. Berapa ramai kita lihat profesor-profesor terutama di universiti-universiti di Barat dan Amerika yang mengajar ilmu Islam dan memberi ijazah,masters dan PhD ilmu Islam kepada graduan-graduan Islam tetapi mereka sendiri tidak beriman.

Hadis ini merujuk kepada orang yang tidak berakal dan bukan kepada orang akal. Orang yang tidak berakal ialah orang yang tidak pandai atau belum pandai menggunakan akalnya. Orang akal pula ialah orang yang mengagungkan akalnya. Ada beza antara dua istilah ini. Kalau orang yang tidak berakal susah hendak beragama, orang akal yang berpandukan akalnya danlogik semata-mata, lebih-lebih lagilah susah hendak beragama.Sebenarnya, tidak berakal dalam hadis ini membawa maksud akal yang tidak terpimpin. Orang yang akalnya tidak terpimpin dianggap tidak berakal.

Dalam Islam, akal yang tidak terpimpin itu ialah akal yang tidak dapat berfungsi di atas landasan hak dan kebenaran. Iaitu akal yang berputar dengan bebas tanpa dikawal oleh hati yang yakin, beriman dan takut kepada Allah. Islam menganggap orang yang akalnya tidak mahu tunduk kepada hatinya atau kepada kebenaran sebagai orang yang tidak berakal. Akal seperti ini hanya akan tunduk kepada nafsunya sahaja.

Walau bagaimana pintarnya akal yang tidak terpimpin ini, ia tidak akan dapat keluar dari kepompong alam dunia dan alam material. Ia tidak dapat meneroka alam-alam yang lebih seni dari alam syahadah atau alam nyata ini seperti alam barzakh alam akhirat, syurga, neraka, malaikat dan hal yang berkaitan dengan Tuhan itu sendiri. Walhal semua itu adalah benar.Akal yang tidak terpimpin ini sangat bahaya. Ia akan bergantung habis-habisan kepada logik akal semata-mata dan tidak akan nampak sumber kebenaran yang lain.

Walhal kalau mengikut logik akal, akhirat itu tidak logik, syurga dan neraka tidak logik, hidup sesudah mati itu tidak logik, malaikat tidak logik bahkan Tuhan itu pun tidak logik. Justeru itu, orang yang akalnya tidak terpimpin akan mendapati sukar untuk mempercayai perkara-perkara ghaib seperti malaikat, hari kiamat, Tuhan dan sebagainya.

Itu sebab dalam Islam, pendidikan adalah berteraskan konsep yang terkandung di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Awal-awal agama mengenal Allah.
Awal-awal lagi, kanak-kanak perlu dikenalkan kepada Allah supaya hati mereka terisi dengan rasa-rasa bertuhan. Rasa-rasa inilah yang akan menguasai dan memimpin akal mereka. Akal mereka akan berputar dan berfungsi di bawah kawalan hati mereka yang sentiasa terhubung dengan Tuhan dan yang sentiasa terisi dengan kebenaran dan rasa-rasa bertuhan.

Islam tidak mahu akal itu digunakan secara bebas tanpa kawalan. Islam mahu akal itu sentiasa terpandu. Islam menuntut kita berzikir sambil berfikir. Ini dapat dilihat dalam sepotong ayat dalam Al Quran: Maksudnya: Orang yang sentiasa mengingati Allah(berzikir) dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi. (Surah Ali Imran: 191)


Hati mesti terhubung dahulu dengan Tuhan melalui zikir,barulah akal digunakan untuk berfikir. Berzikir itu kerja hati.Berfikir itu kerja akal. Barulah fikiran itu akan dibantu dan dipandu oleh Tuhan. Kalaulah akal dibebaskan berfikir tanpa kawalan hati yang berzikir, ia akan tersimpang dari kebenaran.Akal itu kalau dibebaskan berfikir, penghujungnya nanti ia akan menafikan kewujudan Tuhan. Kerana hal-hal Tuhan dan perkaraperkara ghaib adalah diluar kemampuan akal memahaminya.

Ditakuti bila perkara-perkara ini tidak difahami, akal akan menafikannya. Itulah bahayanya akal. Sebab itu ia perlu dikawal dan dipimpin oleh hati.Mari kita lihat cara mencari kebenaran berpandukan prinsip dan kaedah falsafah, iaitu kaedah yang dicipta oleh orang akal yang seratus-peratus bergantung kepada kekuatan akal sematamata.Dalam sesuatu perkara atau permasalahan itu, ditimbulkan berbagai-bagai keraguan terlebih dahulu. Selepas itu barulah akal digunakan untuk mencari hujah dan kepastiannya yang paling masuk akal.

Atas dasar inilah penemuan-penemuan dan teori-teori falsafah dikemukakan. Dalam Islam, ini tidak berlaku. Ilmu kepastian perlu didapatkan terlebih dahulu dari Tuhan. Selepas itu barulah akal digunakan untuk melaksana dan mengembangkannya. Dengan itulah akal akan sentiasa terpimpin dan tidak akan terkeluar dari garisan orbitnya. Ia tidak perlu mencipta sistem, konsep atau doktrin yang baru tetapi hanya perlu mengembangkan konsep yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Inilah sebenarnya fungsi akal. Ia menterjemah dan mencari kaedah atau jalan bagaimana hukum dan syariat Tuhan boleh difahami dan dilaksanakan. Akal itu adalah pelaksana bagi sistem dan hukum yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Ia bukan pencipta sistem atau hukum baru. Bila akal digunakan untuk mencipta sistem dan hukum, maka porak-perandalah hidup manusiakerana sistem dan hukum yang dicipta itu akan berlawanan dan bertentangan dengan keperluan dan tuntutan fitrah semulajadimanusia.

Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui keperluan dan kehendak manusia yang sebenar kerana Dialah yang mencipta manusia. Oleh itu hukum Tuhan sahajalah yang sesuai dan patut digunapakai untuk manusia.
Tidak berakal boleh juga bermaksud tidak cerdik. Bila akal tidak cerdik, tidak pandai bertindak dan tidak pandai menyelesaikan masalah, dia tidak akan mampu dan tidak akan berupaya untuk memahami, menterjemah dan melaksanakan segala hukum dan syariat Tuhan.Akal seperti ini tidak akan dapat menegakkan tuntutan agama yang sebegitu banyak. Ia tidak akan dapat mempraktikkan agama secara syumul dan menyeluruh. Ia hanya akan dapat berbuat ibadah-ibadah yang khususiah seperti solat, puasa, wirid, zikir,baca Quran dan sebagainya. Ia mungkin boleh menjadi seorang ahli abid.

Tetapi agama bukan setakat melaksanakan ibadah khususiah dan menjadi ahli abid sahaja. Agama termasuk menegakkan segala tuntutan-tuntutan yang lain samada yang berbentuk batiniah mahupun lahiriah. Agama menuntut kita menegakkan tamadun rohani dan tamadun lahir.

Tamadun rohani melibatkan hati, akal dan nafsu yang perlu dibina dan didik sehingga seseorang itu menjadi orang yang betul-betul kenal Allah (arifbillah) dan bertaqwa kepada Allah.Di segi lahirnya pula, Islam sebagai cara hidup (addin) perlu ditegakkan dalam semua aspek kehidupan sama ada dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan, pentadbiran, kebudayaan,kewangan, khidmat kesihatan dan sebagainya. Inilah yang dinamakan tamadun lahir. Barulah Islam itu lengkap, syumul dan sempurna. Barulah keperluan lahir dan rohani manusia dapat dipenuhi.

Inilah yang dimaksudkan dengan agama iaitu cara hidup atau addin yang syumul dan lengkap.Ini semua bukan perkara mudah. Hanya orang yang berakal dan yang cerdik sahaja mampu melaksanakan semua ini. Orang yang tidak cerdik tidak akan dapat memahaminya, jauh sekali untuk menegak dan melaksanakannya. Mereka hanya akanmampu menjadi ahli ibadah semata-mata. Kita harus ingat bahawa maksud agama dalam hadis ini dan pemahaman agama yang sebenar meliputi seluruh sendi-sendi dalam agama yang wajib kita tegakkan samada yang lahir mahupun yang batin. Jelas bahawa orang yang tidak berakal atau tidak cerdik akan dapati sukar untuk menegakkan agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Mereka tidak akan mampu menegakkan tamadun lahir. Tanpa akal, umat Islam akan jadi beku dan jumud.

Begitulah maksud-maksud yang tersurat dan tersirat bagi berakal dan agama yang terkandung dalam hadis ini. Kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa akal itu perlu dalam agama akan tetapi hanya apabila ia tunduk dan dipimpin oleh hati.

Rahsia Membina Kekuatan Akal

Pemberian Akal Dan Ilmu


ALLAH s.w.t. menciptakan manusia sebagai satu mahkluk yang paling utama dan mulia di alam ini. Sebagai bukti atau lambang kemahabijaksanaan Allah dalam semua aspek. Allah memuliakan mereka dengan diberinya “akal”. Manakala pemberian ini tidaklah sama antara satu sama lain, baik kekuatan berfikir atau memahami, daya ingatan (hafalan) dan lain-lain.
Di samping itu kita mendapati  di kalangan  mereka peratus yang kecil (cuma 2%) manusia yang cerdas, begitu juga manusia yang terencat akal. Manusia yang terencat akal adalah sukar dibantu, manakalah kelemahan akal adalah dapat diatasi dengan perawatan rohani dan fizikal.


Menurut Imam al-Ghazali dan al-Maawardi akal itu terbagi kepada dua:
1. Akal Gharizi
Iaitu akal atau ilmu yang diperolehi secara semula jadi sejak anak-anak dalam masa menuju perkembangan.
2. Akal Muktasab
Iaitu akal atau ilmu yang diperoleh dengan cara berusaha atau belajar dengan menggunakan pengalaman orang dahulu dan percubaan sendiri.
Di samping itu kita perlu menyedari cara manusia memperoleh ilmu pengetahuan itu pula adalah berlainan antara satu golongan dengan golongan yang lain berdasarkan kurniaan Allah dan persiapan-persiapan yang disediakan Allah dalam diri manusia yang berkaitan,iaitu: 
1. Golongan Para Anbia Dan Rasul, mereka mempunyai sifat-sifat rohani dan jasmani yang sempurna  di mana mereka memperoleh ilmu dengan cara wahyu atau berita dari Allah s.w.t.
2. Golongan Auliya (para wali), mereka memperoleh ilmu dengan cara mendapat ilham atau laduni iaitu ilmu yang didapat tanpa belajar tetapi mestilah juga berusaha paling kurang mempunyai ilmu-ilmu asas sebagai persiapan; sebab ilham tidak akan datang merupai sesuatu ilmu  baru, yang belum pernah dikenali asasnya.
3. Golongan Ulamak dan Cendikiawan, mereka memperoleh ilmu adalah dengan cara biasa iaitu dengan cara belajar menggunakan pengalaman atau pengkajian orang lain dan juga percubaan sendiri.Allah adalah sumber ilmu, manakala kitabNya pula sumber nur dan ilmu pengetahuan. Di dalam al-Quran Allah berfirman: 
“Allah mengurniakan hikmat (rahsia ilmu) kepada siapa yang dikehendakiNya; dan siapa yang dikaruniakan hikmat maka sungguh dia telah diberikan kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berfikir."
(al Baqarah: 269)
Perubahan akal dengan pandangan hati
Al-Quran dan al-hadis menyatakan bahwa perhubungan akal dengan hati itu adalah amat rapat sekali di mana hati merupakan lombong kepada akal dan ilmu.Allah berfirman: 
"Tidaklah mereka berjalan di muka bumi hingga mereka mempunyai hati yang mereka boleh berfikir (memahami)."
(al-Hajj: 46)


Di samping itu pula kita mendapati beberapa buah hadis Nabi  s.a.w yang menyatakan di antaranya :
"Akal itu  adalah cahaya dalam hati yang dapat membedakan antara yang benar dengan yang palsu."
 "Ketahuilah bahawa perbandingan akal dalam hati itu adalah seperti perbandingan lampu dalam rumah."
 Ayat al-Quran dan hadis-hadis ini menunjukkan tempat akal itu ialah di hati dan menunjukkan bahwa akal itu ialah ilmu


 pengetahuan.
 Menurut Imam al-Ghazali,  hati manusia itu mempunyai dua buah pintu, iaitu:
1. Pintu yang terbuka ke arah alam malakut iaitu Lauh Mahfudz dalam alam malaikat. Menurut beliau bahawa hakikat segala sesuatu itu adalah tersurat di Luh Mahfudz dan gambarannya dapat dicapai oleh pendakian hati manusia yang bersih .


2 . Pintu yang terbuka ke arah panca indera yang bertumpang kepada Alam Syahadah 
 (Kerajaan Duniawi dan Alam Nyata)


Pintu-pintu ini hanya orang-orang yang semata-mata berzikir kepada Allah s.w.t., Menurutnya kegiatan para ulama ialah menuntut dan mengkaji ilmu serta memasukkannya ke dalam hati; sedang para wali dan sufi mereka berbuat untuk membersihkan hati, menyucikannya menjernihkan menggilapkannya sahaja  agar dia dapat membuat hubungan dengan Allah dan memperindah kegemilangan hati untuk Allah s.w.t semata-mata.
Menurut beliau,hati itu mempunyai cermin untuk memandang di mana bila terang cerminnya, maka akan teranglah segala maklumat atau yang lebih dikenal sebagai ilmu pengetahuan.
Jika dikaji dalam al-Quran dan hadis, maka hati itu ada yang dimaksudkan dengan “suatu pengertian di mana manusia boleh mengerti hakikat segala sesuatu”. Apabila cerahlah cermin hati, maka akan terang benderanglah gambaran alam Mulk dan Malakut. Dalam hal ini didapati cermin hati para nabi adalah terang sekali di mana mereka dapat melihat dengan amat terang akan kedua-dua alam itu.


Definisi akal
Seterusnya definisi “akal” menurut al-Ghazali mempunyai dua pengertian:
1. Akal itu adalah mengetahui hakikat segala sesuatu. Dalam hubungan ini akal merupakan sifat ilmu yang terdapat dalam perbendaharaan hati.
2. Akal itu ialah alat untuk menangkap dan mendapatkan segala maklumat. Dalam hubungan ini akal itu ialah hati itu sendiri yang merupakan hakikat manusia.


Berdasarkan definisi ini, Prof. Hj. Mokhtar Yahya dalam bukunya ”Pertumbuhan akal dan memanfaatkan Naluri Kanak-Kanak”  beliau menulis:


Akal itu ialah suatu sifat dari pada ciri-ciri jiwa (hati). Dengan adanya akal itu jiwa (hati) dapat mengetahui dan mengenal sesuatu yang ma’qul (yang dapat difikiri) dan mahsus (yang dapat dikesan oleh panca indera).
Al-Maawardi membuat pembahagian kepada akal di mana dari satu seginya akal itu bertempat di hati kerana hati itu adalah sebagai lombong kepada kehidupan manusia dan dia merupakan bahan atau alat untuk merasakan (perasaan).
Muhammad Taqiyyul Mudarrisi memberi definisi bahwa akal itu ialah nur di mana manusia dapat membezakan antara jalan yang lurus dengan jalan yang menyimpang; kebaikan dengan kejahatan, kemungkinan dengan kemustahilan dan yang benar dengan yang palsu. 


Manakala Fairuzabadi pula mentakrifkan: ”Akal itu ialah nur rohani yang boleh mendapatkan bahan-bahan ilmu.”  Di samping itu ada yang mendefinisikan: hakikat akal itu ialah cahaya yang suci dari liputan pra sangka.
Jadi, akal itu adalah pencapai ilmu pengetahuan. Pengetahuan adalah ibarat dari pada hakikat segala sesuatu yang terletak di hati. Setiap pengetahuan itu pula adalah mempunyai satu hakikat atau kenyataan dan kenyataan itu mempunyai gambar yang tercetak jelas dalam cermin hati.Tugas kita adalah memperjelas atau menggilapkan cermin itu dengan sejelas-jelasnya supaya kenyataan atau hakikat segala sesuatu itu adalah jelas kepada kita.


Akal menurut pengertian Islam bukanlah semata-mata akal yang boleh menyelesaikan masalah-masalah ilmiah tetapi juga lebih dari itu ialah akal yang boleh menimbangkan antara perkara yang baik dengan yang buruk, antara yang benar dengan yang palsu dan akal itu tunduk pula kepada wahyu Ilahi.


Dari sini kita dapat mengukur kekuatan atau ketinggian seseorang itu adalah berdasarkan kepada kesanggupannya untuk memahami sumber ilmu yang sebenarnya iaitu Qur’an dan hadis dan kesanggupannya untuk mengikuti wahyu dan tatasusila keagamaan.  Rasulullah pernah bersabda:
 “Tiadalah beragama orang yang tidak berakal dan tiadalah berakal orang yang tiada beragama.”
Malah ada orang berpendapat bahawa agama seseorang itu adalah mengikut akalnya, bagaimana kedudukan akalnya maka begitulah kedudukan agamanya.

Bukti Amerika menghantar Helicopter Pembunuh bukan helicopter penyelamat

5 Negara yang akan diserang oleh amerika setelah Libya


Sebuah video beredar di YouTube dan di-upload pada 22 Maret lalu yang berisi wawancaran jenderal purnawirawan bintang empat Angkatan Darat Amerika Serikat (AS), Wesley Kanne Clark. Video ini mengundang kontroversi setelah serangan terhadap Libya dilakukan dengan menggunakan resolusi Dewan Keaman (DK) PBB untuk menegakkan aturan no-fly zone. Clark mengatakan, Donald Rumsfeld yang saat itu menjabat sebagai menteri pertahanan mengatakan akan melakukan perang ke sejumlah negara, beberapa hari setelah serangan 11 September 2001.
“Saya bertanya mengapa mereka menyerang, Donald Rumsfeld mengaku tidak tahu. Jadi saya mengambil kesimpulan jika mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan,” kata Clark dalam wawancara tertanggal 2 Maret 2007, enam tahun setelah serangan ke WTC, New York. Clark mengungkapkan, ia sempat membaca memo bagaimana menginvasi negara-negara dalam kurun waktu lima tahun ke depan. “Negara itu adalah Suriah, Lebanon, Somalia, Sudan, Iran, Libya,” kata Clark.
Seperti sudah dipredisksi banyak kalangan sebelumnya bahwa motif dari semua ini ujung-ujungnya adalam minyak, negara-negara yang masuk dalam daftar tersebut memiliki karakter kepemimpinan yang agak berbeda dengan negara Arab lainnya seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar, UEA yang relatif bisa disetir oleh kepentingan Washinton. Negara-negara kaya minyak yang dianggap tidak kooperatif dengan kepentingan Amerika lah yang sepertinya masuk dalam list diatas. (Sumber)

Aceh mengenakan denda Rp 5 juta pemakai seluar yang menampakkan celana dalam

Denda Aneh, Pemerintah Melakukan Denda Sebesar Rp. 5 Juta Bagi Orang Yang Memakai Celana Melorot

Hati-hati bagi kamu jika maen ke Louisiana, Amerka Serikat. Cara berpakaianpun akan diawasi oleh pemerintah setempat. dan denda $600 atau kurungan penjara selama 6 bolan bagi mereka yang menggunakan celana jeans "melorot" sampai kelihatan celana dalam.
Celana Jeans (1)
Celana Jeans (2)
Celana Jeans (3)
Celana Jeans (4)
Celana Jeans (5)
Celana Jeans (8)
Celana Jeans (13)
Celana Jeans (14)
Celana Jeans (15)
Celana Jeans (18)
Celana Jeans (20)
Celana Jeans (22)
Celana Jeans (29)
Celana Jeans (30)
Celana Jeans (32)

Pergerakan jari telunjuk dalam solat

Para ulama Mazhab Hanafi berpendapat,jari telunjuk mesti diangkat ketika menyebut perkataan La dalam kalimah la ilaha illallah.Kemudian meletakkan semula.

Para ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa jari telunjuk mesti diangkat ketika menyebut ilallah dalam kalimah la ilaha illallah.

Para ulama Mazhab Maliki berpendapat bahawa jari telunjuk mesti digerakkan ke kanan dan kiri sehingga selesai solat.

Para ualama Mazhab Hanbali berpendapat bahawa jari telunjuk mesti diangkat setiap kali menyebut perkataan Allah dan ia tidak boleh sentiasa bergerak.

Syeikh al-Albani r.h berkata:

Cara menggerakkan jari telunjuk yang telah dinyatakan oleh semua ulama di atas tidak berasaskan dalil daripada Sunnah.Yang paling hampir kepada ketepatan ialah pendapat Mazhab Hanbali.Tetapi mengangkat jari telunjuk setiap kali menyebut nama Allah tidak diambil kira."Rujuk Tamam al-Minnah.ms223)



Kedua,dalil-dalil dalam masalah ini adalah seperti berikut:


Abdullah bin al-Zubair r.a. berkata;


Maksudnya:
"Apabila Rasulullah s.a.w duduk dalam solat,baginda meletakkan kaki kirinya antara paha dan betisnya serta meluruskan kaki kanan,kemudian,meletakkan tangan kiri di atas lutut kiri dan tangan kanan di atas paha kanan.Lalu baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk."-Hadis  riwayat Muslim:579


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud terdapat tambahan lafaz,iaitu:


Maksudnya:
"Baginda mengisyaratkan jari telunjuk ketika berdoa dan tidak menggerakkannya."


Tetapi tambahan tidak menggerakkannya ini diklasifikasikan sebagai daif  oleh Ibn al-Qayyim.(Rujuk zad al-Ma'ad,jil.1.ms 238 dan Tamam al-Minnah,karya al-Bani,ms.218)


Maksudnya;
"Aku pernah berkata kepada diriku:Aku akan melihat bagaimana cara Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat.Aku pun melihatnya.Kemudian,baginda berdiri,bertakbiratulihram dan mengangkat kedua-dua belah tangannya sehingga ke paras kedua-dua belah telinganya.Kemudian,baginda meletakkan tapak tangan kanan di atas tapak tangan kiri,kadang-kadang di pergelangan tangan atau lengan.Ketika baginda ingin rukuk,lalu diangkat kedua-dua belah tangannya seperti ketika bertakbiratulihram.Wa'il berkata:Rasulullah s.a.w meletakkan kedua tangannya ke lutut.Kemudian,ketika ingin bangun daripada rukuk,baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya  seperti ketika takbiratulihram.Kemudian,baginda sujud dan meletakkan kedua tapak tangan sama paras dengan telinga.Lalu baginda duduk dan menyimpuh kaki kirinya,meletakkan tapak tangan kirinya ke atas paha dan lutut kiri.Kemudian,meletakkan siku kanan di atas paha kanan.Lalu menggenggamnya jari-jemari kecuali ibu jari dan jari telunjuk.Kemudian baginda mengkat jari telunjuknya dan aku lihat baginda menggerak-gerakkannya ketika berdoa.'-Hadis riwayat al-Nasaai:889





Hadis ini telah diklasifikasikan sebagai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibba,Al-Albani juga bersetuju dengan kesahihannya dalam Irwa' al-Ghalil:367.

Syeikh Ibn 'Uthaimin r.h telah menggunakan hadis ini untuk menguatkan lagi hujahnya bahawa jari telunjuk digerakkan setiap kali membaca doa ketika tahiyat.

Beliau berkata:

"Sunnah Rasulullah s.a.w ialag mengangkat jari telunjuk ketika membaca doa.Lafaz hadis diatas bermaksud,jari telunjuk hendaklah digerakkan setiap kali berdoa sebagai tanda membesarkan Allah.Oleh itu kami berpendapat ketika menyebut Assalamu'alaika ayyuha al-Nabiy,assalamu'alaina,Allahumma solli 'ala Muhammad,Allahumma barik 'ala Muhammad,a'uuzubillahi min 'azabi jahannam,wamim a'zab al-Qabr,wa min fitnah al-Mahya wa al-Mamat,wa min fitnah al-Masih ad-dajjal,jari telunjuk mesti diangkat kerana ia adalah ungkapan bermaksud doa.Inilah pendapat yang paling hampir dengan sunnah."



Friday, April 1, 2011

15 Anggapan keliru

15 Anggapan keliru

Allah s.w.t telah menciptakan manusia tanpa main-main.Ada maksud dan tujuan mengapa manusia diciptakan.Namun sayang sekali,begitu ramai manusia yang memiliki anggapan-anggapan yang keliru dalam menjalani kehidupan ini Al-Qur'an mengemukakan tentang hal ini.

1.Iman Tidak Diuji.
2.Tanpa Pertanggungjawabkan.
3.Penjahat mengira beriman.
4.Hanya ada kehidupan dunia.
5.Kedengkian tidak diketahui Allah .
6.Selain Allah sebagai penolong.
7.Masuk syurga tanpa jihad dan sabar.
8.Mujahid dikira mati.
9.Terlepas dari seksa Riya.
10.Allah lengah dalam menyeksa.
11.Allah menyalahi janji.
12.Bakhil itu baik.
13.Orang kafir bersatu.
14.Harta dan anak di anggap kebaikan.
15.Allah tidak mendengar



Iman Tidak Diuji.




Ramai manusia yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t sekadar untuk mendapa status sebagai seorang mukmin dan menarik simpati kam muslimin,padahal Allah s.w.t. tidak akan mengakui keimanannya,sebagaimana firman-Nya,


“Dan di antara manusia ada yang berkata,”Kami beriman kepada Allah dan hari akhir,’padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.”(al-Baqarah:8)

Mereka tidak tahu bahawa iman pasti akan mendapatkan ujian agar mampu dibuktikan oleh keimanannya.Allah s.w.t berfirman,

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,’Kami telah beriman,’dan mereka tidak diuji?Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti menge-tahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang dusta.”(al-Ankabuut:2-3)

Dalam kaitan dengan ujian,yang tidak boleh disalahfahami adalah bahawa ujian itu tidak hanya berupa hal-hal yang tidak menyenangkan,tetapi juga sesuatu yang menyenangkan.Allah s.w.t. berfirman,

“Setiap bernyawa akan merasakan mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan.Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.”(al-‘Anbiyaa:35)






Tanpa pertanggungjawapkan


Kekeliruan manusia yang sangat tidak dapat diubah atau diperbaiki lagi dalam kehidupan ini adalah menganggap bahawa apa yang dilakukannya di dunia ini tidak ada pertanggungjawakan dalam kehidupan akhirat.Allah s.w.t. berfirman,

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud)dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(al-Mu’minuun:115)

Di dalam ayat lain,Allah s.w.t berfirman,

“Apakah manusia mengira,dia akan dibiarkan begitu saja(tanpa pertanggungjawaban)?”(al-Qiyaamah:36)

Kerana manusia akan dimintai pertanggungjawaban di hadapan Allah swt,maka setiap manusia berada dalam pengawasan-Nya tidak hanya gerak gerinya yang kelihatan,tetapi juga kata hatinya yang sangat tersembunyi.Allah swt berfirman,

“Tidakkah engkau perhatikan,bahawa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi?Tidak ada pembicaraan rahsia antara tiga orang,melainkan Dialah yang keempat.Dan tidak ada lima orang,melainkan Dialah yang keenamnya.Dan tidak ada yang kurang dari itu atau lebih banyak,melainkan Dia pasti ada bersama mereka pada hari Kiamat apa yang  telah mereka kerjakan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”(al-Mujaadalah:7)

Penjahat Mengira Beriman

Di dunia ini,ramai orang yang melakukan kejahatan,namun dia berusaha untuk menutupi kejahatannya itu.Caranya adalah dengan berpura-pura seperti orang beriman yang dapat menunjukkan kesolehan.Oleh kerana itu,anggapan mereka yang demikian merupakan anggapan yang sangat keliru.Allah s.w.t menegaskan hal ini dalam firman-nya,

“Apakah orang-orang yang melakukan itu mengira bahawa Kami akan memperlakukan mereka seperti orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan,iaitu sama dalam kehidupan dan kematian mereka?Alangkah buruknya penilaian mereka itu.”(al-Jaatsiyah:21)

Mereka yang melakukan kejahatan itu berani mengaku beriman kerana mereka memiliki anggapan yang keliru,yakni menganggap bahawa mereka itu luput dari azab Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya,

“Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan  itu mengira bahawa mereka akan luput dari(azab)Kamu?Sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu!Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah,maka sesungguhnya waktu(yang dijanjikan) Allah pasti dating.Dan Dia Yang Maha Mendengar Maha mengetahui.”(al-Ankabuut:4-5)





Hanya Ada kehidupan dunia
Percaya adanya kehidupan akhirat merupakan sesuatu yang sangat penting,namun begitu ramai manusia yang memiliki anggapan keliru,mereka menduga bahawa kehidupan ini hanya berupa kehidupan didunia sahaja.Allah swt.berfirman,

“Dan mereka berkata,”Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja,kita mati dan kita hidup,dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa,’Tetapi mereka tidak mempunyai ilmu tentang itu,mereka hanyalah menduga-duga sahaja.Dan apabila kepada mereka dibacakan ayat-ayat Kami yang jelas,tidak ada bantahan mereka selain mengatakan,’Hidupkanlah kembali nenek moyang kami,jika kami orang yang benar.”(Al-Jaatsiyah:24-24)

Insyaallah akan bersambung

62 Amalan membuka pintu Syurga

http://1.bp.blogspot.com/_BddSM12Bn2E/TD0U9II9cxI/AAAAAAAAA-0/OfBoluby31M/s400/62_Amalan_Pembuka_Pintu_Surga.jpg
  1. Mengucap 2 Kalimah Shahadah dan beramal dengannya.
  2. Membaca Surah Al-Mulk.
  3. Membaca Surah Al-Ikhlas.
  4. Mengucap Tasbih, zikir dan takbir.
  5. Membaca doa selepas berwuduk.
  6. Membaca doa masuk bandar/pasar.
  7. Memohon atau berdoa untuk memasuki Syurga.
  8. Bertaubat kepada Allah SWT.
  9. Menunaikan solat sunat rawatib.
  10. Menunaikan solat sunat wuduk.
  11. Memperbanyakkan sujud kepada Allah SWT.
  12. Menunaikan solat-solat sunat diwaktu malam.
  13. Sentiasa ke masjid untuk beribadat kepada Allah SWT.
  14. Membina masjid/ Rumah Allah SWT.
  15. Menjawab seruan Azan.
  16. Berpuasa.
  17. Berusaha mendapatkan Haji Mabrur.
  18. Berjihad di Jalan Allah SWT.
  19. Memberi nafqah di Jalan Allah SWT.
  20. Bersedekah.
  21. Memberi pertolongan kepada mereka yang dalam kesusahan.
  22. Membuang sesuatu yang menghalang laluan orang awam.
  23. Berbelas kasihan kepada binatang.
  24. Menanggung perbelanjaan anak-anak yatim.
Untuk maklumat sepenuhnya sila bila buku tersebut.
saya hanya mampu menyenaraikan amalam tersebut dari apa yang saya dapat dalam internat sahaja. Insya Allah saya akan cuba mendapatkan buku tersebut. Atau jika anda sudah memiliki buku tersebut tolong sempurnakan tulisan ini.